Nak kurus atau nak nampak smart lagi kemas ?

by - Selasa, Ogos 18, 2020

Dulu aku kurang nak fokus part pemakanan ni. Bagi aku , bersenam je dah memadai ! Tapi rupa-rupanya salah ! Kenapa ? Lepas bersenam, kita akan kelaparan tahap babun punya ! Sebab tu kita tengok kebanyakkan runner atau rider basikal amatur ni lepas bersenam diorang lepak kedai makan ! Terutamanya malam ! Nah... camana tu ? 

Aku bukan nak kasi nasihat kat diorang pun. Sekadar kasi tips jer. Ini yang aku tau la selepas melakukan ke atas badan sendiri. Heheheh.. Pertama , sebelum nak bersenam.. sejam sebelum tu kena loading dulu. Nak makan apa ? Nah.. kat sini penting ! Macam aku , aku amik pre workout suppliment yang mana membekalkan tenaga dan membuatkan berpeluh kaw kaw punya ! Ada yang makan nasi dan sebagainya. Terpulang la... selagi mana korang tau berapa banyak kalori korang masuk dan berapa banyak akan guna kalori tu nanti, ok la.. Jangan masuk banyak, guna sikit jer. Masalah tu ! 

Pastu, selepas workout atau bersenam. Nah... mesti lepak minum makan punya kan ? Hehehehe.. Bila makan , amik kalori tinggi punya. Pastu air bergula. Adoi ! Patutlah payah nak turun berat badan atau lemak kat perut tu nak hilang ! Inilah antara puncanya ! Apa kena buat ? Cari whey protein atau post workout punya suppliment. Kalau tak nak pun , natural food pon ok dah. Tapi kalau workout kat gym tu , kena la cari makanan yang boleh buat recovery untuk muscle. Agak agak apa ? Nasi ? Heheeh.. naya bang ! 

Dan paling susah nak buat ialah... tidur awal ! Sebaik baikya ialah dapatkan rehat yang cukup selepas workout ! Tak cukup rehat pun masalah. Badan jadi terlampau letih. Esok nak bersenam lagi ! Apa jadi pada badan ? Dah tak sihat gaya hidup gitu. Maka cukupkan rehat. 





Aku baru ubah gaya pemakanan. Cuma kadang kadang tu, hancur gak terutamanya bila anak anak payah nak tidur malam. Ngan aku aku sekali tak dapat tidur. Bila tak dapat tidur , mula la mencari makanan kat dapur ! Ini sangat bahaya. Huhuhuh... Nasih baik aku dah dapat size yang aku nak. Tapi perlulah dijaga. Tak leh main belasah jer.. 

Kesimpulan... Korang kena ada Pre Workout dan Post Workout. Dan kalau nak maintain badan kasi lean atau kental.. bukan sado tau.. carilah whey protein. Barulah tak kurus kering je ! Badan tu nampak cam.. wow je gitu. Gelebeh tamo tau ! Haaaa.. 

Mana nak cari ? Hehehee.. Banyak je ada .. Kat Lazada dan Shoppe pun ada. Baca dulu review. Atau Google je dulu. 

Bersenam tu bagus tapi perlulah tau juga cara diet yang seimbang. Jangan main belasah. Sia sia je nanti. 

You May Also Like

5 comments

  1. Betul la kalau lepas senam mst lapar, last2 senam pun tak kurus.. haha

    BalasPadam
  2. Wahh.. yanie nk kurus hihi tp berat makin naik je ni hahah

    BalasPadam
  3. hah... betul tu bersenam bagai nak rak then lps tu pulun mkn... camana nk turun badan ni... baru sy tahu ada pre n post workout rupanya...

    BalasPadam
  4. Terbaiklah sifu abg ben..moga terus sihat selalu abg sekeluarga.. abg ben dah boleh calonkan diri ke fast and furious nih😂

    BalasPadam
  5. Kita workout dengan vuat ekrja rumah.. Kaki ni dh kehulur ke hilir naik atas.. Jalan depna belkg.. Hahha

    BalasPadam