Rabu, 29 Mac 2017

Ku idam SONY XPERIA XZs !

Sekarang aku guna Sony Xperia XZ. Aku mula minati telefon pintar Sony ni selepas dia 'water proof'! Aku memang nak telefon lasak gini. Maklumlah , aku ni sampai dalam tandas usung handphone. Takda apa nak disorokkan pon.. cuma suka nak amik gambar tak kira tempat ! 
Macam macam phone aku guna tapi akhirnya , Sony Xperia XZ memberi kepuasan tak berbelah bagi! Dan semalam , Sony Mobile telah lancarkan Sony Xperia XZs dan Sony Xperia A1 yang dikatakan mampu memikat peminat telefon pintar Android.

Banyak pembaharuan pada Sony Xperia XZs yang membuatkan aku teringin memilikinya terutamanya dari sudut kamera... ada Motion Eye yang mampu membuatkan super slow motion di kala kita sedang membuat rakaman video biasa dan penambahkanbaikan pada kualiti gambar. Dari sudut memori , semakin besar dan membuatkan pengerakkan lebih lancar... tiada lagi isu 'hang' pada Sony. Sebenarnya 'hang' dah lama dah tak wujud sejak Sony Xperia Z3 lagi. 
Harga dalam RM2899 untuk Sony Xperia XZs dan RM1199 untuk Sony Xperia A1. Untuk maklumat lebih lanjut , sila ke SONY MOBILE

0 komen :

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI