Tahniah bro Wacana !! Kerana bakal menjadi ayah 8 bulan akan datang .. hehehhe
Sila baca entri INI
Aku bila lagi ? Rezeki aku , Allah beri belah lain dulu... :) .. InsyaAllah... doakan kitorang gak eh...
Tahniah bro Wacana !! Kerana bakal menjadi ayah 8 bulan akan datang .. hehehhe
Sila baca entri INI
Aku bila lagi ? Rezeki aku , Allah beri belah lain dulu... :) .. InsyaAllah... doakan kitorang gak eh...
Memandangkan jumlah komen dah mencecah 1900 (gilos ) , satu angka yang aku tak jangkakan langsung.. huhu.. maka aku terpaksa cari jalan penyelesaiannya.. kalau tak , mau mau 3000 komen !! Tak caya ? Tengok kat SINI ..
Apakah itu ? jeng jeng jeng ... Senang jer... haaa.. ini untuk mereka yang join segmen SAYA sejak pagi tadi saja yer .. hehehe.. yang baru nak join tu , hehehe.. boleh la gak mencubanya tapi kena ikut prosedur yang dah ditetapkan tu .. ok ?
Bagaiamana ??? Apa yang perlu dibuat ?? Mudah jer... tarak susah punya ... Tak payah buat entri punya .. hehehe ... Senang kan ? Haaa... senang jer...
BUAT AYAT BERMULA DENGAN HURUF 'S' SAHAJA DAN BERMULA DENGAN PERKATAAN ,' SAYA' ... TIDAK KURANG DARI 5 PATAH PERKATAAN !! PALING BANYAK PERKATAAN 'S' DAN LOGIK ( MESTI LOGIK DAN KENA AYATNYA ) , DI KIRA PEMENANG !!!
Okeh ? Cun ? Hehehe.. Tutup , jam 6 pagi esok.. hehehe.. Seorang boleh cuba sekali saja !! Hehehehehe ... Sila gunakan kertas kotor dulu yer ( tak leh sebut BERSIH skang ni.. bahaya ) ..
Tinggalkan ayat anda beserta url entri penyertaan anda ( entri segmen SAYA ) di ruangan komen ini .. Terima kasih ..
Lepas aku amik wife aku .. ops.. sebelum tu.. sempat bergambar kenangan kat situ ..
Pada yang tak tau , aku keje kat sini .. ni bangunan baru.. bangunan lama , dok menyewa kat PWTC tu haaa ..Sebelah bangunan ni , bangunan di mana wife aku bekerja.. sebelah sebelah gitu.. hehehehe.. Amacam ? Jimat gitu kan ? Cerita lanjut , klik SINI ..
Pastu terus ke ke Precint Diplomatik .. g klinik sat.. yelah , perut ni tak ok lagi.. asal masuk je , mesti nak keluar terus. .tak sempat nak proses ! Grrr... Rugi jerr.... huhu ..
Bla..bla bla... panjang nak cerita.. aku pendekkan... Giliran aku jumpa doktor.. Perempuan .. muda . Aku malu gitu.. hahaha.. aku segan dengan doktor perempuan lebih lagi muda .. I pemalu uuu .. hahaha..
Dia tanya sakit per.. bla bla bla... Ok.. dia pon dah check.. Pastu aku mintak dia checkkan tekanan darah aku.. Apakah masih tinggi ? Jeng jeng jeng ..
3x dia check ! Tang bawah tu dia kata tinggi.. atas ok .. Aku pon 'ha' kan je laa... Ada sekali tu doktor lain tu dah terangkan.. apa atas dan apa bawah .. tapi memandangkan tak masuk dalam exam blogger, maka aku malas nak ingat ...
Dia tanya aku , tak amik ubat ke ? Aku jawab , ada ubat .. tapi tak nak makan.. hehehehe .. Sbb ada kesan sampingan .. Apakah ? Haaa.... tu orang cakap laa.. doktor cakap kesan sampingan tu tak sepenting nyawa aku ..
Dia suruh aku datang lagi pasni .. Siap buat jadual untuk aku.. Pergh.. bagus betul... hahahaha... Doktor dulu tak la pulak serajin ni.. hahaha ..
Tak kisah la.. aku tanya pasal darah tinggi tu sebab , pengasuh anak buah aku tu , suaminya meninggal dunia dah semalam akibat pendarahan dalam otak berpunca dari tekanan darah tinggi..
Gulp ... jadual pon jadual lah doktor ...
" Alamak .. aku tertelan biji epal ! .. abis laa.. teruk pasni "
Masa kecik kecik dulu , dok punya la suka makan buah .. tapi takut tertelan bijik ... Haaa.. kenapa ? Gulp.. nanti pokok tumbuh dalam perut !! Tu dia.. kalau tertelan bijik epal.. tumbuh pokok epal.. kalau bijik oren , kuar pokok oren.. Kalau biji durian ??? Grrr.. Tapi kalau bijik cempedak , kita leh makan kan ? Hehe..
Tu la dia .. dok punya takut , maka makan pon dengan hati hati.. risau tertelan bijik buah semua tu.. Tapi bila dah besar gini , telan je la bijik tu.. Mana tidaknya , bijik yg tertelan masa kecik dulu , tak jadi jadi gak pokoknya ... Nampak sangat 'tanah' tak subur ! Hehehe..
Tu la dia .. dongeng orang tua dulu dulu.. Semata mata risaukan anak anak diaorg wat keje bodoh.. Ada je menda diorng takutkan anak anak dia ..
Sampai dah tua gini pon dok takut lagi .. Tuuu.. ngan MOMOK .. Hurm.. banyak benor dongeng orang melayu eh .. hehehee.. Zaman skang ni camana lak eh ? Aku takde anak lagi ni ...
KUALA LUMPUR – Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.
Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.
Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.
Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini.
” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri.
” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit.
” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.
Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.
Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.
Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.
Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara.
” Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio.
” Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar seperti RTM dan TV3, akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya.
Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban.
Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya.
” Kepada kerajaan, tolonglah bela hak pengguna kerana kita dah ada pelbagai akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
” Pengguna muak dengan gelagat Astro yang sudahlah memonopoli pasaran hampir 20 tahun lamanya, mereka juga bertindak berlawanan dengan semangat 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” ujarnya. – Oleh SYAHRIL A. KADIR (
sumber - Mynewshub.my
Ego adalah bahasa latin bermaksud self-esteem atau harga diri. Ego dibahaskan dgn mendalam dalam ilmu psikologi di Barat. Tapi dalam bahasa harian Islam atau ilmu tazkiah nafs (tasawwuf syar' iy) , EGO bermaksud takabbur.
Takabbur bermaksud merasakan dirinya lebih tinggi dari orang lain. Dalilnya: azZumar: ayat 72 (sejahat-jahat tempat kediaman kalian ialah simutakbbirin (orang yg besar diri)
Ego si lelaki selalunya dikaitkan dengan kekerasaan dan sifat tidak bertimbang rasa kepada kaum hawa. Lelaki merasakan dirinya lebih mulia dari perempuan. Ia juga dikatakan male ego atau machoisma atau sifat macho lelaki. Cth: lelaki enggan melakukan kerja-kerja rumah, semuanya dilakukan oleh isteri.
Ego pemerintah ialah sifat zalim dan menafikan hak rakyat dan memandang hina kepada mereka. Cth: sifat kebanyakan pemimpin diktator.
Dengan bahasa mudah, EGO ialah sombong.
1. Ujub
seseorang merasai ajaib atau kagum dengan kehebatan dirinya.
