Bila mak minta minyak Aromaterapi Saffron Najehah !

by - Jumaat, Ogos 09, 2019

Tiba tiba dapat mesej dari kenalan di Instagram. Katanya aku pernah menolong dia post satu posting di Instagram mengenai Austism dan tidak mengenakan sebarang bayaran. Nah , aku tak ingat pun sebenarnya. Dia nak membalasanya dengan mengirimkan cenderamata. Aku menolak pada awalnya tapi dia berkeras nak memberinya juga. Alhamdulillah , rezeki jangan ditolak kan  walaupun aku tak tau apa dia nak kasi.

Beberapa hari kemudian , barang kirimannya sampai di rumah mak aku. Keesokan harinya baru aku gi amik dan buka. Dan di dalam tu ada minyak aromaterapi Najeehah dan susu kambing. Abang aku tengok. Yeargh.. dia memang suka tengok apa aku dapat ! Hahahaha.. Sebab ada yang aku tak nak , dia amik dulu. Aku tak kisah pun... Mengenangkan jasanya yang kerap membantu aku di kala aku susah satu tika dulu, aku kasi je la. 

Minyak Aromaterapi Najeehah ? Hurm.. tak pernah dengar lak. Ada banyak minyak di rumah aku dah. Kasi mak aku satu. Dia suka pakaikan pada cucu cucu dia terutama bila selsema atau dia sendiri dalam keadaan tidak selesa perut atau sakit kepala. 

Selang beberapa hari tu, mak aku call. Dia tanya mana aku beli minyak tu. Aku tanya kenapa ? Dia cakap semalam dia sakit ulu hati sangat. Dia sapu dengan minyak tu. Alhamdulillah , terus lega. Aku macam wow ! Biar betul kemujaraban minyak tu ? Dia mintak aku belikan lagi. Aku terus mesej akak tu. Order lagi 3 botol.

Tak lama kemudian sampai ke rumah mak aku. Order melalui whatsapp je. Pastu dia akan pos. Beberapa hari sampai la. Dan minyak tu, abang aku amik juga sebotol. Katanya bagus. Nak letak pada anak anak dia. Aku kasi je la. Mak aku amik 2 botol. Dan aku sebotol. Hehehe.. Terjebak dah aku.

Beberapa hari kemudian ..Mak aku mintak no telefon orang yang jual minyak tu. Aku tanya wat apa ? Dia nak beli beberapa produk lagi ! Eh ??? Dah terjebak ke ? Bagus sangat produk Najeehah ? Aku tanya apa produk dia nak. Dan dia sebutkan beberapa jenis.. Aku terus whatsapp akak Zulia Yanti tu. 

Setelah beri nama dan kuatiti , dia akan pos selepas raya.. seperti yang aku minta. Raya semua pakat balik kampung kan ? Hehehe... Antara dia nak ialah susu kambing, kopi dan sabun mandi. Huhuh.. Tak pe la.. aku belikan je. Mak sendiri nak guna.. takkan nak mintak duit balik kan ? 

Dan menariknya... wife aku pun nak order gak ! Ah sudah...








Kalau korang nak cuba , boleh je whatsapp ke Zulia Yanti di 011 6323 9716.

You May Also Like

4 comments

  1. Kalau orang tua pakai dah repeat kali kedua tu maknanya bagus lah tu

    BalasPadam
  2. patut ada di setiap rumah sebab banyak kebaikannya InsyaAllah

    BalasPadam
  3. Betul cakap Kak Juju. Kalau mak repeat tu maknanya memang baiklah kan. Bagusnyabada safron

    BalasPadam
  4. apa instagram orang tu ye?

    BalasPadam