Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 5 Februari 2015

Suppliment punca kerosakan buah pinggang ?

 

Hurmm.. Wife syorkan aku amik OsteMatrix dari Shaklee sebelum tidur. Katanya bagus untuk tulang . Kandungan kalsium yang sesuai untuk tulang..

image

Aku upload di Instagram dan seorang kenalan ada meninggalkan komen .. Hurmm..

Byk pesakit saya jumpa ade masalah buah pinggang sebab makan supplements. Terutama skali yang muda-muda. Di harap berwaspada dgn ape yg anda ambil .

Mmg selalunya tiada kesan penyakit dlm tempoh awal mungkin 5-10 tahun akan dtg baru ade kesannya..

Beberapa rakan komen di Facebook..

  • “Ostematrix mmg best! pernah ambik dulu masa sakit pinggang, amalkan consistently, settle sakit pinggang “
  • “Sy pn bcadang nk beli tu..tp utk abh sy la..dy sakit dh sbln lbih..sy pn dh 2mgu bhnti kje sbb nk jga parents..huhuhhu”
  • “Bagus sangat amik sebelom tido! Esok bangun pagi cergas!”

Tergaru kepala .. Kemudian sewaktu dok membaca Timeline Facebook , tenampak satu artikal yang membuatkan aku gerun tertiba.. Bekas pengacara dan wartawan sakit buah pinggang kronik ! Hurmmm ..

Disusuli dengan msg dari rakan yang memberitahu ayahnya baru meninggal dunia kerana hati tidak berfungsi. Allahu Akhbar.. Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..

Kemudian berbalas msg dengan sahabat tu.. InshaAllah nak singgah nanti. Pastu scroll lagi.. Ternampak isu saman menyaman antara artis dengan ahli perniagaan. Bisnes cepat kaya ? Produk kecantikan..  Hurmm..

Ok , serius .. aku gerun ! Adehhh ! Makin mudah kita mati di zaman ni ! Bukan takut mati tapi punca kepada kematian tu haaa.. Kita sendiri yang mengundangnya ..

Nak percaya pada sapa lagi ? Doktor pun ada yang sorok hakikat bila tanya itu ini .. Jawapan tak telus . Etika .. Adehhh .. Dah tu  nak rujuk pada sapa ? Google ? Jangan percaya fakta internet!

Sudahnya ?? Telan je laaa.. mati , tanam je !! Masalahnya , kalau mati terus tak pe la kan ? Kalau menderita dulu ? Masuk keluar hospital ?? Sapa susah ?

Aiyokkk…

26 komen :

Normi Nieza berkata... [Reply to comment]

habis mcm mana supplement blh mkn ke tak ni?huhu

Suria Lekatlekitgurl berkata... [Reply to comment]

Betul tu doktor pun sekarang sorok fakta bagitau kat sedara mara jer.. Shaklee ni ada side effect untuk jangkamasa panjang ke? alamak.. sy pun ada amik supplement produk shaklee & anak saya pun sy bagi supplement shaklee jugak.

DYatie ABakar berkata... [Reply to comment]

Dan sebab itu bila makan suplemen memang wajib minum air 3 liter.. nak bagi balance body.. wallahhualam.. :)

Hannan Al-Qudsey berkata... [Reply to comment]

minum susu jela abg ben. susu kan untuk kalsium dan tulang kuat.

kalau rajin amik yg fresh perah dr lembu tuh ke. hahaha makan apa pun memang kena berhati-hati , kita sendiri bertindak jd doktor. kaji dulu isi kandungan sebelum beli. tp apapun kepercayaan lebih kpd kuasa allah. sakit dtg hanya penyebab je dr apa yg masuk dlm tubuh bdn kita sebenarnya. klu bukan kerana ubat pun mati itu pasti.

Puan Wawa berkata... [Reply to comment]

jadi paksr psychology kt diri sendiri..

Makan dan yakin, insyaAllah selamst.. hehe

NadKaz berkata... [Reply to comment]

saya makan supplements dari sekolah rendah... sbb mmg parents jenis makan supplement. dulu amway dan sekarang shaklee... masalah buah pinggang terjadi bila kita makan lebih dari dosage... sama macam makan ubat juga. sebab tu kena dapatkan konsultasi yg betul. insyaAllah tak memudaratkan.

Ndra Jamal berkata... [Reply to comment]

minum air kosong byk pun boleh sakit buah pinggang abg ben. ramai kata sakit sebab suplimen tp mgkin punca sbb makanan harian. yg penting, apa2 yang masuk dalam badan kena moderate. :)

Allene ALineWorks berkata... [Reply to comment]

itu la kebenarannya abg ben. bukan suplement shj. tp semua ubat. pill bila kita makan, buah pinggang akan process. jadi, bila kita kerap makan, lama2 buah pinggang kita rosak. sbb terlalu bnyk bekerja.

sebab tu, skrg, rmai dah orang balik kepada natura remedi. ramai dah jumpa pakar hemeopati. sebab tak ada kesan sampingan.

