Penangan pukul 6 !!!

by - Khamis, Ogos 21, 2014

 

6 Pagi .. wife kejut aku.. Ready untuk ditinggalkan ! Wife akan sediakan semuanya tapi hari ni , dia tak sempat nak masak sebab barang dapur takde .. dah habis ! Maka aku kena gi beli nasi lemak bungkus kat restoran mamak ..

Qhaliff .. yang tidur lewat , aku tak kisah sangat.. Zahra , yang tidur awal.. pastinya dah bangun sama dengan aku. Maka aku mintak wife tolong mandikan Zahra dan siapkan sementara aku menapak gi beli makanan ..

Kul 8 pagi .. dia gi kerja.. Jarak dari rumah ke tempat kerja dia , 20 km.. Kalau tak de kemalangan kereta , cepat la sampai. Kalau ada ? Hurm.. sendiri mau ingat laa..

Dari kul 8-6 petang.. Tau camana aku rasa ? Aku rasa setiap pagi tu , aku baru bertukar ke syarikat baru ! Dia punya gerun , seolah olah aku nak mengadap boss besar , setiap pagi ! Walhal nak ngadap Qhaliff dan Zahra je pon !

Qhaliff , dia mmg liat nak tidur.. Tapi kalau dah tidur , liat juga nak bangun.. Yang jadi isu buat aku ialah Zahra ni haaa ..

image

Dia tak nak susu botol. Kasi shirnk pon tak nak ! Dia sanggup tunggu mak dia balik baru nak menyusu dan tidur lena… Aku tak kisah la part tu .. sebab dia mmg tak kuat menyusu pon.. Camana pon aku tetap paksa kasi gak ..

Masa tidur.. Zahra mudah nak tidur .. Dia nangis camana pon , dia akan lena lepas tu.. Tapi lenanya akan terganggu selagi abangnya tak tidur ! Huhuhu.. Stress benar part ni.. Serius ! Aku pulak mmg dah kuyu bijik mata time time gini .. Jet lag ? Takkan kot ! Hahahaha ..

Bila Qhaliff dah dapat tidur , Zahra lak bangun ! Hahahahha .. Kalau bangun je tak pe.. tapi suruh dukung memanjang ! Aku try letak , dia bukak mata ! Aku dukung , dia tidur.. Aku letak , dia jaga ! Huk alohhhhh … Bisa putus urat otak gini dong ..

Nak tak nak .. aku doa agar cepat la pukul 6 petang ! Ini kerana, 6 petang , mak dia dah sampai rumah ! Bolehlah aku pas kat dia dan susukan Zahra..

Selepas tu , baru pakat tidur ramai ramai.. walaupun sekejap.. jadilaahh !

Dan esok… akan ku ulangi semula .. sehinggalah hari Jumaat ! Setiap pagi , adalah seperti nak pergi kerja ke pejabat baru ! Nak pergi satu hal.. nak berkenalan satu hal.. nak mulakan kerja satu hal.. nak tunggu lunch satu hal.. nak keluar makan dengan kawan atau sorang sorang , satu hal gak ! Haa.. bila dah dekat kul 5 , gembira !! Tapi esok kena gi opis balik ! Hahahha..

Maaf, aku bukan terpaksa tapi .. tapi .. hahahaa.. Sabar je laaa ..

You May Also Like

8 comments

  1. Hehehe.. Zahra xnk botol..mmg susahla. Mcm adik saya dulu. Mmg tggu mak blik keje baru menyusu..

    BalasPadam
  2. kena paksa jugak dia menyusu ben.. anak saya yg bongsu dulu pun camtu, tak nak botol.. tp saya bagi jugak, paksa jugak, mmg menangis2 lah dia minum.. tp dlm 1 minggu lebih camtu saya buat akhirnya dia nak.. dengan anak ni kita kena cuba sampai berhasil..

    BalasPadam
  3. msa pantang ritu wife kena biasakan zahra dgn botol, dia rejek tang puting btol tu, kena try mcm² jenis puting la nmpk gayanya utk sesuaikan dengan penyusuan botol zahra...

    BalasPadam
  4. cuba tukar puting botol tu..kadang sbb puting tu tak serasi..anak sy dkt 2 bulan baru nk hisap..itupun lps mcm2 puting dah cuba..

    mmg superman btlla en ben ni:-)

    BalasPadam
  5. Superdad...mesti boleh handle punya. Bertabahlah untuk hari² yg seterusnya ☺

    BalasPadam
  6. yaa ya... puting botol tu mungkin dia rasa tak selesa... kena cuba tukar dua tiga brand puting botol..

    BalasPadam
  7. Xpe.. Nnt besar sikit bila dah makan zahra ok kot. Memula baru kena tinggal ibu mmg lah dia protes xmo botol

    BalasPadam