BEN ASHAARI



Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] ..

 

Cinta ,

Tiada kata mampu diungkapkan ,

Tiada bahasa mampu membicarakan ,

Lahir dari jiwa suci nan murni ,

Kekal tanda kebesaran Ilahi .

 

Cinta ,

Walau seketika di dunia ini ,

Seketika itu pasti bermakna ,

Bahagia jua datang menjelma ,

 

Cinta ,

Bukan bala yang dipinta ,

Hadirnya pasti satu duga ,

Bukti keteguhan kita ,

Bersama selamanya ..

 

"Apakah aku sudah jatuh cinta kali ke 2 ??? Adawiyah datang menjelma membawa sinar bahagia ?? Tapi dia dengan Wan bagaimana ?? Apakah kesudahannya ? ". Bicara aku bagai pahlawan Lang Buana ! Hampeh..

 

" Tak suka pada Adawiyah ?? ". Adawiyah kembali menanyakan soalan itu.

 

" Aah.. mmg Ben tak suka kalau Adawiyah sendiri tak suka ! ". Jawapanku sambil menelan daging ayam penyek. Sungguh tidak romantik ketika itu. Wan dan Riana pula bersama-sama membeli makanan mereka.

 

" Tapi kan Ada kan dah couple dengan Wan .. Takkan Ben nak kacau daun lak kan ? Tak bagus la.. ". Aku memandang tepat anak matanya.Coklat cair warnanya. Cair lagi hati aku.

 

" Hurm.. Sebenarnya Ada dan Wan.." .Terhenti bila Wan dan Arina kembali ke kerusi mereka ...

 

Adawiyah !!! Habiskanlah ayat mu ituuuuuu !!!!

 

-SAMBUNG-

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] ..

 

" Jom makan dulu Ben .. Kang lapar pulak dalam panggung tu .. ". Wan ajak makan sesudah aku menunjukkan muka pada mereka bertiga.

 

Cantik Adawiyah petang tu.Berbaju kurung pink.Rambut dilepaskan.Sayangnya.Aku terlewat untuk melafazkan kata cinta padanyakah ? Eh , kenapa pada dia ? Bukan Riana ?? Aku rasa aku dah jatuh cinta pada Adawiyah dan bukannya Riana.Riana mungkin  aku sekadar suka melihat tingkahlakunya. Itu yang menyebabkan aku suka pada Riana dan bukannya jatuh cinta.

 

Perlukah aku meluahkannya ? Bagaimana pula dengan Wan ? Bukankah Wan kekasihnya ? Takkan aku nak berebut. Perlukah aku melepaskan saja ? Tapi bagaimana aku nak mengadap muka mereka hari-hari ?? Tentu aku cemburu sekali ..

 

" Woiiii...petang-petang mengelamun ??? Terpana tengok Adawiyah ke ?? Tu laa.. dulu jual mahal ! Orang nak kat kau , kau lak tak nak ! Haa... Padan muka aku dah kebas ! ". Selamba je Wan melepaskan kata-kata itu. Malu terpancar di wajah Ada.

 

Aku buat tak dengar saja kata-kata Wan itu.Saja nak pekena aku.Tapi kalau benar camana pulak ? Kot benar Adawiyah suka kat aku tapi aku yang jual mahal ? Bila dikebas orang , baru aku ternganga. Apa masalah aku sekarang ni sebenarnya??

 

" Aku ok jer... jom la.. Lapar gak ni.. ".Aku menghala ke gerai nasi ayam penyek. Pilihan utama aku kalau makan di KLCC.

 

"Ben , jom kita pergi beli nasi ayam penyek. Ada nak amik lele. Ben suka ayam kan ? ". Adawiyah tersenyum.

 

" Camana minah ni leh tau aku suka makan nasi ayam penyet ??? Misteri ni ?? Takkan dia follow blog aku dari mula kot ? Haih.. Jangan biarkan idup aku diselubungi misteri ! ". Aku bermain dengan perasaan aku sendiri.

 

" Jom.." .Aku melemparkan senyuman pada Adawiyah.Dan dengan segera Ada bangun untuk berjalan seiring dengan aku. Sempat aku menjeling pada Wan. Merah mukanya.

 

" Ben , marah dengan Ada ke ? ". Ada menatap muka aku.

 

Gulp.. Malu ! Aku tak boleh ditenung perempuan sebegitu rupa.Sangat malu bagi aku. Aku pandang ke arah lain.Kemudian barulah memandangnya seketika.

 

" Siapalah Ben nak marah Adawiyah , kan ? ". Aku membalasnya lalu tersenyum.

 

" Ben suka kat Adawiyah ke ?" . Ada mengerutkan dahinya.

 

" Er... kenapa Ada tanya begitu ?? Nak masuk meminang Ben ke". Aku tanya pada dia semula.

 

" Jawab laaa... " . Adawiyah mengeraskan suaranya.

 

" Tak...". Balas aku lalu meneruskan langkah kakiku.. Meninggalkan Adawiyah yang telah mematikan langkahnya lalu menundukkan wajahnya...

 

-SAMBUNG-

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Semoga berkekalan.

Kredit - Hmetro

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Wahh. Ada orang kata Nuffnang tipu ke ? Perghh... sampai hati kata gitu tauuu.. Hehehe.. Keyword ' Nuffnang tipu ' tersekat di blog aku nih...

