Satu penghormatan ..

by - Ahad, Ogos 17, 2014

 

Jam 4 pagi.. Raya kedua rasanya , aku terima email dari Air Asia X. Masa baca email tu , aku ingat aku mimpi.. Apa giler diorang nak ajak aku gi Paris ? Huk aloh.. mimpi pon tak hagak hagak !

Photo

Aku sambung tidur .. Pastu terjaga , tengok balik hp.. Hurm.. Memang betul aku dapat email ni… Aku printscreen dan letak gi group KBBA dan bagi wife..  Tapi aku tak menaruh harapan untuk pergi ke sana sbb masih jauh lagi  dari tarikh pergi.. Dan wife pon dah start keje minggu tu..

Perbincangan dengan wife dilakukan.. Dia ‘memaksa’ aku pergi kerana peluang begini tak akan datang selalu. Aku pulak kurang yakin sebab details yang diperlukan dari aku cumalah salinan passport dan aku pulak takde passport ! Hahahaa ..

Akhirnya , setelah aku kuatkan azam dan bersungguh untuk melakukan perjalanan ni .. aku uruskan segalanya bersama wife ..

Dan .. aku berada di sana juga !!

2008-2014 - dpt juga sentuh Eiffel Tower dgn tiket blogger..

Photo: #kelabbloggerbenashaari

Akhirnya berjaya buktikan usaha aku selama ini membuahkan hasil. Bukan sekadar berpendapatan melalui penulisan blog malah dihargai walaupun blog santai bercerita kisah dan pendapat peribadi.

Jika ada sasaran , mulakan langkah tanpa toleh ke belakang. Jgn buang masa dgn hal remeh temeh dunia seperti melayan sakit hati manusia lain ..

Alhamdulillah.. banyak impian aku tercapai bila aku menjadi blogger ni.. Segala apa yang aku impikan sebelum bergelar blogger, aku berjaya mengapaianya setelah 6 tahun berusaha keras ! Tu belum lagi part part kena psiko , kena kritik , kena gelak .. kena maki ! Kutuk tu , biasa la kan ? Tak kira kawan atau lawan .. semuanya aku lalui dengan sokongan rakan rakan yang mengenali aku tak kira melalui bacaan di blog atau di media sosial yang lain ..

InshaAllah.. Korang pon boleh lakukan jika ada usaha .. Jangan mudah putus asa .. Akan ada pihak buka mata dgn ketekunan kita.

You May Also Like

8 comments

  1. tahniah ben akak ucapkan, sesungguhnya kalau berkerja keras walau dlm apa bidang pun pasti akan dpt hadiah yg berbaloii yg tak terpikir dek akal kita kan..

    BalasPadam
  2. Tahniah .... kejayaan dan perjuangan yabg bermakna.. bukan semua orang mampu ucapkan macam ni dengan bangga.. tahniah ya. Membuktikan yang blogging ni satu aktiviti sihat dan menguntungkan juga.. bukan buang masa sia2 sahaja

    BalasPadam
  3. siapa berusaha pasti berjaya.. So, blogger bukan satu kerjaya buang masa dah sekarang ni kalau betul caranya. Syabas abang ben benda ni jadi motivasi & inspirasi pada blogger2 lain.

    BalasPadam
  4. Best an dpt peluang cmni..dpt travel dgn dorg n cri pnglmn kt ngra org :)

    Pesanan Beben ni akn di semat dlm hati utk cpai impian suatu hari nnt..semuanya bole jd realiti kan =)

    BalasPadam
  5. Tahniah Abg Ben...segala usaha penat lelah akhirnya terbayar...rezeki anak2 tu :)

    BalasPadam
  6. emm satu penghormatan utk ben.. sungguh tak sangka jadi blogger bleh sampai ke tahap mcm ni.. mmg bg motivasi kat jie..tahniah diucapkan..

    BalasPadam