ENTAHLAH

by - Ahad, Disember 20, 2009

Kekadang aku tertanya ..
mana satu aku ..
dahulu kehidupan yang terumbang ambing ..
tidak pasti mana arah tujuan ...
mengharapkan belas kasih manusia ..

Kekadang aku tertanya pada diri ini ..
kehidupan bagaimana aku inginkan ..
bila mana rezeki melimpah ruah ..
aku terlupa seketika masa hadapan ..
dan pabila ditarik semula
aku terduduk...
menyesal tiada guna ..

Kekadang aku tertanya ..
sampai bila semua ini ..
perlukah aku mencari jalan mudah ..
atau jalan yang diredhaiNya ..

Kekadang aku tertanya ..
mengapa hidup mereka senang ..
sedangkan aku disini lintang pukang..
siang dan malam ..

Baru aku sedar...
betapa Allah menyayangiku..
betapa aku disayangiNya..
Dia mengujiku..
Agar aku tidak lupa padaNya..

Baru aku sedar..
apa yang aku alami cumalah sementara ..
sementara di dunia ini...
nun di sana nanti lebih besar lagi..

Baru aku sedar ....
biarlah begini...
biarlah halal dari haram...
biarlah kecil dari besar..
asal hidup diberkatiNya

Kini aku sedar ...
Dan berharap terus sedar...
Ya Allah , jgnlah Kau lalaikan hamba mu ini lagi...

You May Also Like

2 comments

  1. Keredhaan amat susah hendak dicapai tetapi jika dapat dicapai amat nikmat rasanya

    BalasPadam
  2. semoga kita sentiasa di jalan yang benar...:)

    BalasPadam