Benarkah Nuffnang tipu ? Innity tak bayar atau Advertlets juga begitu ? Ini adalah berdasarkan pengalaman aku yang dah guna ketiga-tiga syarikat tersebut.

Semua bayar laaa... Bezanya cepat atau lambat je.. Haaa.. Tapi sebelum itu , sila tanya diri sendiri.. Ada buat kesalahan tak seperti fraud click ? Kalau ada , mungkin akaun korang akan ditahan sementara siasatan dilakukan.

Dan , pastikan segala personal details perlu diisi seperti no akaun bank , alamat dan sebagainya. Sila rujuk kembali di setting memasing.

Dan jangan cepat melatah.. Aku pon cam korang gak dulu.. Memang berbulan nak bayar.. Mereka perlu dapatkan bayaran  terlebih dahulu dari pihak terbabit sebelum membayarnya pada bloggers.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan pembayaran , korang email terus je pada mereka untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci. Takat tanya kawan-kawan , kadang-kadang tak membantu sangat.

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Kalau dah tak kacak tu , jangan cuba kacakkan diri.. Lagi buruk rupanya..

image

" Toksah menyamar nak mancungkan hidung tu haaa .. "

image

" Kiranya nak sorok la taring tu eh ??? "

image

" Ololo... kira cute abis la tu yer ?? "

image

" Bang , awak tu kuda.. Kalau berlari , nampak macho la gak.. Ni buat camni ?

image

" Bagus la bersenam.tapi kalau niat nak kasi macho, mmg takkan tercapai punya ! "

image

" Serupa lion king ? Cam sea lion lagi ada la !! "

Apa yang perlu kita buat ialah , cari kelebihan diri dan kurangkan kelemahan kita itu. Tu yang sepatutnya kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] ..

 

" Iskhh.... kalau dah tidur tu , tak ingat dunia !!  Abang , bangun laaa .. Lain kali lepas subuh tu , g la jogging ke bersenam ke.. Ni tidur balik ! Mana la tak boroi perut tu.. ". Jerit adik aku.

 

" Boroi boroi aku , kacak gak tauuu !! " Aku balas semula.

 

Aku tak tahu la jantina sebenar adik aku ni.Fizikalnya perempuan. Tapi serupa jantan garangnya. Peliknya , ramai pulak lelaki berkenan.Agaknya dengan aku je garang kot ?

 

"Huarghhhhhhhhhhh.... ngantuknyaa... ". Aku pegang pipi aku.Haih , nasib baik mimpi.Kalau tak , sahih huduh rupa aku ! Kalau dua dua tu tak nak , tak per la.. Aku cari je lain. Bukan susah pun. Internet ada .

 

" Ada sapa sapa sedang mencari calon suami ?? Kelayakan yang dicari adalah seperti berikut ..

  1. Cantik
  2. Berduit takkan abis sampai bila-bila serta tiada hutang dengan PTPTN
  3. Beriman berbudi bahasa
  4. Punya hati dan perasaan
  5. Takkan jatuh hati dengan Wan Kembung ?

Jika ada menepati piawaian yang  ditetapkan seperti di atas , sila hubungi saya dalam masa terdekat. Calon-calon akan ditapis. Sila klik SINI untuk download borang atau lawatilah laman web www.caricalonkaya.gov.my .

Terima kasih. ".

 

Mengelamun seketika aku dibuatnya sebab geram dengan Wan Kembung serta dua kekasih hatinya .. Dua ????? Tambah lagi empat ! Pergh.. dia ni guna jarum jenis apa pon tak tahulah.

 

" Mandi pon sodap. Karang nak keluar tengok diorang dating pulak.. Adeh...  Tak pe la , kawan punya pasal. Asal diorng bahagia , sudah la... Biar aku je yang merana.. Sudah begini lumrah perjalanan hidupku... ". Mengeluh sebentar aku mengenangkan nasib diri.

 

"Ben , kau nak tumpang aku tak ? Adawiyah ngan Ariana ada sekali ni ?? "

 

Sms yang baru aku terima dari Wan. Ada hati ajak aku tumpang ?? Aku rela naik lrt laaa !!

 

"Tak pe..Duit baki sekolah dulu ada lagi. Aku naik lrt je. Jumpa kat Klcc nanti. Aku nak seat hujung sekali. Kalau boleh jauh dari korang .okeh ? ". Balas aku.

 

"Okeh ! Roger and out .. ". Pantas Wan balas.

 

" Okeh ????? Dasar kawan buaya tembaga cap Afrika betul ! ". Boleh dapat tekanan darah tinggi aku begini ..

 

-SAMBUNG-

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [34] ..

 

" Kau memang celaka punya kawan !! Tak cukup satu perempuan ke ??? Sampai hak kawan pon kau nak kebas !! Binatang pon tak perangai macam kau !! ". Aku lepaskan geram aku pada Wan.

 

" Dah kau sendiri kata kau tak berminat kan ? Kalau dah tak berminat , aku berminat. Rugi la kalau dibiarkan begitu saja kan ? ". Wan pantas menepis tangan aku yang mencekak bajunya.

 

" Kenapa diorang ??? Kau tau kan aku sukakan Adawiyah tu ?? Mula-mula aku sukakan Riana, kau kebas.. Ni Adawiyah tu pon kau nak jugak ??  Nenek aku kau tak nak pulak ??? ". Aku mengenggam penumbuk. Rasa nak debik je !