Dalilnya: dalam perang Hunain, tentera Islam tewas pada pusingan awal kerana tentera Islam merasa ujub dengan bilangan mereka dan kejayaan mereka membuka kota Mekah. Lihat atTaubah: ayat 25
3. Riak
Riak pula menyerang keikhlasan dalam beribadah. ia merosakkan ibadah, Dalilnya: surah al-Maun (107: 4-7)
Takabbur/ego, ujub dan riak nampaknya sama saja di sisi ilmu tasawwuf. sebab ia semua merosakkan hati dan amal.
(Ref: al-Islam oleh Prof Hasbi asSiddiqiey, PT Rizqi Putra, Semarang, Id. Penawar bagi Hati oleh Syaikh Abd Qadir alMandeeli, Jahabersa)
sumber : al-Ahkam.net
Dalam dunia blog.. cuba kita lihat setiap hari ... ada saja entri yang menarik untuk dibaca ... tapi bila kita baca entri tu , ada saja mereka asyik menuding kesalahan orang lain dalam tak sedar seolah mereka saja yang betul ..
Mmg betul tujuan adalah untuk menyedarkan pembaca .. tapi bagaimana pula dengan diri sendiri ? Contoh bila bab isu artis .. Fasha Sandha yang berbikini .. Berapa ramai wanita kita yang 'berbogel' setiap hari ? Berapa ramai pulak lelaki mencuci mata walaupun kata tak nak lihat tapi bila tengok macam nak telan je perempuan tu ? Tapi yang kita menulis , kita tujukan saja pada artis tu ... hurm...
Cakap pandang pandang... Fikirkanlah sebelum menulis.. Mana tau ,itulah tulisan kita yang terakhir ... dan tulisan kita itulah yang ditinggalkan untuk dijadikan 'saham' kita.. Cuma untung atau rugi saja kesannya ..
Mak aih .. dah lebih 1 ribu komen !! Masing-masing dengan cara ayat tersendiri .. Ramai tanya , bila nak abis ni ?? Jawapan seperti mana yang korang baca dalam tu laa.. Yang terakhir tu la pemenang .. Ramai dah mula mengalah .. Ini ibarat satu permainan la.. Orang yg terakhir tu la menang .. haaaaa.. hehehe ...
Sebenarnya kan , ada satu rahsia kat segmen ni ... Berapa ramai dah mula berkenalan dalam ni ? Haaa.. dah mula bertegur sapa ? Dan satu lagi , mereka yang suka spam , ni la peluang yang aku bagi.. spam je la.. hehehe.. ok la kan ? Bukan selalu aku buat ..
Tu antara rahsia kenapa aku buat .. Kalau orang pk aku dapat trafik , bayangkan mereka yang join tu.. mereka pon dapat kan ? Sebab tu aku suruh tinggalkan link sekali .. Sesenang je dapat trafik dari pembaca lain ..
Jadi bila aku nak tutup ni ? Hehehe.. komen terakhir yang bertahan selama sejam itulah pemenangnya .. Hurm... Hadiah dia ? Macam aku kata tadi , blog dia aku promosi selama sejam di waktu kemuncak .. Kalau aku takde idea untuk update blog , aku biarkan lagi la entri dia tu.. haaa.. ok la kan ? Takkan nak bagi duit kan ? mana puashati ..
Apa aku cerita ni ??? G la tengok sendiri kat SINI
Popular di kalangan blogger ... Ok ? Bukan retis atau sebagainya..
Seronok jadi blogger ? Seronok .. Best.. Ramai kawan .. Ramai gak lawan .. Ramai peminat .. ramai penyanjung.. Apa yang diorg minat .. apa yang diorng sanjung pon aku tak tau ..
Aku ? Popular ke ? Maaf la yer .. kalau orang tegur aku kat mana mana , aku tersipu sipu malu .. Cam baru baru ni , aku di tegur oleh seorang rakan blogger .. Tak de la pulak nak bergambar mesra .. Atau mintak autograph.. Apa yang berlaku adalah , dapat kawan baru.. Sedangkan blogger tu baru sehari dua berblog ..
Kalau orang kata aku popular , aku nafikan terus .. Aku tak langsung popular .. Hanya berapa kerat orang je kenal blog aku .. Kalau popular , sah sah aku jadi jemputan sana sini cam UJANG tu.. Tu baru dikira popular.. kan Jang kan .. Haaa.. Ceh.. nak backlink gak tuuu.. Ni... UJANG akak www.azfar9897.blogspot.com .. sila hafal.. bakal pelakon nanti nehh..
Sambung .. Aku masih jauh lagi untuk mengejar status tersendiri dalam dunia blog ini .. Masih terlalu jauh .. masih dengan strategi strategi tersendiri .. Namun aku masih pandang ke belakang .. Masih mengenali rakan rakan yang banyak membantu aku .. Mat Gebu yang paling lama .. dan paling baru ialah Ira yang senantiasa membantu senaraikan link walaupun dalam keadaan tidak sihat ..
Dalam dunia persahabatan , kita kena terima dan juga memberi .. Jangan rasa diri tu dah cukup besar bila dah berjaya berlari .. Kalau setakat berlari setaman , simpan je la .. Terlalu jauh lagi untuk melangkah ..
Buat rakan rakan blogger ... Hari ini bukan penentu hari esok .. Hari esok bukan penentu kejayaan kita .. Segalanya bermula dari akhlak kita sendiri ..Dengan miliki akhlak yang mulia , tak kira hari apa sekali pon , adalah hari terbaik kita !
Kalau orang tanya aku , mana FB wife aku ? Aku jawab ada la.. Dia nak low profile .. Kalau yang tau tu , tak pe la.. Yang tak tau tu , tak yah la amik tau.. Tak penting .. Biarlah aku ngan dunia aku.. dia dengan dunia dia , di dalam FB ini ...
Bagi aku , ini lebih baik kerana boleh terhindarnya dari fitnah pada masa akan datang .. Sapa tau kan ? Hati manusia ni , macam macam .. Dalam tak diam ada je syaitan membisik .. kan kan ?
Tapi bagi mereka yang dok berkalut bercinta dalam dunia maya ni , nasihat aku satu je la.. Pandai pandai la elakkan fitnah.. Tak perlu la nak bagitau satu dunia tentang indahnya percintaan korang tu .. Dan , jika bergaduh .. abis satu galaksi tau korang bergaduh .. Padahal baru je kenal sehari dua .. Haaa..
Kalau benar sayang dan cinta .. Gunakanlah akal.. nak bergurau ke apa ke , pikiaq la dulu... masing masing ada hati dan perasaan .. Jangan main sedap jer terutama nak post sesuatu di wall tu haaa.. Tu kat Fb.. Kat Twitter lagi !! Pastu bila nak pujuk pon guna je wall ! Apa punya gentleman daaaa... Kasi calar , kasi la ubat .. Ubat mestilah lebih baik untuk elakkan parut tu nampak bertahun lamanya !
Akibat sakit perut malam tadi , tidur aku jadi tak lena langsung.. Kadang kadang rasa cam mimpi je g tandas ... huhu.. Terbawak bawak dalam mimpi pon ada .. huhu ..
Ada sekali tu , aku terasa ada sesuatu berlari lari kat kaki aku .. huhu.. Terus terbangun aku ! Geram !! ARghh.. aku cukup pantang kalau si lipas bermain main kat kaki ...
Dalam gelap tu gak aku menyerang dia ... dia lari !! Menyelinap kat dalam selimut wife aku... Aku nak tampar je lipas tu.. tapi risau lak dia elak , kena wife aku ! Tapi bila tengok lagi menyelinap , mmg aku bertambah geram la..
