Saya cuma seorang blogger !

by - Jumaat, Ogos 08, 2014

 

Teringat baru baru ni aku beraya di rumah abang ipar aku di Besut , Terengganu. Suka kampung tu.. Cantik dan tenang .. Sawah pagi sedang menghijau !

Malam tu , kami semua berbbq .. Abang ipar aku tu jemput la kawan kawan yang terdiri dari orang muda di kampung tu .. Nak dijadikan cerita , waktu aku kemas kereta untuk pulang ke umah mak mertua aku , ada la dua orang kawan abang ipar aku tu lepak kat luar rumah .. amik angin malam..

Aku pun tegur , bersalaman.. Pastu salah seorang tu tanya la asal usul .. beramah mesra orang kata .. Bila sampai part kerjaya ni , aku lemah skit nak jawab.. Malu sebenarnya.. Bukan malu dengan kerjaya tapi malu nak bercerita panjang pasal kerja. Nanti confirm lepak lama punya .. hee..

“ Er , saya kerja sendiri jer.. Kerja melalui internet .. “ . Aku jawab gitu jer .. Pastu dia tanya lagi.. Kerja camana .. Jual apa ? Tergaru garu kepala gak aku nak jawab..

 

Er.. Saya menulis blog jer.. Blogger ..” . Senyum aku. Harap sampai di situ je la pertanyaannya tapi sangkaan aku , meleset ! Dia tanya lagi camana orang leh dapat income melalui internet ni !

Ah , sudahhhh … Aku kalau orang tanya part ni , mau jugak aku suruh bini aku wat kopi dan gorengkan nasi sekali .. Confirm sampai ke subuh cerita ! Huhuh..

Tiba tiba sorang kawan tu bersuara.. Ala ala ustaz orangnya.. Nampak berilmu jugak laaa..

“ Rasanya pernah keluar kat tv kan ? “. Dia tanya. Er , terkejut jugak aku sebenarnya.. Yelah  biasanya aku dengan trademark aku , bersnowcap atau bertopi , baru orang kenal.. Atau dok pakai baju kelab blogger tu.. Tapi ni aku sempoi je .. Dengan rambut ala ala baru lepas kena rogol .. camana dia leh cam aku ? Gelap pulak kawasan masa tu.. Huih.. teror benar abea ni !

Aku pun jawab la pernah .. Pastu terus laaa berbual panjang ! Seperti kebiasaanya , wife aku akan menjeling dari atas seperti menyampaikan mesej dari hati ke hati ..

“ Bang oiiii !! Tak nak balik keee ? Kang lewat malam kang ! Anak kecik ni ada bang oiii ! “ .

Dan aku membalas melalui pandangan mata ..

“ Orang tengah topik hangat ni.. Bagi 5 minit lagi ! “.

Gitulaahh ..

Terus terang .. aku tak bangga pon orang kenal aku.. Aku tak bangga sedikit pon ! Sebab aku takde apa apa pun ! Kalau ada yang kata aku berlagak , sombong , tu dia punya masalah ! Aku tak kenal dia pon .. Dia je berpura pura kenal aku .. huhuh..

Aku bersyukur ,sejak aku menjadi blogger ni .. aku lebih berkeyakinan tinggi ! Dulu , aku nak memandu seorang diri pun aku takut ! Aku nak melancong seorang diri pun aku tak berani !

Tapi sejak ada ramai rakan rakan di dunia maya ni , alhamdulillah .. aku lebih berani menyahut cabaran ! Kalau mereka boleh , mengapa aku tidak ?? Walaupun aku cuma seorang blogger , jangan ingat aku hidup dengan mengampu orang untuk dapatkan sesuap nasi ! Aku menulis apa yang aku rasa .. apa yang aku rasa itu membuatkan aku menanggung , dosa dan juga pahala !

Aku dah tak larat nak ikut cakap orang .. Aku pun tak nak orang ikut cakap aku ! Kita , sama sama hidup.. saling bantu membantu ! Apa jua pekerjaan kita , kerjaya kita .. kita saling melengkapi ! Tak perlu angkuh kawan !

You May Also Like

24 comments

  1. ASALAMUALAIKUM...alhamdulillah rezeki semua tu..dikenali maknanya Allah berikan kita satu kelebihan ada hikmah berbelog, sebab itu saya tak malu komen yang baik2 biar org baca dalam bisu ..ternyata ada jg mereka blogger siarkan komen2 saya.Bloger biasa orang kampung ni.Tahniah ya

    BalasPadam
  2. Alhamdullilah. Hidup abang ben!

    BalasPadam
  3. Kalau tak kenal Ben Ashaari memang pelik la orang tu... Hehe ^_^

    BalasPadam
  4. part paling kelakar.." rambut ala orang kena rogol"...camne tu abg ben oii??hahaha....

    BalasPadam
  5. Abam Ben punya statement, rambut baru ala2 lepas kena rogol!..hahaha ayoooo kurlass! 😝😜

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah ...rezeki...yang part buat tergelak...mesej melalui hati ke hati....hahahhahaha

    BalasPadam
  7. Yang paling penting jangan sekat rezeki orang lain dah la...

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum sifu ben.

    La haaiii....rezeki tu ada kat mana2 ja... ada mcam2 cara ja... janji tak buat gherja mengarut, ya dak. kami paham perasaan 'segan' bila depa tanya lagu tu... sbb yaa laa, ramai orang yang tak mengenali dunia seorang blogger lagi. agak2 kalau depa faham, ramai yang nak jadi blogger ja... tapi tak ramai jugak laki2 yang suka menaip2 ni...

    ni pun rasa entry sifu ben yang paling panjang. heheh.. jarang sifu ben taip cita panjang2... tapi bila kami baca, nampak kejujuran kat dlm cerita tu..

    Apa pun, sifu ben jangan patah semangat! Jadi blogger ni sekaligus melatih diri menjadi positif. bila positif, semangat tu mai sendiri... Good luck sifu ben dalam kerjaya sebagai blogger!
    Ramai kawan2 maya yang mendoakan...

    pangjang jugak ulasan kami nih.. hehehe

    BalasPadam
  9. xpe bang.. janji kerja kite buat halal. ikhlas dan diredhai. haaa bagai ustad2 sikit nasihat gitu.

    BalasPadam
  10. ce snap sikit rambut yg baru lepas kena rogol tuh..hahaha

    BalasPadam
  11. makin hari makin femes lah abg ben. nak sign! hihihi

    BalasPadam
  12. fuyo hebatnya orang kampung pun kenal Ben.. All the best bro.

    BalasPadam
  13. En Ben merupakan blogger yang berjaya dan terkenal namun tidak kedekut ilmu malah sentiasa membantu blogger lain untuk mencapai kejayaan....tahniah, semoga terus sukses!

    BalasPadam
  14. Yang penting kita buat apa yang kita suka :)

    BalasPadam
  15. Yeahhhh abg ben memang terbaik!!! Weeeeeeeeeeeeeee

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah..rezeki Allah yg bg..tak kire la kerjaya mcm mane kitr buat..bg LeYa... blogger perlu diiktiraf krna bkn senang seseorg blogger nk mengerah idea nk menulis.. pembaca d luar sana hanya membaca entri2 kita..tp kita yg bergelar blogger ni perlu mencari ilham utk menarik minat ramai.. semua pekerjaan yg dilakukan sama je.. perlu kan pengorbanan..

    BalasPadam
  17. yes!! abg ben was my inspiration... hihi..

    BalasPadam
  18. kerjaya ape pun janji halal kan,.. terbaikla abg ben!!

    BalasPadam