 

Belum sempat aku lepaskan penumbuk , Wan bagi sedas dulu . Tersungkur aku di situ. Dan kebetulan pula Adawiyah dan Riana sedang masuk dari cafe  di mana tempat kami bertengkar .

 

Malangnya aku tidak perasan kehadiran mereka. Aku kembali bangun dan menghayunkan penumbuk. Wan tidak menepis lalu terus kena ke mukanya. Gilirannya pula tersungkur .

 

" Hei Ben !! Wan !! Kenapa bergaduh ni !! " . Riana menjerit. Terus kedua-duanya meluru ke arah Wan yang tersungkur itu. Simpati mereka pada Wan.

 

Aku dipersalahkan. Ketiga-tiga mereka berlalu dari situ meninggalkan aku seorang diri.Terpaku aku tanpa suara. Salah akukah ???  Pengawal keselamatan yang kebetulan lalu di situ memanggil aku ke bilik pentadbiran. Dan aku diberi amaran kerana mencetuskan pergaduhan berdasarkan kamera cctv.

 

Mengapa malang betul nasib aku hari ini ??

 

-SAMBUNG-

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] ..

 

" Bila ? ".

 

" Esok ? Dengan sapa lagi ? ".

 

" Hurmm.. Wan ngan Adawiyah pon ada ? " .

 

" Cerita apa ? Owhhh.. Klcc ? ".

 

" Ok la kalau gitu .. Nanti Ben pergi ngan Wan terus ke Klcc lepas abis kelas.".

 

" Waalaikumsalam.. Selamat malam .. ".

 

" Tengok wayang pulak.. Takkan Adawiyah dah bercinta ngan Wan kot?? Takkan dia tak tau yang Wan tu bercouple dengan Riana ? Haishh.. pelik ni ... Macam tukar tukar pasangan lak.. Bahaya ni.. Eh.. apa aku melalut lak ni ..". Bebel sorang diri.

 

" Tak kisah la.. Kau amik je la semua tu Wan oiii.. Aku nak ngorat Anonymous yang memahami perasaan ku ini.. Oh... Aku kiciwa.. aku sungguh kiciwaaa ... ".

 

Aku buka Facebook kembali .Baca feed rakan-rakan untuk hiburkan hati. Mana yang boleh aku celah , aku celah.. Bosan. Takde yang menarik . Banyak mengarut je status malam ni.

 

" Adawiyah  , adawiyah... bila aku dah suka , kau dikebas orang.. Sama la cam Riana.Nape la tiap kali aku suka sesuatu tu , mesti dikebas orang ???  Aku pon silap gak.. Yang aku suka tu ,semua cantik jee... ni masalah gak.. Dah tu ??? Memang manusia tertarik pada kecantikkan.. Bukan salah aku ? Nak nilai dalaman pastinya kena kenal luaran dulu.. Sapa sangka singa tu baikhati kalau dah dia tayangkan gigi taring dia tu kan ?? ". Dan , aku terlelap akhirnya...

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
image
" Jom laa ref ! Sombong betul la .. "

" Bukan ai tak nak la you.. i kan pengadil .. Kalau ai pergi nanti , ramai player .. Habis ai kena kutuk punya.. Camana tu ? "

"Ala ref.... Takat kena boo kat stadium pon ref leh cekal , ni kan pulak takat open house ! "

" Yelah... ai pergi pakai baju kurung boleh ?? "

"Lantak la ref .. janji mai... "

" Wooooiii.. ni bincang apa lak.. kot ya nak jemput beraya , tunggu abis game la !! "
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Isnin lepas , aku ada pergi buat satu shooting untuk satu rancangan di RTM berkaitan dengan IT .. Bila nak keluar tu , aku tak tau.. Hehehe.. Aku pergi pon atas pelawaan penerbit rancangan tu.. Terima kasih kerana sudi memberi peluang ini ..

Baru sempat nak update.. Satu pengalaman yang baru buat aku bila terlibat dalam proses rakaman ni.. Bukan sekejap.. nak tunggu part aku tu , berpeluh gak la ketiak.. hahaha..

 

DSC_0022

DSC_0026

DSC_0033 DSC_0039

Terima kasih buat bro Hezle ..  :)

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32]..

 

" Dia mai buat hal daahhh ... Haih.. pelik betul aku dengan sesetengah sikap manusia ni .. Orang bercucuk tanam.. Hasil naik dengan cantiknya dikatakan guna baja kimia.. Orang meniaga makan , laris dikatakan guna ilmu sihir .. Kenapa la ada sikap manusia yang tak reti berlumba menuju kejayaan sebaliknya berlumba untuk menjatuhkan orang lain ?? Inikah saranan Rasulullah s.a.w pada umatnya ?? Inikah yang diajar baginda ? Astagfirullah al'azim.. ". Aku hanya mampu mengeleng kepala. Sedih dan hiba dengan perangai orang kita. Patutlah ekonomi negara kita dikuasai bangsa asing .

 

Anonymous berkata... [Reply to comment]

Alololo... jiwang karat la mamat nii... Lu pasan bagus laaa .. Ada taman punya olaaang !!