Terus aku tampar si lipas tu .. nasib baik kena.. kalau tak ?? Aku lak kena tampar ngan wife dalam keadaan gitu ! hahaaha.. bengong punya lipas .. time ni gak cari hal ngan aku.. Dah la sakit perut ...
Aku terpaksa mc hari ni .. hurm.. Aku tak pasti lagi punca... Setakat ni aku ngan wife dok ulang alik g tandas.. nasib baik ada 3 tandas .. takde pakat nak berebut .. kalau tak ? Sila jangan bayangkan ..
Hurm... Baru call adik aku... Katanya dia ngan ayah aku pon sakit perut .. Kecuali mak aku ! hurm.. mak aku tak sakit perut .. perutnya kebalkah ? Setau aku perut mak aku tebal ngan lemak jer.. kebal tu tak la... Hurmm ..
Punca dari situkah kenduri itukah ? Tak baik nak menuduhkan .. Tapi itu je la yang aku makan semalam selain dari epal hijau .. takkan epal hijau tu lak kan ?
Hurm.. ni satu hal lagi kenapa aku malas nak g makan kenduri .. Bab kebersihan ... Sebenarnya bukan sekadar kenduri tapi nak makan kat luar pon susah nak jumpa yang utamakan kebersihan.. Bukannya takde tapi sukar nak jumpa ! Yang mudah jumpa utamakan keuntungan..
Wallahualam.. sat p toilet.. dari semalam , sejam sekali g tandas.. Cam rasa nak pasang unggun api je dalam toilet.. Camping terus !
Yearghh.. keje giler ! hahahaha .. tak pe tak pe.. korang tak yah buat entri.. saja nak tengok masing masing punya visi sewaktu nak buat blog .. hehehe..
Haaa.. Berminat nak join ? hehehe.. tak yah buat entri... jawab terus je kat komen tu haaa... Mudah je kan ? Pepagi gini disertai dengan hujan lebat , pastinya banyak idea disamping mata sebelah yang dah tertutup rapat .. kan kan ?
Begini persoalannya .. " Apakah perkara pertama yang timbul dalam kepala korang sewaktu nak buat blog ? " ...Haa.. maksudnya , bila korang dah abis register dan deco blog tu , apakah yang korang fikirkan tentang blog korang tu ?
Heehehe.. aku ? huhuh.. mana leh tulis dulu.. nanti korang tiru wooo.. aku tulis esok je eh.. biar korang tulis dulu.. Well.. aku kan kena dahulukan kawan kawan .. ok ? Amacam ? Mari berkongsi ..
Tinggalkan jawapan korang di ruangan komen beserta url blog korang.. Haa.. ni takde disenaraikan yer.. hehehe.. kot ada kawan kawan teringin nak blogwalking di pagi hari.. hehehe .. Nite Babe !
Tak sangka sebenarnya dia nak klik butang FOLLOW tu untuk jadi sebahagian pemberi semangat pada aku ... huhuhu..
Nak tau ceritanya ??? Klik SINI .. :) Terima kasih kak nor kerana sudi FOLLOW blog kecil ini ..
Pastinya mereka yang lahir di bandar besar seperti Kuala Lumpur ni , bila g kenduri kawin di kampung kampung akan terasa perbezaan yang amat ketara .. terutama dari segi hidangan dan juga suasana.. Deco deco tu sudah pastilah ..
Tadi , aku g makan kenduri di Hulu Langat.. umah adik ipar aku .. hurm.. biasanya kalau aku g makan kenduri , pastu setengah pinggan je aku makan.. terutama bila di bandar bandar .. Kenapa ? Aku dah boleh jangka apa juadahnya dan rasanya .. Maklumlah , majoriti skang semua main catering jer ..
Tapi entah hari ni , aku tengok juadah dia macam best lak.. biasanya aku akan amik nasi putih tapi ari ni , nasi beriani ! Bila dicampurkan dengan ayam masak merah , pajeri nenas (kot ) , sambal belacan dan ikan kering maka , aku mintak adik perempuan aku g amikkan satu pinggan lagi ! Huhuh... Segan nak gi amik sendiri .. hehehe .. Malah wife aku sendiri pon abis makan satu pinggan ! Biasanya dia takkan abis punya.. mesti sorong kat aku.. huhu.. dia kata sedap ..
Menariknya kenduri kendara di kampung ni , ialah gotong royong dan meriahnya tak terhingga .. Berbeza sama sekali.. Meriahnya masa kenduri.. tapi masa penyediaannya , tidak langsung best !
Tapi suasana tu aku rasa sewaktu aku kecil dulu.. Flat tempat tinggal aku tu , dipenuhi oleh penduduk yang mana asalnya dari Kampung Pandan... Haa.. mmg asal kampung la kan ! PErgh.. mmg best ! Kalau kenduri jer , mmg masa untuk bermain dan tackle awek !!
Wah.. banyak pendapat eh kat entri INI .. Ini pendapat aku kenapa blogger perlu femes ..
Ramai dok ingat , bila FEMES jeeee mesti jadi artis .. FEMES TAK SEMESTINYA ARTIS dan ARTIS TAK SEMESTINYA FEMES ! Kita tengok dunia kini .. Ulama yang femes , sering menjadi tumpuan untuk bersoal jawab mengenai isu agama .. Kalau tak femes ? Femes di bidang agama bukannya disebabkan kehenseman atau fizikal yang menarik tetapi kerana ILMUnya !! Contoh , DR Mohd Asri Zainul Abidin.. Sapa tak kenal dia ?? Femes kan dia ? Dia artis ke ? Tu satu contoh ..
Dalam dunia blog .. femesnya sesebuah blog kerana apa ? Rupa ? Penulisannya ? Ideanya ? Haaa.. ada banyak faktor kan ? Kelebihan femes pada blog akan memberi pulangan pada blogger tu sendiri .. Samada di dunia dan di akhirat ... Di dunia adalah keuntungan dan di akhirat adalah bonus ..
Pendek kata , bila blog popular , kita boleh gunakan dia .. Andaikata ada isu melibatkan umum , blog blog popular inilah akan mewar warkan .. Kalau tak popular camana ?
Sekiranya pandai bawak kefemesan blog ni , insyaAllah akan menghasilan saham di dunia dan akhirat .. Bagi aku , adalah penting untuk mempopularkan blog kerana ianya ibarat sebuah jenama .. Sebut je nama , orang kenal.. Buat apa saja .. mereka tak perlu tanya banyak sebab dah punya kredibiliti tersendiri ..
Malah , ada blogger lain pon minta pertolongan blog blog popular ini .. untuk apa ? Mereka yang popular dan femes ni je yang tau .. kan kan ?
Haaaa.. rilekss... isu panas ... Serius panass .. kan kan ? Ok.. tajuk dia .. Kenapa ada bloger kata dia tak nak femes atau tamo jadi cam retisss .. haaaa...
Ok.. ni pendapat usang aku yer .. Kembali ke basic... Kenapa orang buat blog ? Jawapannya , untuk merekodkan segala-gala perjalanan hidupnya .. Ok ? Betul ? Tak kira la resepi , ilmu dunia ke.. ilmu akhirat ke .. atau apa saja .. Semua dia tuliskan ke dalam blog .. Alaaaaa.. tulis ngan taip , adik beradik laaa.. tu pun nak jadi isu ! Haih.. ok ok.. aku tukar ... Semua dia taipkan ke dalam blog dia .. OK ? Puashati ? ok... sambung ..
Kemudian kita tengok .. dia promote tak entri dia tu ? Haaa.. kalau benar dia tulis untuk dirinya , perlu ke dia promote entri dia ? OK.. dia promote hanya untuk berkongsi dengan rakan lain .. Tapi kalau satu tempat je , ok la kan ? Pastu ilmu tu akan tersebar dengan sendirinya kan kan ?
