Memanah di SAAD ARCHERY , best giler nampak !

by - Khamis, Ogos 20, 2020

Ketika Qhaliff usia 7 tahun, aku masukkan dia ke kelas badminton dan renang. Dua dua dia minat dan benar benar bagi komitmen. Tapi antara dua tu, dia lebih suka berenang. Main la tu. Budak mana tak suka main air kan ? 

Tapi sejak Covid 19 ni , kelas renang dia dah tergendala dan kelas badminton dia , aku dah batalkan sebab kelas dia tak beberapa tetap jurulatih. Asyik bertukar jer. Letih la anak didik nak ikut. Coach asyik tukar. 

Tiba-tiba lalu iklan ni kat Facebook. Qhaliff memang aku tau pun dia minat memanah walaupun tak pernah cuba. Ala.. dia semua minat asalkan bermain ! Cuba suh belajar ? Berpusing anak mata tu ha. Huhuh.. Tapi dia suka la belajar cuma tak la tahap taksub. Hehehe.. Sehari sekali je boleh. 

Ok.. SAAD ARCHERY SPORT CENTRE ni terletak di AEON Mall , Shah Alam. Jauh dari rumah aku tapi kalau kelas seminggu sekali , ok je kot ? Heeee.. Kasi dia belajar fokus dan lebih berkeyakinan. Dan lebih tepat lagi , belajar erti kekalahan. Macam aku. Lebih lagi kalau ada awek cun lalu depan mata. Hilang terus fokus. Bukan sebab nak ngorat tapi sebab dia cun. Nak salah sapa kan ? Hahahaha.. Aku suka tengok sesuatu yang cantik. 

Ahaa.. ada 10 lanes katanya. Besar la kan ? Ni kalau buat gathering blogger kat sini..fuh, mantap ! 






Katanya, bukan jurulatih calang calang yang ajar kat sini. Kata sapa ? Kata di web mereka la. Heheheh.. Aku tak gi lagi. Maka tak leh nak komen lebih. Last aku memanah  berparut kat lengan aku. Hahahaha.. Teknik tak betul la tu kot ? 

Harga ? Aku tak jumpa lagi. Jadi ahli murah la kot ? Tak pe, tak pe.. nanti aku cuba gi usha kat sana. Dapat seround dua memanah pon best gak, kan ? Kena bawak Qhaliff gi try sama. 


You May Also Like

4 comments