 

Komen itu aku delete. Tak ingin dan tak nak pembaca aku membacanya kerana itu bukanlah komen dari mereka yang punya akal sebaliknya komen berunsurkan hasad. Perlukah pembaca aku membacanya dan sakit hati ? Aku yang akan rasa bersalah !

 

Anonymous berkata... [Reply to comment]

As salam Ben. Lama tak singgah.Semakin hari semakin ketara kecewanya perasaan Ben ? Sedang dilanda gelorakah ? Jangan dilayan sangat perasaan itu kelak merana diri. Nikmatilah kehidupan ini. Bak kata Ben dalam entri yang lepas , Cinta ada dimana mana. Jika benar kita mencintai dia , lepaskanlah . Jika dia kembali , dialah pasangan kita. Jika tidak , doakan kebahagiaannya. :)

 

" Wah... terasa aku dengan kata-katanya... sangat mendalam.. Benar katanya .. Aku patut lepaskan .. Lepaskannya pergi.. Aku tahu dia bukan jodohku.. Selamat tinggal sayang ... ". Bisik hati kecilku.Komen itu aku lepaskan .

 

"Eh .. ada komen lagi ??

 

Adawiyah berkata... [Reply to comment]

Ben... sedihnya sajak Ben tu .. Frust dengan sapa ? Dengan tuuu yee.. hehehe.. Sabar la yer Ben... Kalau dah cinta , tak kemana punya.. hehehe..

 

" Arghhh... boleh pulak dia tinggalkan komen .. Selama ni tak pulak dia tinggalkan .. Adeh .. Kenapa Ada ?? Kenapa permainkan perasaan ini ?? Eceh.. bila pulak dia kata dia sukakan aku ?? Adoi.. Syok sendiri sudah ! Hehe.. ". Aku 'terlupa' makan ubat.Kesannya , aku merepek sendirian .

 

Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam .Masa untuk tidur. Tiba-tiba , telefon bimbit aku menyanyi lagi Spoon , Rindu Serindu-Rindunya. Oh karat sungguh aku rupanya..

 

" Riana... "

 

-SAMBUNG-

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31]..

 

" Eh ! Wan , tadi ada awek kirim salam kat kau .. Budak baru.. Comel siuttt ... Ala ala muka Lisa Surihani kau !! ". Tersenyum aku .

 

" Hah ?? Budak mana ?? Kirim salam je ke ?? Tak tinggal no telefon ke ?? " . Wan terpinga-pinga ..

 

" Ada gak... tapi aku letak kat mana tah .. Tercicir tadi kot masa aku pergi makan dengan Riana  , tengahari tadi. Aku cari kau.. Tak de .. Aku roger Riana.. Dia ok je.. ". Saja aku kasi Wan sakit hati. Apakah dia ingat dia je pandai buat aku sakit hati ?? Padahal tidak pun. Aku sengaja bagi dia rasa apa yang aku rasa semalam .

 

" Hurm.. tak pe la.. Jom la balik .. ". Tak pandang langsung muka aku bila Wan melepaskan kata-kata tersebut.

 

" Tak nak tunggu Adawiyah ke ? ". Saja aku umpan.

 

" Adawiyah .. Dia ada kelas sampai malam.. Karang malam aku jemput dia la.. ". Selamba je dia balas.

 

Tersembur air yang aku minum ! Aik ??? Takkan dah bercouple kot ?? Abis Riana ??

 

" Owh.. Kau dengan Riana camana ? On lagi ke ? Ke dah tukar channel ? " . Aku tanya pada dia..

 

" Kenapa ? Kau nak ke ? ". Balas Wan.

 

" Amboi.. Kau ingat bola ke perempuan ni ?? ".  Aku mula nak naik angin..

 

"Dah .. malas nak cakap pasal perempuan.. Takkan abis punya .. Jom gerak .. ". Sampai situ saja perbualan aku dengan Wan. Dalam kereta , kami membisu seribu bahasa.

 

Di rumah...

 

Awaiting moderation ( 2 )

 

Ada 2 komen di blog... Anonymous ???

 

-SAMBUNG-

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30]..

" LOGOUT ! ". Terus aku klik butang tersebut di Facebook tanpa kisahkan Adawiyah yang sedang menaip lagi. Ternyata aku amat bengang sekali dengan Wan. Aku tak salahkan Adawiyah. Dia mungkin tertipu dengan kata-kata Wan.

New Post ..

Ku umpama burung pungguk ..

Pungguk yang hanya mampu memandang bulan purnama..

Sedangkan bulan itu diterangi dek mentari ..

Pungguk menanti sepi ...

 

Bulan itu ..

Sungguh indah ..

Sayangnya sudah dimiliki ..

Aku , hanya mampu gigit jari ..

Sekali lagi ..

 

Apakah begini takdir ku ?

Sepi tanpa cinta ..

Kasih yang tiada rindu ..

Ingin memiliki dan dimiliki ..

Ingin cinta dan mencintai ..

 

Sekali lagi ..

Segalanya berderai ..

Menangis hiba hati ini ..

Tiada henti...

-BEN ASHAARI 2011'

"Publish" . Sekali lagi butang itu aku tekan ..Siap satu entri di blog .. Cukuplah malam ini ..  Tak larat sudah bermain dengan perasaan..