Ni kalau sampai lebih dari 5 tempat dia promote ? Camana tu ?? Apa yang dia nak sebenarnya ? Trafik kan ? Trafik tu pembaca kan ? Haaa.. kalau dia dah promote sampai gitu sekali , mesti dia nak ramai pembaca kan ? kan kan ?
Bila dah ramai pembaca , mesti la dia pemes emes kan ? Haaa... Mesti la seronok kan kan ? Seronok sebab ramai masuk baca blog dia kan ? Bukan sebab dia pemes emes tu haa... Berbaloi gitu.. tulisannya menjadi bacaan ramai orang ..
Ok.. camana pulak jika tulisannya dipromote bagai nak rak.. tapi tak ramai nak baca ? Salah sapa ? Salah promosi atau intipati tulisannya ?
Bila dah jadi gitu , maka ... mereka akan kata .. " Ala , aku buat blog ni bukan nak jadi popular pon , kan kan ? " Kan kan ? Bayangkan , tetiba ada media contact dia .. nak temubual dia pasal blog dia .. rasanya dia tolak atau terima ?
Femes dalam dunia blog ni berbeza dengan dunia artis .. Kefemesan dalam dunia blog ni ada dua .. Satu pasal tulisannya .. satu pasal fizikalnya .. Mana satu yang lebih best ? Aku , terus terang .. aku nak tulisan aku ( walaupun tak menarik ) menjadi bacaan santai mereka tatkala tengah bosan atau nak merehatkan minda seketika ..
Kesimpulan... jangan hipokrit .. Mereka yang buat blog yang benar benar kerana ALLAH , boleh kira dengan jari ...
" abg ben , mcm mane nk jadi setabah abg ben ? belog saya selalu kena attack .. mksudnye , ape yg sy post semua org nk pertikaikan .. baik post pasal diri sendiri , mahupun post tentang orang lain .. kdg2 letih n rase givup dlm dunia blogging ni .. mnx pandangan siket .. "
Salah satu komen yang aku terima di blog dan dia mintak pandangan aku .. OK.. sebelum tu , aku nak bagitau .. ada spesis yang memang senantiasa tak puashati dengan kehidupan ini .. Ada je tak kena ..
Aku pon dalam golongan yang tak senantiasa tak puashati dulu tapi alhamdulillah , aku sekarang mensyukuri segala nikmat yang aku terima sekarang .. Nikmat Allah atas dunia ni terlalu luas.. Kalau tak gali , camana nak dapatkan ? Tapi sebelum nak gali , mintaklah dariNya .. InsyaAllah.. tak tergali nanti !
Kenapa orang asyik mintak pandangan dari aku ? JANGAN TANYA AKU LAAA !! DAN TOLONG JANGAN NAK MELUAT ,MENYAMPAH ! Bukanlah aku nak sangat keluarkan nasihat ni .. Apa yang aku kongsikan di sini , semua pihak boleh kongsikan pendapat masing masing .. Tapi malangnya , ada seciput dari pembaca aku ni , rasa lain lak.. Rasa macam aku ni nak tunjuk bagus dengan memberi nasihat ! Aparaaaa... Kalau orang tak tanya , takkan aku nak jawab kan ? Kalau tak jawab , orang kata aku sombong.. Bila orang kata aku sombong , 'ko' pon tumpang sekali join kan kan kan ? tu ko suka la kan ? Geng geng tanduk berekor ... huh ! Kalau tak nyusahkan orang lain , tak sah ... ni semua gara gara si laknat tu nak cari kawan kat neraka tu nanti la... Astagfirullah al a'azim ..
OK.. Aku jawab pertanyaan dia tu yer ..
" Dik , tak kira dalam dunia apa kita duduk .. selagi wujud syaitan .. selagi tu kita senantiasa digoda .. Syaitan ni tak nak tengok kita gembira .. dia nak kita senantiasa berduka .. rasa panas.. geram.. dendam ..benci.. haaa.. segala yang negatif tu dibisikkan dari dia...
Nasihat saya satu jer .. Selagi tak melanggar batasan agama , menghiris hati pembaca , merosakkan minda , dan melampaui undang-undang .. maka berkongsilah apa jua pendapat adik dengan rakan rakan pembaca di blog adik ..
Mereka yang selalu menganggu adik ni , mmg jenis tak leh tengok orang lain gembira.. Jangan dilayan.. Diorng suka kalau kita patah hati..suka tengok kita kecewa .. tunjukkan yang adik punya semangat yang jitu .. semangat pahlawan melayu ! Pantang menyerah kalah ! Berjuang sehingga titisan darah terakhir .."
Sampai bila diorng nak kacau ? lama kelamaan , diorng g main guli ngan kengkawan dia punya.. ok ? Teruskan berblog dan berkongsi cerita ... ;) "
Ramai betul yer manusia yang hitam hatinya .. Gamaknya entah bila nak sedar diri pon tak tau la ..
Mereka baru ..tapi bersemangat .. tapi jgn setengah jalan .. Tak ramai mampu mendaki gunung walaupun punya semangat .. Bila dah setengah jalan , pakat berenti ramai ramai .. Tu baru kena dugaan yang ringan yakni penat ..
Ramai fikir , berblog ni jalan mudah untuk menjana pendapatan .. Ye.. mmg jalan mudah tapi tak semudah yang di sangkakan .. Perlu ada strategi dan juga perancangan yang jitu .. Kalau takat pk pacak muka je terus meletops , maka silap sama sekali la gitu ..
Ada banyak cara yang ditunjukkan dalam blogger blogger tak kira baru atau lama .. Mereka berkongsi cara dan ilmu .. Ada gak tak nak kongi.. Nak kata apa dah kan ? Hak masing masing ..
Tapi tak pe la... masing masing dengan niat sendiri.. Apa yang termampu , kita dah kongsi bersama .. Sekarang terpulang pada kemahuan diri sendiri .. Kat aku skang ni ada senarai nama blogger yang berminat untuk diterokai oleh korang ..
Maka pandai pandai la korang yer .. Meh klik SINI ..
Hahaha.. sori la yer .. aku sebenarnya tau lama dah .. cuma tak nak kecoh jer.. Lagi pon aku nak blogger tu naik dengan sendirinya walau pun aku tau dia boleh gunakan nama ayah dia untuk naik dengan cepat ..
Tapi bila terbaca entri di satu blogger ni , maka dengan rasminya ... rahsianya terpecah .. Jadi , nak kata apa dah kan ? Aku pon tolong pecahkan lagi.. haahha ..
Blogger yang aku kata ni , aku sangat salute dia .. Sangat cool orangnya .. Aku sangkakan pada mulanya dia berumur dalam lingkungan 27 tahun keatas berdasarkan kematangan dia dalam perbualan ... tapi rupanya ? Haa.. orang kata baru bercerai susu !
Dalam bidang blogging ni , dia mampu pergi lebih jauh .. cuma dia belum jumpa identiti dia lagi .. InsyaAllah dia akan jumpa satu hari nanti.. Bagi dia peluang untuk membuktikannya ...
Masa akan menentukan segalanya ... InsyaAllah .. Nak tau sapa ? Meh baca entri INI ..
Kemana mana aku pergi , aku senantiasa dengan htc desire hd aku.. Mmg aku sayang giler hp aku tu.. Kenapa ? Aku boleh buat macam macam dengannya .. hehehe.. Aku tak perlu bukak laptop lagi bila aku berada diluar untuk update blog .. terus je update dari situ.. Kualiti gambar , video , segalanya cukup memuaskan hati aku ..
Semalam , sewaktu aku membeli belah di Carefour Alamanda .. Tetiba aku ditegur seseorang ..
