Apa yang aku suka mengenai Coway ni ?

by - Rabu, Ogos 19, 2020

Dua hari lepas.. mesin air aku ni kebocoran. Tak tau mana punca. Di bahagian tempat amik air tu pun , menitis nitis air. Terus aku whatsapp Cody aku. Cody ni ialah orang yang datang buat servis bila sampai masanya. Dan dia kata esok pagi dia datang. 

Esoknya, dia sampai tepat pada masanya. Dasat ! Aku suka orang datang tepat masa ni. Sebab aku pun terkejar masa. Nak gi antar Qhaliff ke sekolah. Pastu nak gi jemput Zahra lak. Huhuhu.. Tu la tugas aku di rumah jika tiada tugasan di luar. 

Cody datang. Dia check. Kemudian dia kata , ada part rosak. Yang ni kena hubungi HQ. Nak dia uruskan atau aku sendiri ? Kalau dia, akan amik masa sehari dua gak untuk diorang respon. Kalau aku sendiri yang contact , esok dah boleh datang.. 

Aku kata biar aku sendiri je hubungi. Selepas dia balik.. terus aku call. Selesai ! Kata customer service tu, esok technian akan call sebelum datang. Dan memang benar.. awal pagi dia dah call. Tanya bila aku ada di rumah ? 

Jam 2 petang, dia sampai ! Fuh.. Efisien. Dan orang yang sama gak datang. Dulu dia pernah datang sekali buat repair. Ada part rosak. Memang pantas dia buat kerja. Setengah jam berlalu.. siap ! Dia tunjuk kat aku apa masalah dia. Katanya jenis mesin aku ni , memang inilah yang selalu bermasalah. Maka dia dah memang ready spare part ! Hahahha.. 



Tu diaa.. Dah abis kontrak aku ni ! Sekarang ni masuk ke bayaran produk untuk jadi hak milik . Hurm.. nak jadi hak milik atau tukar yang lain ? Amik yang murah skit. Letih gak nak bayar RM188 di kala ekonomi macam ni. Huhuhu.. 

Apa pun.. terima kasih la buat team Coway. Bila bagus , kita puji la kan ? Jangan pandai kritik jer.. Hee..

You May Also Like

3 comments

  1. coway mmg bagus tp tak pasang kat rumah..hahaha. rajin sikit masak air sndiri

    BalasPadam
  2. saya pula ambil cucko..ambik yang paling murah..servis not bad

    BalasPadam
  3. Teringin nak pasg juga.. Tapi kewangan belum stabil

    BalasPadam