 

" Wan.. Ini bukan kali pertama kawan makan kawan .. Tapi tak mengapalah , apa guna bergaduh kerana wanita... "

 

-SAMBUNG-

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
image"Kenapa kau sibuk sangat dengan rambut aku nih ??? Kau jeleskah ?? "

" Takde la.. dah kau tu kawan aku.. Dan kau berada di depan aku. Maka aku nak bagitau je la.. Tak tegur , aku dapat dosa.. Kira lepaslah tanggungjawab aku kan ?

" Eleh... kira aku masuk neraka la kalau tak menutup aurat ni ?? "

"Hiskhhh.. aku tak kata gitu pun.. Cuma perintah Allah wajib dilaksanakan.. Tak buat , berdosa hukumnya.. Tu saja.. Bab syurga neraka tu , milik Allah.. Cuma ada perjanjian dosa dan pahala.. Setiap perbuatan ada balasannya .. "

"Abis tu , yang tutup aurat tu .. ingat baik sangat ke ??? Pakai ketat ketat.. pastu g dating pegang tangan.. Haaa.. Camana tuu ??? "

" Tu pon berdosa gak.. Masih tidak mengikut perintah Allah.. Kenapa nak pandang mereka yang begitu ? Kenapa tak pandang mereka yang benar-benar ikut perintah Allah ? "

" Abis tu .. kau tu baik sangat kee ??? "

" Kalau aku buat sesuatu yang kau rasa aku melanggar perintah Allah , maka tegurlah aku.. Kau dan aku ,sama saja... Kita kan kawan .. Kalau bukan kawan tegur kawan , kita nak tunggu sapa lagi untuk menegur ? Bukankah kawan itu tugasnya menjaga kawannya ? Bukan sekadar bergelak ketawa saja .. kan kan ?

" Hurm... "

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” sehingga akhir terjemahan ayat ini. "
- Surah al-Nur : 31

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).”
(Hadits riwayat Muslim)
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

image

" Psst.. kawan .. nak tanya boleh ? Camana kau boleh hidup di dunia ini dengan wajah yang kurang kacak tersebut ? "

" Oh .. mudah saja.. Kalau nak hidup di dunia ini , gunakan akal dan bukannya wajah.. Akal makin digunakan , makin tajam serta luas lagi daya pemikiran. Manakala wajah , makin digunakan makin layu dan makin hilang serinya..

" Oh.. kiranya kau ni punya akal tajam la yer ?? "

" Tidak jugak.. Kata- kata tu aku amik dari dari buku jer.. "

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] ..

 

" Assalamualaikum Ada .. " . Aku menyapanya di Facebook.

 

10 minit kemudian baru dia membalasnya. Sempat jugak aku pergi bancuh milo memandangkan pasti akan lama berborak dengannya secara maya. Rindukah aku ?

 

"Waalaikumsalam En.Ben.".Dijawabnya ringkas.

 

"Haish.. ringkas gitu je ??? Encik ?? Apa mimpi dia berincik incik dengan aku ni ??? Adeh.. ". Tergaru-garu kepala sebentar.Memang tabiat aku. Entah berapa banyak rambut gugur pun aku tak pasti.

 

"Lewat online ? Sibuk ke hari ni ? Eh , sihat ke Ada ? ". Dengan pantas aku menaip.Saja ambil berat la kononnya padahal soalannya utamanya yang pertama itu.

 

"Alhamdulillah.. sihat jer. Ben camana ? Ada entri baru di blog ke ? Lama tak masuk baca .. hehe..". Adawiyah membalas mesej aku di Facebook.

 

"Wahh... lama tak masuk ? Anonymous pun lama gak tak komen ?? Apakah mereka ada hubungkait ?? Jeng jeng jeng... ". Aku mula suspek , bak kata Saiful Apek.

 

"Blog ok ok je.. Sehari satu entri je.. Bukan ada idea sangat nak update banyak kali dalam masa sehari. Kita bukan otai pon.. hehehe.. Haa... tak jawab pon soalan Ben ? Nape lewat online ? ". Geram. Tak dapat jawapan dari tadi. Dah la tu, balas lambat !

 

" Oh .. Ada keluar dengan Wan tadi.. Wan tak bagitau ke ? Wan ajak Ada teman dia ke Times Square. Nak cari buku katanya. Dia kata Ben sibuk dengan Riana. Jadi dia taknak ganggu la.. Jadi Ada , oke je la.. Tak lama pon , dalam kul 8 tadi , Wan hantar balik.Sempat jugak la dia jumpa mak ayah Ada. Ben makan dah ? ". Adawiyah menjawab manakala aku terbeliak biji mata membacanya !

 

"Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnn !!!!! ". Hati aku menjerit kuat !!!

 

"Wan Kembong ke ? ". Aku tanya sekali lagi bagi memastikan jawapannya adalah seperti yang aku nampak tadi .

 

"Wan Kembong kawan baik Ben tu la... sapa lagi... ". Ada menjawab ringkas.

 

Mengapa duniaku tiba-tiba jadi kelam ????

 

-SAMBUNG-

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] ..

 

"Entahlah Riana. Bukan mudah nak membuka pintu hati untuk menerima kehadiran cinta yang baru. Takut dikecewakan lagi. Sungguhpun itulah satu pertarungan. Kalah atau menang , belakang cerita. Yang penting menyahut cabaran. Masalahnya , nak menyahut cabaran tu yang susah. ".