" Ben ? "
Aku pandang dia .. Tak kenal ...
" Ben Ashaari kan ? "
" Sah.. mesti blogger ni ".. Getus hati aku ...
Bersalaman .. Dan berborak seperti kenal 10 tahun dah ! Hahahaha... Adeh .. tak sangka aku .. dalam aku dok memandang ke hp aku pon orang leh cam aku ...
Katanya , dia cam rambut aku .. hahaha.. Adeh.. muka? Tembam dah nihhh.. terlebih nasi kandar wooo ... Rambut eh ? Trademark dah ni.. huhu ...
Buat Blogger tersebut , terharu aku kerana sudi menegur aku ... Lain kali leh lepak pekena nasi kandar eh.. hahahaha... Thanks bro ! Satu kampung neh.. hahahaha ..
Sapa ? Meh klik SINI
Ini antara entri aku dulu ... Sejak itu aku mula buka mata luas luas .. Pengalaman mengajar kita berusaha memajukan diri sendiri ..
Semalam aku ke Alamanda , Putrajaya untuk membeli sehelai dua baju dan seluar. Punya la ramai orang. Tak kira bangsa dan agama.Aku pun mencari la sesuatu yang aku berkenan .
Punya la terpusing-pusing mencari baju. Sebelum nak pergi beli , aku dah set otak aku nak cari baju brand Esprit. Selesa gile bila pakai. Tapi bila tengok harga , erm...aku boleh beli banyak baju dengan harga tersebut. So berpusing-pusing la dalam Alamanda tu..kuar masuk kedai kat situ.Tak jugak ada yang berkenan...last last singgah kat butik levi's..beli la sepasang seluar slack jenama dockers..dah berkurun aku nak beli n akhirnya baru dapat..sehelai je ..tu pun dah kira mahal giler.
Baju ? Erm..nk cari yang sesuai yang boleh dikenakan ngan seluar tu..cari punya cari..dapat gak la..jenama sukan malaysia..boleh la.....Dapat la dua helai..tu pun jenuh mencarinya. Kesian kat wife aku dok mengikut je...Part aku selesai ..
Part wife aku lak...dia cari barang dia..huhu..tau la perempuan..apa lagi nak dicarinya ..make up ! adoiyaiii....biaq p la ...Bila dia dah dapat barang dia , teruskan la berjalan jalan..
Sampai la kat carrefour ...Rambang gak mata aku tengok barang tapi wife aku sering mengingatkan aku , ' orang lain nak beli susu anak pun tak mampu ! ' adoi....Banyak benda la aku nak beli tapi tak boleh nak beli disebabkan perintah khas dari wife aku..tak pe la...untuk masa depan gak kan...
So aku pusing-pusing kat situ...Tertiba aku ternampak satu mamat Nepal ni..kecik kecik je orangnya..tersenyum jee kat muka dia..senyuman dia seolah baru dapat bonus 10 bulan gaji !!! aku sendiri tersenyum tengok dia..Aku tengok dia dok memilih kasut . Aku peratikan je la...Dia pilih macam pilih ikan sambil tersenyum..Aku tengok kat papan tanda harga ! RM5 sepasang !
Murah gile tu...adoi....camana dia boleh pakai kasut begitu murah sedangkan aku yang pakai jauh lebih mahal dari tu pun masih lagi sakit kaki ! Aku rasa kesian sangat kat dia. Rasa mcm nak je pergi kat dia dan ajak dia g shopping sekali ngan aku..pilih la apa nak aku bayar ! tapi kalau aku buat begitu aku akan spoilkan dia lak..dia akan sedap pakai kasut mahal n pasni sure nak beli yang mahal je..Apa yang aku mampu buat , aku hanya mampu bersyukur atas rezeki yang aku terima selama ini..Tak la banyak mana tapi still boleh berbelanja , bersedekah dan beri pada orang tua..Aku sendiri pun beli t-shirt semalam dalam harga rm3.99 sepasang..pakai g gym n duduk umah je..
Ramai yang tak sedar sebenarnya negara kita ni , penuh dengan punca rezeki...nak ngan tak nak je mengalinya...
Original entri : SINI
Aku , Isabella dan Tok Kenali ..
Aku terfikir kenapa dan bagaimana Bob Lokman boleh berubah dalam sekelip mata ? Dan jawapannya berada ditangan aku sekarang .. Tunggu masa je nak abiskan buku tu.. hehehe .. Bila tu ? grrr... Aku pon tak pasti.. hurmm..
Buku ni ada jual di MPH berhampiran .. Harga ? RM16 saja .. hehe..
Hurm.. terbaca di satu blog tadi berkaitan dengan teguran / kritkan ..
""Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."
Benar intipati yang ada di dalam entri tersebut ..
"Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya." - iluvislam
Ada yang fikir aku adalah spesis yang tak boleh menerima teguran .. Aku tanya wife aku.. Dia kata pon begitu juga .. Bagaimana pula aku ? Apakah aku akui yang aku jenis tak boleh terima teguran atau kritikan ??
Aku spesis yang tak sukakan disiplin tapi gemar ikut disiplin dalam diam .. Contoh , bila ada yang ada kata A , aku akan balah dulu walaupun dia betul .. Kenapa ? Sebab aku nak dia buktikan apa yang dia katakan itu adalah berdasarkan dari pengetahuan dia .. Aku bukan jenis yang senang senang nak ikut membuta tuli ..
Sebab itulah aku gemar baca tulisan Dr.MAZA .. Kenapa ? Setiap artikal dia ada dalil serta bukti fakta yang kukuh.. Bukan main kaut jer .. Sama gak aku , kebanyakkan entri aku , berdasarkan pengalaman hidup .. Kalau nak main cerita jer , aku pon takut tak betul ..
Kritik .. sila kritik .. tapi bila kritik , pastikan ianya benar kritikan yang membantu aku menjadi seorang manusia yang berguna .. Bila kritik , bagi sekali cadangan .. Itulah yang sepatutnya..
Bila dirujuk pada dunia ilmuwan dulu , setiap kritikan akan disertai dengan dalil dalil atau fakta yang lebih kukuh .. Tapi apa yang berlaku sekarang , kritikan lebih pada mencari kesalahan untuk menjatuhkan seseorang .. Itu yang aku nampak .. Tiada langsung untuk membantu menjadikan seseorang itu lebih matang dan berjaya ..
Ini cuma pendapat aku.. Sebab itulah aku jarang nak terima bulat bulat kritikan seseorang .. kecuali datangnya kritikan itu dari seorang yang sememangnya dalam bidangnya .. Yang itu , akan aku telan terus kerana sememangnya dia arif dan mahir ..
Untuk menjadi seorang yang lebih matang , kita kena hayati kehidupan ini dari segenap sudut .. Walaupun sama sama makan nasi tapi nasi yang aku makan pastinya lebih enak kerana aku yang carik sendiri !
Entah mengapa ...
Aku suka memandang awan ..
Setiap pagi... tengahari ... petang ... walaupun aku tinggi di langit ..
Aku tetap merenung awan di bawah ...
Entah mengapa ..
Awan membawa sejuta makna pada aku ..
Setiap bentuknya , punya cerita tersendiri ..
Tak mampu aku huraikan satu persatu ..
Entah mengapa ...
Aku hanya boleh membiarkan awan itu berlalu ..
Hanya lambaian saja aku berikan ..
Kita berpisah untuk selama-lamanya ..
Kita takkan berjumpa lagi ..
Kadang-kadang kita terlupa .. tapi kadang-kadang lebih pada ego .. begitulah kita ni manusia ... Mudah benar nampak kesilapan orang .. taip bila kesilapan kita , kita butakan mata .. Wat wat pekak !
