BANGGA KE ?

by - Disember 17, 2009

Pasti ramai akan menulis kejayaan pasukan Malaysia memenangi emas dalam Sukan Sea , hasil jaringan pemain Vietnam ...Berbangga ke ?

Aku tahu ramai akan kata aku ni tak bersikap patriotik...sebab tak sokong pasukan Malaysia..pertama , korang leh baca tulisan aku ni dalam BAHASA MELAYU yang sememangnya menjadi BAHASA RASMI NEGARA MALAYSIA...aku melayu yang menulis dalam bahasa melayu..aku cukup patriotik pada negara aku...bila bercakap bab sukan , jgn sesekali kaitkan dengan patriotik ..sukan adalah sukan..kalau nak sebut patriotik , kenapa bila PIALA DUNIA , korang sokong negara lain ? jgn la bukak tv sebab negara kita tak de dalam tu..tak layak nak masuk...kena patriotik...

Aku tengok mereka bermain ,menghampakan...aku bangun , g mandi ..pastu solat ...hilang sakit hati..Dari aku kecik sampai aku besar , takde peningkatan ! Kecuali aku leh berbangga dengan LIGA SEMI PRO pada tahun 90'an ...aku sure sangat orang yang kutuk aku ni tak sempat nak ikuti liga tu....sekarang sah sah sokong team team dari Eropah...Berapa kerat sangat la yang g tengok liga tempatan..pasal diorg tau mutu bola tahap mana...

Bagi aku , pingat tak penting tapi mutu permainan perlu tinggi ..Setanding dengan nilai pelaburan yang dah dihabiskan ! Duit rakyat tu !! Duit korang jugak...

Kalah atau menang adat permainan ...tapi biarlah kalah bergaya...gaya permainan abad ke 21 ...ni tahap ..tah bila punya...aku tetap kecewa ...

Aku bangga dengan badminton.....kerana yang masuk bertanding tu tiada had umur..bolasepak ada had ...kalau korang tak tau ..had umur ialah 23 tahun...ini bermakna yang bermain ni adalah bukan pasukan utama...

Dah lama aku kecewa dengan bolasepak Malaysia...aku rakyat malaysia..aku ada hak untuk kecewa...pada yang berbangga ,baguslah...teruskan sokong pasukan malaysia..jangan sampai satu hari nanti korang kecewa sebab tahap itu je kita mampu pergi...SUKAN SEA ... ;)

Oh ya ..aku terlupa...apa sebenarnya dalam benak pemain ? NEGARA atau GANJARAN YANG BAKAL DIJANJIKAN ??

Pada yang mengatakan aku bukan rakyat malaysia tu , cermin cerminkan diri...budaya mana korang ikut ?

You May Also Like

12 comments

  1. Wow ! Entry yang lain dari yang lain .

    Aku tak tengok bola dan tak minat pun bola .. tapi aku tetap rasa syok gak bila dengar Malaysia menang .

    Dari segi patriotik boleh ditunjuk dari pelbagai cara . Macam yang ko cakap ko guna bahasa malaysia salah satu ciri-ciri patriotik .

    BalasPadam
  2. patriotik mcm mana sekalipun, maghrib tetap kena smyg..gold medal tu bukan bermaksud boleh tgl solat maghrib..

    kecewa dgn sikap sesetengah muslim yg terus menerus celebrate msia menang..

    BalasPadam
  3. aku suka la entry ni, same je cam perasaan yang aku alami~~~

    BalasPadam
  4. aku tak minat bola . heh tapi aku tengok cara dorang main . aku pun hampa , training ke apa ? dan mungkin 2 ajer aku terfikir

    dorang bermain kerana duit dan sering berfikir yang dorang akan kalah .

    Tengok cara Vietnam main , ko tengok dorang passing bola camna ? bagi aku nie menang nasib kan ? dan aku tak bangga sangat ngan corak permainan pemain Malaysia :)

    Rakyat Malaysia ada hak untuk berbicara :)
    thats all

    BalasPadam
  5. aaa..tadi tv3 iklan utk semayang maghrib pon xde.huhu. ade pon secotekk je bawah tv tu

    BalasPadam
  6. rasanya tak salah kalau sesekali nak raikan kejayaan.. kalah salah.. menang pon salah...sigh..

    BalasPadam
  7. kengkawan..terima kasih atas komen anda...

    melz : aku tengok kejap kejap...permainan diorng tak mampu membuatkan aku menumpukan perhatian penuh...tah ler...

    sue : bab solat tu..huhu....tepuk dada tanya la selera...patriotik pada negara..pada Allah lak camana ??

    BalasPadam
  8. menang atau kalah tak penting...tapi biarlah tunjuk mutu permainan yang tinggi....beratus juta abis tau untuk bolasepak !!

    BalasPadam
  9. kopius ckit,kat sane laos puye waktu sama dgn mesia ke?diorg pemain xsolat lah maghrib time main ke?leh jamak?

    BalasPadam
  10. tnmgk lah paper pagi esok. .. macam2 ada.

    BalasPadam
  11. patriotik atau tak lain cite..yg penting kita juga la kene sokong pasukan yg sedia ada..klau xde kita, sape lagi nak sokong..walaupun diaorg main bagus atau tak.

    tapi bagi sukan sea nie, mmg ade peningkatan permainanan sejak zaman merudum..kawalan bola dh lagi bagus berbanding tahun-tahun yg lepas..

    aku kata nie pun sbb aku nengok bola sepak msia nie pun dr zaman semi pro, zaman merudum sampai la skrg..dan aku boleh kata, aku bukan peminat epl atau luar negara. aku pegi stadium tiap kali ade perlawanan. sebab apa, aku sayang kan pasukan negara kita sendiri.

    harap2 ade la org2 kita yg sentiasa sokong pasukan msia sampai la jadi bagus semula..nak bangun tu mmg sgt susah..

    artakus.

    sedikit sebanyak rakyat msia dpat kongsi gembira walaupun sekejap utk harini dan esok. tahniah pasukan malaysia.

    BalasPadam
  12. sue : Haaaa siapa tak sembahyang ? Pemain ? Klu tak silap waktu sembahyang kat sana tak sama dengan kat sini .

    Penonton ? Tu salah diorang , walaupun TV3 tak tunjuk iklan boleh pulak family aku sembahyang ?

    BalasPadam