Balas sms aku. Rasanya abis jugak prepaid aku malam ni.

 

" Pergh.. tak sampai 10 saat dah balas ? Nampak sangat tengah sunyi.. Nape tak layan si Wan ?? ". Hati aku berbisik sambil membalas sms Riana

 

" Cuba korek rahsia nampak ? Hehe..Gurau je.. Ada la sorang yang Ben berkenan tapi dia pulak tak berkenan kat Ben. Maklumlah , kita ni bukan ada rupa sangat sampai ada orang nak pandang kita kan ? Hehehe... "

Aku balas kembali smsnya. Selepas itu aku hantar sms pada Wan . Bertanyakan di mana dia berada dan apa yang sedang dilakukannya.

 

" Hahaha.. Adawiyah ?? Takkanlah dia nakkan Ben .. haha.. Dia tu kan ramai peminat di Facebook. Tak pe la , Ben senang begitu. Biarlah segalanya rahsia dan hati ini saja mengetahuinya.. Jika sampai masanya , maka terbuka dengan sendirinya pintu hati ini.. Hampir dah nak terbuka ni .. Pasni nak sambung update blog .. Itulah kekasih hati Ben ..Hahaha..Bye , Wsalam.. "

Sms dihantar kembali kepada Riana. Dan itulah sms terakhir. Manakala dari Wan , hampeh ! Sahih dating. Entah bila nak insaf pon tak tau .

 

"Eh... Adawiyah online ! ". Tiba-tiba hati aku kembali ceria. Lewatnya dia online.

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

image

 

" Waahh.. tak sangka rupamu begitu huduh ! "

" Oh.. kamu sedang mengata aku atau Pencipta wajahku ini ? "

" Maafkan aku .. tapi bagaimana kamu boleh dapat isteri yang cantik ? "

" Mungkin rupa ku ini buruk tapi tak seburuk hati mu itu .. "

" Aku balik dululah.. Insaf... "

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Yearghh... Segmen mudah .. Korang tak perlu buat entri langsung .. hehehe ... Okeh ? Bagi mereka yang dah ikuti  cerpen AKAN KU MILIKI HATIMU ITU  , pasti mudah .. tapi belum tentu tau !! Hehehe..

Apakah ?? Mula mula , sila hayati cerpen ni dahulu ..

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] ..

 

Dah baca ?? Ok .. mudah jer .. Jika korang pengarah drama , siapakah pelakon yang sesuai untuk korang bagi watak-watak tersebut ??  Hehehe .. Tinggalkan jawapan di ruang komen beserta url blog korang .. Tu jeee.. Tak payah buat entri pon..

Contoh : Riana : Azean Irdawaty , Ben : Jalaludin Hasan , Wan Kembong : Rosyam Noor dan Adawiyah : Norlia Ramli.

Mudah je kan ? Mari kita tengok sapa punya pilihan paling best .. Dan jangan lupa klik LIKE ...

Share
Tweet
Pin
Share
31 comments

 

image

" Oh .. kenapa menangis tu dik ?? "

" Saya frust bang ... ditinggalkan pergi kerana dia ada perempuan lain .. Huwaaa... "

" Owh.. tak pe... Biar gagal bercinta dari gagal bersolat ! "

" Gulp.. baiklah bang... "

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

image

" Apa yang kau tengok tu ?? "

image

" Tuuu... nampak tak ?? "

 

image

" Maaaaanaa ?? Aku dah la rabun.. tak nampak ponn ?? "

 

image

" Aah laa... aku nampak !! "

 

image

" Kami pun nampak gak laaa ... Takuttt "

 

image

" Jangan risau .. Aku ada !! .. Manusia mmg begitu .. Biarkan mereka dengan dosa mereka ! "

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] ..

 

" Hurm.. pelik... Takde komen dari anonymous kali ni ? Dah tak berminat ke nak membacanya ?? hurm..  Adawiyah pon tak online.. Iskh.. takkan la ada kaitan kot ? ". Bisik hati kecil aku.

 

"Rasa cam tak sempurna lak malam ni.. Iskh.. Aku rindu kat komen anonymous kah ?? Aiseyman.. Kes nazak ni .. Adawiyah pon tak online .. takde geng nak chatting lak malam ni .. Tak pe la , aku update cam biasa je... Mana la tu kan ? Pikir positif !! ".

 

Tiba-tiba ..

 

" Opocotttt... terkujat den ni haaa... Hampeehh.. Sapa lak mesej aku nehh... ". Sambil mengangkat telefon bimbit , aku perhatikan nama pengirimnya .

 

" Hi Ben.". Dari Riana rupanya. " Nanti je la aku balas. Nak update blog sat..". Aku letak meletaknya kembali. Skrin laptop aku pandang. New post aku tekan.

 

Pelangi itu CINTA ..

Hadirmu seketika ..

Pergimu selamanya..

Membawa sejuta rasa ..

Bahagia walau duka ..

 

 

Pelangi itu CINTA ..

Walau seketika ..

Cukup bermakna .

Buat aku dan si dia ..

Di kala gundah gulana ..

 

Pelangi itu CINTA ..

Jika kembali ..

Aku menanti ..

Ingin berseri ..

Kembali..

- BEN ASHAARI 2011'

Khas buatmu , kekasihku ...