Nak ditakdirkan , apa yang aku komplen tadi ( link ) Allah pulangkan semula pada aku .. Malu ? Segan ? Menyesal ? Ego ? Semua ada .. hehehe... tutup muka sat ..
Tadi aku g Alamanda .. Lepas solat Maghrib , terus g sana .. Plan nak beli dapur gas n nak beli barang dapur .. Ehem.. kena tinggal lagi minggu depan .. Wife ke Sabah lak ..
Sampai Alamanda , terus cari parking.. Biasanya time time gini mmg susah nak dapat parking .. Sekali nampak ada satu lot kosong.. Aku terus masuk.. aku perasan aku masuk jalan bertentangan ..
Hurm.. Kebetulan ada kereta nak keluar .. Aku dah lakukan kesilapan .. hehe.. Wife suruh aku angkat tangan.. Tapi bila aku tengok muka pemandu tu cam nak makan aku tu , aku keraskan hati .. Grrr..
Yup .. salah aku.. mmg patut dia marah .. tapi aku dengan ego aku .. Ego yang tak sepatutnya aku layan !! Hurm... menyesal pon ada .. patut tolak tepi segalanya tu.. Tak mati pon buang ego kita ni kan ?
Haih.. nak kata apa... nak undurkan masa pon tak boleh dah .. Terima je la apa yang Allah pulangkan pada aku .. Astaghfirullah al'azim ..
Hati hati dengan apa yang kita kata dan doa .. Allah Maha Mendengar ..
Ranking dalam negara adalah 168 .. dan meletakkan blog aku di kalangan Top 100 diantara blog di Malaysia .. TOP 5 BLOGGER Melayu..
Alhamdulillah ... semakin lama semakin naik kedudukan aku ... Aku tau ada yang meluat dok tengok aku tak sudah sudah dengan ALEXA ni ..
Apa nak buat ? Selain dari $$ , aku mmg meletakkan sasaran aku di satu tahap .. Membuktikan aku komited dengan apa yang aku buat skang ni ..
Mungkin ramai akan kata , mereka berblog suka suka .. Yer , aku pon suka suka tapi bila kita ada matlamat dan sasaran suka suka aku ni menjadi lebih bermakna dan menunjukkan pada mereka yang suka tersengih sinis tu , aku berjaya menghijaukan tanah yang gersang ..
Dan satu lagi , ini membuktikan kita boleh berada di satu tahap yang mana mereka rasa hanya mereka yang 'berkelayakkan' saja boleh berada ... Sama taraf !! Tapi ini smua boleh dicapai dengan usaha yang keras dan kesabaran di tahap maksimun .. Yang penting , biarlah original !
Tengahari tadi .. ada seorang rakan blogger call aku .. dia tanya aku mengenai $$ di blog aku .. Dia tanya berapa aku dapat sehari .. Lepas aku beritahu dia , dia cakap ngan aku mengenai satu blogger ni.. Dia dapat berkali ganda dari aku ..
Wah.. Bestnya ... Rezeki masing masing ... Aku dapat sekian dengan cara aku .. dia dapat sekian dengan cara dia .. takde apa yang patut dicemburukan .. kan kan ?
Namun aku cukup bersyukur ... blog aku dikenali disebabkan dengan cara aku sendiri malah aku dah bina satu legasi aku sendiri .. Dan paling penting , cara aku ini menjadi ikutan segelintir blogger iaitu SEGMEN ...
Bila difikir fikir, duit bukanla segalanya dalam dunia ini tapi kebaikkan yang kita bawa dan beri itulah penentu arah kehidupan kita .. Seperti Tun Dr. Mahathir .. Setiap kali beliau lalu di depan KLCC , bangunan yang tinggi itulah menunjukkan kejayaan beliau sewaktu mentadbir negara ..
Aku ? Aku ? aku pulak camana ? Aku berbangga dengan wujudnya rakan rakan di alam maya ini ... Tak caya ? Cuba lihat di SINI ... Betapa ramainya rakan rakan baru kita ... kan kan ? Dan aku bangga mengenali mereka dan bangga mereka mengenali aku ...
Apa guna kita kaya tapi kita sendirian ? dan tidak memberi sebarang jasa pada dunia ni ?
Tq IRA ..
" ARghh.. tensen !! Tak abis abis bebel ! Tak abis abis bebel ! Asal duduk rumah je mak bebel ! Bosan la cam ni !!! "
Geram .. bengang.. buat apa saja semua tak kena kat mata mak bapak kita .. Arghh.. leh gila cam ni kan ? Duduk rumah kena.. keluar rumah kena.. duduk jauh pon kena... senantiasa kena jer..
Tak pe la ...tak lama lagi dah kan ? Nanti diorng dah tak de ... lega telinga tu kan ? takde sapa bebel dah .. kan kan ? Haaa... best masa tu .. buat jer la apa pon .. tak de sapa nak kisah dah .. kan kan ?
Tak pe tak pe.. apa kata kita renungkan jap gambar kat bawah ni ...
Bila jejak je zaman remaja , perkara pertama yang timbul dalam kepala otak ialah ...
Maka terasa la diri tu dah bijak macam ..
Padahal tak sedar sebenarnya awak tu masih lagi ....
Bila ditegur perangai tu , mulalah ..
Sikit sikit kata mak bapak nak ..
Padahal mak bapak korang tu ..
Kalaulah mak bapak korang tu jahat sangat , dari kecik lagi diorng dah .. 
Hurm...Ni umur baru
Dah berlagak macam ..
tapi bila ngan boyfriend atau girlfriend lak , korang ..
masa manis boleh la ...
bila time ni ??
Atau
baru laaaa korang nak cari balik
atau
Haaaa..tu kira nasib baiklah korang sempat
kalau tak sempat ?
Camana ?
Bak kata
FIN
Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!
sailfulislam.com
Baru balik dari Ali Bistro , Precint Diplomatik Putrajaya .. G tapau nasik je kat sana .. hurm..
Hidupkan kereta ..baru nak gerak , ada sebuah kereta Merchedes depan aku .. Dan laluan aku ada sebuah kereta dok parking ikut suka main tekak jer .. padahal banyak lagi tempat parking .. hurm..
Kereta yang dipandu oleh satu pasangan yang confirmnya satu bangsa dengan aku ni dipandu dengan perlahan .. Ikutkan aku boleh je jalan dulu ..tapi aku lepaskan dia dulu la...
Best part .. nak angkat tangan pon tak.. wat dek jerr.. perghhhh ... Ni la dia... Banyak kali la aku buat camtu pada kereta kereta yang sama level ngan aku .. Dan 90% dari mereka , semua angkat tangan tanda terima kasih dan aku membalasnya ..
Bukan la apa.. kita ni kena la berbudi bahasa sedikit .. aku sendiri pon bila melintas , ada kereta berenti sedangkan tu laluan dia .. aku tak de nak segan silu nak angkat tangan dan senyum padanya.. sebagai tanda terima kasih.. Haa.. hidup pon lagi aku.. bukan bila buat gitu , kita mati terus kan ? haihhh.... tu po susah ...
Kata si SUAMI
"Aku banyak luangkan masa berblogging masa aku sambil-sambil cari journal....atau sambil-sambil bace artikel..... Kadang-kadang biler dah takde mood nak bae benda serius....aku mengadap la blog.... Sekarang ni memang aku jarang giler berblogwalking.... sebab aku sempat update blog dan promote blog jer... Sori yer kengkawan...akan aku cuba luang kan masa untuk menjengah ke blog korang....