Zimah berkata... [Reply to comment]

Saya pengedar vitamin Shaklee..boleh hubungi di talian 019-3929910..area putrajaya dan seluruh malaysia..

www.cikmahshoppe.com

Nyna Nieyna berkata... [Reply to comment]

alamak :3

Dkna Abza berkata... [Reply to comment]

family dkna dah lama makan shaklee.. so far alhamdulilah.

masa mengandung sehingga sekarang dkna makan ostematrik ni.

Nazlee Ismail PCL berkata... [Reply to comment]

adoiii...kalau boleh elak elakkan. Mudah tapi memudaratkan pulak pada jangka masa panjang. Persoalannya panjang mana masa untuk hidup? itu semua ketentuan Allah swt.

Aku Penghibur berkata... [Reply to comment]

sebab tu amalkn cara orang lama.. makan ulam2 an gaya pemakanan sehat

Sya Nadia berkata... [Reply to comment]

Dr apa yg doktor bg tau,supplement mmg boleh menyebabkan masalah buah pinggang.apa lg yg mkn segala jenis supplement,utk kulit,rambut,kurus. Mkn 1 Benda dlm 1 masa ok,tp byk jenis dlm 1 masa,bahaya.Jen hubby baru je kena buang hempedu sbb supplement yg popular.supplement bagus,sy pun mkn,tp doktor pesan ambil yg 100% natural mcm habbatus sawda',olive oil,delima, vco mcm tu je.lain pd tu,sy x berani..

NURUL AQIDAH AZAHAR berkata... [Reply to comment]

minum la air yg secukupnya 3-4liter sehari...

mas saari berkata... [Reply to comment]

ambil VCO je.. 100% natural..
memang sangat bagus.. saya dah 5 thn lebih mkn VCO..

Mrs. A berkata... [Reply to comment]

Kalau dah memang sihat tak perlulah kot. Makan kena ikut dosage yang betul. Tepuk dada tanya selera perlu ke tak perlu?

Maria Hasun berkata... [Reply to comment]

kesimpulanya mcm mana abg ben??

Mama Vogue berkata... [Reply to comment]

Buat apa pun, biar dgn ilmu ☺
Jgn dgr satu pihak berckp terus percaya. Tanya betul2 pada SID yg jual tu, insya Allah dia bole jawab. Tanya pd nutritionist, tanya pd pharmachist..

Selamat bershaklee bro!

Suhaila Su AnNajah berkata... [Reply to comment]

Bab sakit2 ni subjektif.. tengok badan masing-masing.

Tapi sy suka Shaklee. Best!

Nurani SHAKLEE berkata... [Reply to comment]

sebab itu kita sebagai pengguna kena berilmu..

bukan main beli produk..sy sebagai pengguna shaklee yakin kerana setiap produk shaklee telah diuji oleh saintis..

jadilah pengguna yg bijak, buak shj bijak berbelanja dari segi wang ringgit malahan bijak mengkaji tentang sesuatu produk

NurHafiza Fadzil berkata... [Reply to comment]

Boleh try baca buku rasulullah is my doctor penulis jerry gerry. Dalam buku tu ada cerita makanan2 yang disebut2 dalam alquran. Contohnya madu,habatus sauda,minyak zaitun,kurma...makanan2 ni kene amalkan baru nampak kesan. Apa2 pun kita back to basic. Alam semulajadi ciptaan allah ni sebenarnya banyak khasiatnya. Dr akar ke batang ke daun ke buah. Apa2 pun...kita usaha jugak utk jaga pemakanan harian kita. Wallahualam.

syikin maarop berkata... [Reply to comment]

mungkin ada sebab lain juga yang menyebabkan dia sakit pinggang.. tak boleh judge makan supplemen akan dpt sakit buah pinggang.. kena teliti faktor keseluruhannya..

juz my 2 cent :)

Misya (Aimi Syahirah) berkata... [Reply to comment]

Makan suplemen tak salah dan bukan faktor utama buah pinggang rosak. Buah pinggang yang sihat adalah sebab dia proses benda-benda yg sihat. Terutamanya air. Rakyat Malaysia ramai tak sedar, kesihatan bkn skadar dtg dpd mkn suplemen sahaja tp air sihat tu yg penting. Bygkan makan suplemen, makan mcm2 mknn lepas tu tambah air sakit yg ada mcm2 benda dlm tu, mahu tak stress buah pinggang kte nak proses! huhu.. Nak tahu apa air sakit dan air sihat, meh terjah sini---> http://www.aimisyahirah.com/2013/12/bongkar-air-anda-minum-adalah-air-sakit.html

NaZiRaH @ Ezyra berkata... [Reply to comment]

Shaklee best la abg ben..pndai wife cari supplemen terbaik. Sy dan suami pun amlkan shaklee. Alhamdulillah.. Shaklee semula jd.. Ubt hospital lg bhya sbb bhn kimia. Apa pun minum air byk! Oste mmg bgus. Bgn pg mesti cergas!

Zaujah Naza berkata... [Reply to comment]

Assalamualaikum..pada saya apa jua suplemen atau ubat kena hati2. bila ambil suplemen atau ubat air mesti cukup utk flush buah pinggang kita...ada seorang doktor pesan..ambil suplemen kena ada break time juga...katakan ambil 3 bulan lps tu rehat sebulan..supaya tak jadi toksin dalam badan...so suplemen ni kalau betul2 perlu baru ambil..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI