Detox diri dengan cara natural dan selamat !

by - Ahad, Ogos 16, 2020

Sebulan sekali.. aku akan bersihkan 'diri' dengan cara membuat air detox. Tak guna suppliment tau. Tapi kos agak tinggi sedikit tapi sangat berbaloi. Kalau ada duit , buat dua minggu sekali.. lagi cun ! Takda duit , 6 bulan sekali. Hehehe.. Bergantung pada apa kita makan.  Kalau takda bajet langsung , maka berpuasa je la. Tu lebih baik. Puasa , dan ketika berbuka tu... makan ala kadar jer. Memang cantik kesannya. 

Macam aku ni , aku suka berdetox sebab badan jadi ringan pastu. Ada yang tak percaya bab detox ni. Aku percaya jer sebab apa yang kita amik ni, bahan semula jadi. Dan minum untuk beberapa hari jer. Kesan, memang cun ! Hahaha.. Antaranya.. muka bersih gitu. Ada nampak muka aku berjerawat tak ? Haa... Boleh gi tengok kat Instagram aku tu yer. Nak kata aku rajin cuci muka tu tak la.. tapi dek kerana aku gemar makan jus sayur dicampur buah gitu.. maka gitulah keayuan aku tercipta. Oh ya.. campur dengan jaga makan la.. Aku elak gula , garam dan minyak.. selagi boleh elak la. Huhuh.. 

Ok.. apa yang aku buat ? Hari ni, aku sekeluarga ke Jaya Grocers yang mana kat situ selalu ada banyak sangat jual produk organik. Huhuh.. Memang heaven la ! Heeee.. Dan wife urus part membeli barang. Dan aku amik yang mana nak buat untuk jus detox aku. 

Antara yang wajib aku amik ialah, ubi bit merah , lobak , tomato , lemon , epal hijau dan celery. Kalau korang nak lagi syok , tambah la ngan sayur sayur organik. Kemudian guna slow juicer. Campurkan semua tu. Kecuali lemon. Lemon tu , aku perah jer.. Dapatkan jus. Tak pernah lagi la campur ngan kulit. Tak tau la ada orang buat gitu ke tak.. Hehehehe.. 



Camana rasa air dia ? Heheheh.. Selagi ada epal hijau dan lemon, inshaAllah korang boleh telan. Hahaha.. Tapi kan.. kalau nak rasa lagi syok... korang buat dua jenis. Satu green jer.. satu lagi yang buah. Green ni, korang letak sayur sayur jer. Kemudian letak air perahan lemon. Tau apa kesannya ? Hehehe.. Korang akan rasa betapa nikmatnya makanan yang sebenar ! Apa saja korang makan, akan terasa sedap ! Orang lain tak sedap tapi kita sedap ! Tau nape ? Lidah tuuu.. Dah clear ! 

Oh ya.. yang green jus tu, buat minum untuk 3-4 hari. Ingat.. bila korang buat dua jus ni ,kena elakkan makanan makanan proses. Contohnya burger, hotdog, aiskrim.. Hehehee. Syok ! 

You May Also Like

3 comments

  1. wow bestnya
    selamat pagi isnin
    semoga sentiasa ceria

    BalasPadam
  2. Allah mampu ke saya nak menelan tu huhu

    BalasPadam
  3. setuju detox semula jadi lagi baik dan selamat... gd sharing

    BalasPadam