Jelingan si isteri ek....ha ha ha.... Takde la jeling-jeling... Tapi kene cubit sikit-sikit tu ade la...ngahahaha... Kene la pandai bahagi mase... Jangan ngadap blog sampai lupa tanggung jawab kan... Blog tu kalau dah addict sangat...anggap macam pet jer.... Jangan duk depan pc 24 jam sudah la.... Update blog.....promote sikit.... pastu luangkan la masa... Dalam dua tiga jam.... update lagi....malas update.... blogwalking..... Kan..kan.... ape susah.... :)"
Kata si ISTERI
"So far, berkecimpung dalam dunia blog ni sudah agak lama la...kira2 setahun yang lalu....sejak status masih bujang...kalau time single mingle dulu, agak rajin la post entri...sampaikan sehari boleh cecah 3-5 sehari...kencang jugak la..tapi tak sekencang brother kita lam gambar tu lagi...hehehehe...
Suami memang dah lama tahu yang isterinya ni suka berblog since belum kahwin pon lagi... Nak kata suami banyak beri sokongan tu takde la, nak kata dia tak suka isteri dia berblog pon tak...pendek kata, dia tak kisah la..yang penting isterinya H.E.P.I....berblog2 jugak, dapur sentiasa berasap..itu yang P.E.N.T.I.N.G..hihihihihi....
Sebenarnya suami memang seorang yang memahami la..sebabnya suami pon pernah ada blog suatu ketika dulu...Dah dua kali buat blog dah, tapi ye la orang kata..."Hangat2 tahi ayam"...hehehehehehe...Ingat lagi time semangat dia nak buat blog dulu2, wah kemain lagi...siap sanggup stay-up semata2 nak design blog kasi cantik...hehehehe....Alih2, ntah kemana-mana je blog tu...menyepi je....hahahahahaha...
Kena mood dia baik, isteri pun suka...sebabnya kalau la si isteri ni masak menu baru ke, mula la..."Eh, awak tak nak ambil gambar ke? Leh masuk dalam blog." Wah gitu....bahagia si isteri sebab dapat suami yang sangat2 memahami jiwa isterinya dalam blogging ni...hihihihi... Anak belum ada rezeki lagi...so, no komen la tentang anak...hehehehehe...Harap2 kalau dah ada anak, mood berblog ni tetap jugak sama...mungkin cerita2 pasal anak la pulak banyak yang akan dipaparkan nanti.... "
Kata si ANAK
"Senang je. Yang penting bila berblog jangan nak 24 jam menghadap laptop. Kalau ibu panggil buat kerja buatlah. Lagipun bila study jauh dari keluarga jadi memang tak ada masalah. Study belah pagi. Petang dan malam untuk blog. Ibu ayah tak kisah. Kadang diorang baca blog jugak. Siap suruh buat duit dengan berblog. Sebab dia suka baca cerpen yang aku karang. Malunya =O "
Haaa... ni antara yang antar laa... nak baca lagi ??? hehehe.. Jom ... klik SINI
Aku blogwalking bila dalam ERL dan LRT sewaktu nak g kerja .. Tu pon hanya bila sempat jer... kalau tak ? haaa... tengok blog pon hanya untuk 'lepaskan' komen .. hehehe. .
Hurm... kat opis , internet ... mmg khas untuk buat kerja jer .. nak tak nak kena guna alternatif lain untuk berblog .. Haa.. aku berblog bila ada masa jer.. aku lebih suka berblog dari menghabiskan masa dok wat keje tak berfaedah ..
Banyaknya masa aku kat opis kan ? :) .. Part tu , aku tak perlu jelaskan la.. sbb tu adalah peribadi dan boleh jadi isu bila ada yang teringin nak kenakan aku nanti .. hehehe ..
Aku guna broadband yang mana kalau kat rumah aku ni , coverage dia serupa macam modem 33.6 kbps .. haaaa... Nun zaman masa aku baru abis belajar dulu yakni tahun 98 gitu haaa... Pergh.. masak masak ..
Aku dah buat tempahan utk pasang UNIFI .. hurm... menyampah !!! Kata nak datang .. aku siap amik cuti.. tunggu punya tunggu.. tak datang !! Padahal dah sebulan tunggu. .. Tu hari kerja .. Diaorg kata boleh pasang hari kerja .. Dah korbankan cuti aku.. Tarak !!
Pastu UNIFI call .. tanya bila bleh datang pasang.. Jadi mau tak mau , kena time sabtu ahad je la kan ? Harammmm.... sampai skang takde !!
Jadi camana nak blogwalking dengan selesa ??? Ni pon dok nak bukak blog sendiri cam.. hareemmmm... Camana aku tak dapat darah tinggi ??? Tingin gak masuk dengan mudah ke blog blog rakan yang join segmen ... tapi tak leh.. hanya boleh post entri jer... hurmmm... geram geram..
Patutnya hari ni aku g Gemencheh , Negeri Sembilan .. tapi sejak malam tadi aku sakit kepala yang amat sangat.. tengok skrin komputer pon dah berpinar...
Lepas diurut kepala , baru dapat tidur nyenyak .. Bangun subuh pagi tadi... masih sakit lagi.. sampai hari ni hari apa pon aku tak tau .. uhuhu..
Lepas solat , aku terpaksa cari ubat untuk makan .. Mengenangkan cerita semalam ( link ) aku bergegas mencari ubat .. Terus makan ... Pastu tidur balik .. huhu ..
Aku antar sms kat member aku ..bagitau aku tak dapat g ... suruh pesan kat geng lain .. Kempunan dan rasa bersalah lak tak dapat g ... hurm.. Dah janji dengan diorng .. haih..
Bila pk pk balik...apa yang menyebabkan aku sakit kepala ? Rupanya semalam aku makan daging semalam .. Daging yang ada dalam nasi kerabu milik wife aku.. Mmg dia tak kasi aku makan tapi aku yang gatal nak makan.. Teringin..
Hurm.. teringin punya pasal... haaa...terus terlantar.. Bahaya tul la... haih..
Ada sorang sahabat mintak aku beri pendapat mengenai contest yang suruh LIKE LIKE LIKE ni haaa dalam FACEBOOK ... Aiseyman ...
Hurm... hurm... nak bagi pendapat ke ?? Mmg betul pon makin banyak skang ni.. Sikit skit LIKE.. sikit sikit LIKE ... Heheh.. tensen ? Mmg la ..tapi aku tak salahkan diorg .. mmg satu kemudahan yang diberikan di FACEBOOK ni.. nak kata apa dah kan ?
Salah guna ? Aku tak rasa salah guna .. malah diorng mengambil kesempatan diatas kelebihan yang ada dalam FACEBOOK tu ..Bijak la kan ? Hehehe..
Kalau tak suka , sama gak cam blog .. pangkah je la kan .. sakit hati tu , tolak tepi je la.. kawan kawan kita gak kan ? Mana la tau , satu hari nanti kita lak perlukan LIKE ni kan ? Sapa tau kan kan kan ?
Terpulang .. bab ni hak masing masing tapi yang nak mintak pon , tolong hormati gak kawan kawan lain .. ok ? Kena bijak mengoda untuk mintak mereka klik LIKE tu haaa.. boleh ? Terima kasih ... ;)
Aku dah set entri SEPAH JUARA MAHARAJA LAWAK 2011 tadi tapi entah kenapa rasa cam malas je nak buat entri tu .. Pastu aku tarik balik .. Patut ikut je naluri aku .. Yelah , kang berdedel jer blogger buat entri pasal MAHARAJA LAWAK AKHIR ni ...
Tapi serius , mmg kebelakangan ni SEPAH menunjukkan prestasi yang membanggakan .. Setiap persembahan diorng makin best .. hehehe... Mmg rezeki diorg ..