 

-SAMBUNG-

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Terbaca tulisan kolumnis di Hmetro yang mana baru-baru ni dia bersama rakannya menonton filem Karipap-Karipap Cinta lakonan Gambit dan Melia yang diarahkan oleh Othman Hafsham.

Aku suka pengarah ni tapi sayangnya , negara kita ni kalau nak buat filem .. Kena guna pelakon yang auranya mmg power punyalah.. Kalau takat guna Gambit yang mana mungkin setakat pacak mukanya tu , susah gak nak laku..

Dikatakan Karipap-karipap Cinta ni adalah diadaptasi dari novel yang cukup laris .. Aku tak pasti la.. Penulis tu yang kata.. Mungkin aku yang tak tau .. Cuma kesilapannya adalah pemilihan pelakon.

Dari dulu , kita nampak dah contoh filem-filem tayang muka ni tak laku.. Banyak bukti dan contoh.. Nak petik kat sini , bahaya. Kang tak pasal pasal aku kena saman kata buat fitnah,

Di zaman ini , bagi aku .. aura pengarah saja tak cukup untuk melariskan sesebuah filem .. Mungkin pelakon saja pon tak cukup .. Yang penting adalah promosi yang bijak.. Kerjasama dari pelakon sewaktu promosi juga akan menguatkan lagi strategi pemasaran mereka ..

Eceh.. cakap pandai.. Tapi betul apa ?? Gambit dah terlalu banyak kontroversi di internet.. Bukan menyebabkan orang nak g tengok lakonan dia tapi makin menyampah .. Bukan aku kata la.. Aku tak kisah jer.. Mmg aku takkan pergi pon walapun  kasi tiket free ..

Gambit.. kena bijak pikat peminat awak... Contoh ada dah kan ? Jangan control macho sangat.. Ni filem Malaysia.. bukan filem Bollywood..

Sumber : Hmetro

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] ..

 

"Kenapa Ben nak jumpa Riana ? Tak cukup lagi ke mainkan Riana ?? Ingatkan Ben ngan Wan adalah kawan dan teman yang jujur .. Tapi ?? Sampai hati korang !! ". Perlahan seolah-olah menahan sebak di dada.

 

"Hurm.. Memang salah Ben sebab subahat dengan Wan. Tapi percayalah , Wan mmg sukakan Riana ( dan Ben pon ! ). Mungkin sikap dia tu masih belum diubah. Riana sendiri tau Wan tu kaki perempuan sewaktu di sekolah kan ? Kenapa Riana mencuba nasib ? Tau sendiri balanya kan ? ". Aku cuba bermain psikologi dengannya. Part ni , biasanya aku memang bagus.Maklumlah , pengalaman.

 

"Betul ke Wan sukakan Riana ? ". Makin lembut kata-katanya. Tidak seperti mula tadi sewaktu aku menelefonnya untuk berjumpa di cafe.

 

"Kalau tak suka , takkan la Wan beria mintak Ben jumpa Riana ? ( Padahal tak pon. Aku kesian tengok mamat tu dok murung memanjang. ) .. ". Aku memandang wajah Riana. Senyum.

 

" Maafkan Ben yer.. Kita masih berkawan kan ? ". Senyum lagi seolah-olah nak pikat Riana lak lagak aku.

 

"Baiklah.. Ni peluang kedua. Kalau selepas ni Wan tipu Riana lagi , Riana takkan bagi peluang dah ! Ok ? ". Riana tengok muka aku. Senyum padahal bagi amaran. Kalau jadi polis trafik ni , sahih takde kereta kena saman.

 

"Nanti Ben bagitau Wan suruh ubah perangai buaya tembaga dia tu. Ben cuba ye ? ". Dalam hati aku , aku sendiri kurang yakin sebab tabiat dia tu umpama bayang-bayang dirinya. Dah melekat !

 

" Terima kasih Ben sbb sudi jelaskan pada Riana.. ". Kembali ceria di wajahnya.

 

" Takde apa yang perlu berterima kasih pon.. Eh , mana Adawiyah ? ". Aku tercari-cari wajahnya di sekitar cafe itu.

 

" Oh.. tadi Riana bagitau Ada yang Ana nak jumpa Ben kat cafe. Pastu dia kata dia nak balik terus. Tak sihat katanya.. Kenapa ? Rindu kat dia ke ? ". Riana berkerut dahi.

 

" Eh , takde la.. saja tanya...Kan korang berdua cam kembar siam. Kemana-mana berdua jer.. ". Aku nafikan padahal memang pun rindu. Dah berhari tak nampak muka dia .

 

" Tak pe la, nanti Ben cari dia di Facebook je yer.. Ben balik dulu yer .. Assalammualaikum... ". Terus aku berlalu dari situ. Hati aku tertanya-tanya .. " Cemburukah Ada ?? "

 

-SAMBUNG-

 

"

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] ..

 

" Hurm.. aku nak kata apa dah .. Kau sendiri yang cari pasal .. Dan tak pasal-pasal Riana tuduh aku subahat .. Nak salahkan dia pon tak boleh sbb memang aku subahat pon ngan kau ! Apa kata kau tackle ramai lagi awek awek supaya ramai lagi kena tipu ? Aku pon leh tolong kau.. Leh sama sama masuk neraka kan ? ". Geram terpancar diraut wajah aku.

