Jenuh nak kira kalori setiap kali makan tapi itulah yang terbaik jika nak kurus !

by - Jumaat, Ogos 28, 2020


Tiga hari berturut turut aku makan bakso ni kat Taman Warisan, Putrajaya. Kuah dan cili dia sedap. Bebola daging pon ok la. Memang sampai ke kuah aku hirup ! Hahahaha.. Nasib baik la makan waktu tengahari. Kalau malam ? Fuh.. jenuh gak la.. 

Jenuh kenapa ?  Kalau betul betul nak turun berat badan dengan cara sihat tanpa melibatkan sebarang produk pembakar lemak, maka aku kena bakar semula kalori yang masuk melalui bakso ni. Nampak tak berat pun tapi... nah... kalau setakat bihun sup biasa je dah 200+ kalori , ni ada daging lak ! Berapa ? Aku anggarkan dekat 500 gak la.. Sebab 4 bijik bebola gitu..

Jadi nak bakar camana ni ? Macam aku , ada stepper dan treadmill di rumah. Jadi aku bakar dalam 150-200 kalori jer. Baki tu aku bakar masa di gym. Dan kena pastikan la cukup ! Tapi cukupkah ??? Jom tengok kiraan bakaran kalori jika aku amik workout di gym selama 2 jam ..



Tapi sebenarnya , berapa kalori aku perlukan setiap hari untuk terus hidup dengan sihat ni? Hahahaha.. Meh kita kira dulu.. 


Fuh.... tu dia ! Faham tak ni ? Hahahaha.. Ok selain jaga makan dan bersenam ,pastikan kita cukup tidur ! Sekurang-kurangnya 7-9 jam sehari. Makanya tidurlah awal yer. Sebenarnya bagus tidur awal ni.. Elak rasa lapar ! Pagi baru makan. Kalau berjaga , layan Netflix , layan media sosial.. memang siap laaa perut ! Confirm lapar punya.. 

Dan penting bila jaga makan tu, elakkan gula. InshaAllah cepat skit turun berat tu dan muka cepat runcing. Eceh.. Amacam ? Berminat nak turunkan berat badan atau nak kekalkan berat tu ? Hee.. Segalanya terpulang pada diri sendiri. 

Esok cuti.. kita mulakan malam ni dengan berjalan jalan di Putrajaya ! 



You May Also Like

2 comments

  1. Kena kuat semangat ni nak kira kalori tu. Haida asyik terbabas je... Bila ntah nak berjaya. Huhuhu

    BalasPadam
  2. Betul tu nak kurus memang kena disiplin kira kalori

    BalasPadam