Tempat kedua .. JOZAN .. Hurm.. aku mmg tak nak kumpulan ni best.. Malang bagi Johan .. Aku suka persembahang Johan tapi tak suka Zizan .. Ada berlagak sedikit pada dia ... Dan JOZAN bergantung pada Johan bagi aku .. hehehe ...
Seperti yang dijangka , tempat ketiga mmg milik NABIL .. Persembahan dia malam ni tidak mendukacitakan.. mmg NABIL sebenar keluar malam ni.. Berbaloi RM150,000 milik dia seorang !!
Malang buat JAMBU yang terpaksa bersaing dengan mereka yang sememangnya punya ramai peminat ... Tak kisah la kan ? Mmg diorng best camana pon .. RM50 ribu milik mereka ..
Apa pon , kesemua peserta malam ni TERBAIK ! Paling best dalam semua minggu .. Tahniah ... Rezeki semua peserta .. Dari 0 ke 100 !! Kehidupan berubah selepas ini.. insyaAllah ..
DAH BOLEH POTONG ASTRO .. Dari RM98 tetiba jadi RM100++ ... Mengarut tul !!
Isteri : Bang , tadi adik call .. dia kata makcik yang jaga anak dia tu ,tak dapat nak jaga dalam seminggu sebab suami dia masuk hospital ..
Suami : Hurm ( trademark aku ) .. Sakit apa ?
Isteri : Er... darah tinggi ( tersengih ) .. Kata dia , ada berlaku pendarahan di otak .. Menurut Zma , tengah tengah berborak tu , si suami mengadu kat isteri yang dia sakit kepala.. Macam nak pecah kepala dia .. Tetiba dia pengsan.. Bawak gi hospital , doktor tak tau nak buat apa dah .. Er...Dia pon macam abang gak , jenis tak makan ubat !
Suami : Wah.. ni macam jgn kasi la abang tensen dah kat rumah.. Kena ikut jer cakap suami.. tamo jeling jeling .. marah marah... kena ' yes boss la kan ? Waa.... OK ok .. kita mulakan dengan kita g Alamanda eh.. nak beli lens ! i likeee...
Haaa.. ini bermakna ... jeng jeng jeng ... jangan sesekali kasi suami tensen.. haaa... bahaya wooo... kan kan ?
Tekanan darah tinggi adalah antara penyakit yang sangat merbahaya dan tak kira usia , bangsa mahupun jantina boleh terlepas darinya jika tidak berjaga-jaga ..
Alamak...bahaya ni..murah tapi merbahaya, fikir²kanlah. Nak murah tapi nyawa tergadai. Bahaya²
Bukan nak mengutuk atau mengata tapi kalau sampai begini....kenalah difikir² juga. AWAS pembeli² semua, belilah barangan buatan MALAYSIA. Sedikit mahal tak apalah ye.
Sekali lihat macam ni rasa terus tak nak beli produk sebegini. Hilang rasa percaya dan mulai ragu² tentang bahan² kimia yang terdapat dalam barangan buatan luar. Contohnya mee segera taiwan...Ish.....
sambungan > SINI
Hahahah... haaa.. aku buat segmen , orang bangkang.. aku cerita pasal aku makan apa , orang bangkang .. Aku cerita pasal jiran sebelah , orang bangkang ... Dah tu ??? aku nak cerita apa ? Pasal gym ? Orang kata aku gay .. Kang aku cerita pasal ikan , korang ingat aku nelayan lak .. adoiii ..
Pagi tadi aku ada keluarkan satu entri berkaitan satu produk yang dikesan mengandungi dna babi .. Maka ramai yang tak tau , dah tau ... Dan !! Aku juga terima satu mail bangkangan yang mana memberitahu aku tidak membuat penyelidikan terlebih dahulu dan terus percaya pada surat yang dilampirkan tu ..
Gulp .. Takkan aku tak reti nak baca memo dari jabatan kot ? Erk.. tapi tak pe.. aku amik langkah berhati hati .. Untuk elakkan mana mana pihak terasa , ada baiknya aku bertindak dengan cara yang betul yakni hubungi sendiri Jabatan Agama Islam Johor - Bahagian Penyelidikan .. ( 07-22829431 )
Menurut mereka ( lupa lak nak tanya nama dia ) , jabatan kimia ada mengesahkan kehadiran dna babi di dalam butter tersebut .. cuma sekarang ni mereka kena ikut protokol .. Mereka tiada hak untuk mengeluarkan sebarang fatwa untuk memberitahu status halal haramnya butter tersebut .. Segalanya masih dalam proses yang belum ada keputusan lagi .. POLITIK ..
Itu jelah .. untuk kepastian sekali lagi ... aku tanya dan jawapannya mmg ada dna babi didalam produk tersebut .. Jadi dia nasihatkan agar berhati hati je ...
OK ? haaa.. tu je la.. kalau tak puashati , boleh call tanya sendiri laa... tak tau la kot pasni ada perubahan pada kenyataan kat sana tu .. Faham faham je la kan kat negara kita ni.. banyak pihak terlibat... hehehhe...
Wallahualam.. Aku sekadar menyampaikan .. benar atau tidak , sila buat kajian sendiri.. Jika salah , harap perbetulkan aku... jika betul , sama sama kita amik tindakan yang sepatutnya ..
Terima kasih ..
Haaaa.. yang ni khas untuk mereka yang bergelar ISTERI dan juga IBU ... ala.. mama ke , umi ke , amma ke .. sama je la.. leh je join..okeh ? Untuk SUAMI kat SINI .. dan ISTERI kat SINI ..
Ok...cam biasa ... buat entri .. dan segmen ni akan ditutup pada kul 10 malam ni yer.. Semua entri akan di senaraikan di SINI .. Haaa... pastinya ada cerita tersendiri ..
Jom...
Buat satu entri .. letak header BEN ASHAARI BLOG
Tajuk BILA SI ANAK BERBLOG.. SI AYAH dan IBU ? dan linkkan ke entri ini ..
Apa yang si anak kena tulis ? cuba ceritakan bagaimana anda membahagikan masa dengan belajar , membantu kedua ibubapa dan berblog.. Pastu , ayah atau ibu tak membebel atau tak kisah ke ? Camana anda terangkan minat anda itu serta tunjukkan bukti bahawa berblog tu berbaloi ?.. hehehe..
Siap ? Yearghh... sila tinggalkan url entri anda di ruang komen ini ...
Sekali lagi.. tutup kul 10 malam ..
Haaaa.. yang ni khas untuk mereka yang bergelar ISTERI dan juga IBU ... ala.. mama ke , umi ke , amma ke .. sama je la.. leh je join..okeh ? Untuk SUAMI kat SINI ..
Ok...cam biasa ... buat entri .. dan segmen ni akan ditutup pada kul 10 malam ni yer.. Semua entri akan di senaraikan di SINI .. Haaa... pastinya ada cerita tersendiri ..
Jom...
Buat satu entri .. letak header BEN ASHAARI BLOG
Tajuk BILA SI ISTERI BERBLOG.. SI SUAMI dan ANAK ? dan linkkan ke entri ini ..
Apa yang si isteri kena tulis ? cuba ceritakan bagaimana anda meluangkan masa di rumah .. Yelah , camana nak habiskan masa dengan anak anak , suami pastu blog .. Haaa.. ada kawan kawan nak tau tuuu... hehehe.. Pastu , si suami tak membebel atau tak kisah ke ? Camana anda leh 'jinak'kan bebelan si suami tu.. haaaa.. hehehe..
Siap ? Yearghh... sila tinggalkan url entri anda di ruang komen ini ...
Sekali lagi.. tutup kul 10 malam ..