 

" Sori la Ben. Aku dah try pujuk dia. Tak jalan. Aku tak sangka lak dia leh nampak aku dengan Rozita sewaktu nak keluar dari KLCC tu selepas kau call bagi amaran kat aku tu.. Haihhh... ". Wan menunduk sepi.

 

" Kau ni betul ke sayangkan Riana atau sekadar nak lengkapkan koleksi ? Kalau betul , kenapa kau buat begitu ? Pasang sana sini ? Ingat baik sangat ke mainkan perasaan perempuan ? Kau tu pon ada adik perempuan. Jangan lupa tang tu.. ". Aku mula 'pegang microfon'.

 

"Hurm... ". Wan diamkan diri..

 

" Kau betul-betul nakkan dia ke ? Kalau tak nak , aku amik kanggg...". Aku saja ugut Wan.

 

Sekadar melemparkan pandangan kosong pada aku .

 

"Entah.. Kau cerita je la yang benar pada dia .. Aku pun kesian kat dia. Dia tu budak baik. Lebih sesuai dengan kau kot.. ". Wan tersenyum.

 

" Amboi.. mudahnya .. Dah tak nak , baru bagi aku eh ? Haih.. Lelaki lelaki.. Tak pe la.. nanti aku bagitau dia .. Tu pon aku kena pujuk dia dulu.. Bab nak bercinta tu , aku tak pasti langsung. Hati aku ni masih tertutup. Suka tu mmg suka... Tapi bab bercinta tu.. Tu yang susah.. ". Kata aku sambul menepuk bahu Wan.

 

" Apa pon segalanya terserah pada Allah. Yang penting , belajar dan persahabatan kita. Bab awek tu , nanti nanti je la fikir.. ". Aku teruskan bicara aku.

 

" Nanti aku cuba cari Riana dan jelaskan pada dia .. Dan kau , tolong jangan kacau Riana dah. ok ? ". Aku pandang Wan.

 

Wan tersenyum kambing .

 

-SAMBUNG-

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
image
" Woarggkkkhhhhh ... takut tak ?? Takut tak ??? "
" Tatoottt.. Tengok gigi sat ?? Nak kira berapa batang baru tumbuh "
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
image "
Bak kata orang , bila buat sesuatu tu , jangan diharap pembalasan dari mereka . Kelak kecewa kita nanti .. Bila memberi tu , lebih baik diamkan saja dari menunggu penghargaan sbbnya bukan semua reti nak membalasnya. Silap haribulan , caci maki pula pulangannya .
Bila orang memberi , bukan puji dinanti sebaliknya hargai... Bijak bijak mengawal diri agar tau mana satu yang berakal dan mana satu hilang akal ..
Panduan buat diri sendiri dan juga mereka yang ingin mengambil tahu.
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

" Saya nafikan .. "

Memanjang nafikan jer.. Padahal satu dunia tahu apa yang berlaku .. Kenapa perlukan nafikan ? Takut ilang populariti ? Haishh... Mengarut betul laa..

Kalau dah bagus , tak kira kawin ke , cerai ke .. hensem ke .. tak ke.. cun ke.. tak ke... Memang tetap bagus ! Nak risau apa ? Kecualilah berlakon atas tiket pacak muka ! Part ni mmg patut risau sebab tak sampai 5 tahun , confirm ditukar dek pelakon baru punya .. Lagi mantap lagi tegang ! Padan muka !

Kalau dah perkara bagus , percepatkan .. Kenapa nak simpan ? Buat terhimpun dosa jer .. Kan ? Dah suka sama suka .. Masuk minang , nikah pastu ... pandai pandai la...

Kurangkan fitnah .. Tu kan lagi bagus ...

 

image

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

 

image

Hampir 50% peratus lelaki akan  terjojol bijik matanya termasuk aku... Dosa  , dosa !!!  Bukan takat terjojol pastu mengumpat lagi dlm hati.. Double dosa !

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24]..

 

CINTA ,

Hadirmu seketika ..

Meninggalkan luka..

Parut yang terbina ..

Meninggalkan bisa ..

Selamanya ..

 

CINTA ,

Hadirmu seketika ..

Membawa gembira ..

Mengubat lara ..

Menghilangkan sengsara..

Selamanya ..

 

CINTA ,

Ada pasang dan surutnya ..

Begitu juga kita ..

Tidak selamanya muda ..

Tidak selamanya tua ..

Mati menjemput kita ..

Yang tinggal hanyalah CINTA ..

-BEN ASHAARI 2011'

 

" Siap !!  Apa pulak komen dia nanti .. Hehehe ... ". Aku tersenyum sendirian.

 

" Masa untuk tidur .. Entah apa pulak cerita hari esok . Yang gembira , tidur tersenyum.. Yang duka , bermimpi ngeri.. Huhu.. Aku ? Dapat jumpa Lisa Surihani dalam mimpi dah ler .. ". Mula lelapkan mata dan mengharapkan kehadiran esok membawa sejuta keindahan .

 

Tiba-tiba telefon bimbit aku bergetar.. Sms masuk ..

 

"Ben , kenapa tipu Ana ?? " .

 

Alamak ??? Takkan Wan kantoi dah kot ??? Panjang cerita kalau begini..

 

-SAMBUNG-

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes