Syoknya jadi blogger ..

by - Isnin, Ogos 25, 2014

 

Baru balik dari Ciao Ristorante , Kampung Pandan. Kali pertama aku disini.. Aku tak tahu langsung kewujudan restoran mewah ni di sini walhal sekolah aku dulu sini jer .. Tapi dulu , kawasan ni mmg terbiar je.. Sekarang jer dah meletup !

Bermula dari aku terima satu email dari company media pengiklanan online yang meminta aku hadir ke majlis tersebut. Bukan free yer.. Berbayar ! Kalau aku sebut harga , mesti tak caya. Aku cuma perlu hadir , dan amik gmbar.. pastu post je ke FB dan tweet ! Settle keje aku !

Jadual , pendaftaran media jam 10 pagi. Aku dah tiba kat sana jam 920 pagi. Biar awal dari lambat ! Disiplin perlu ada untuk terus kekal dalam bidang ni .. Kalau rasa diri tu dah cukup bagus , dah cukup popular , sila abaikan part disiplin tu. Nanti tau la mana hala tuju karier tu.. Heh..

Sampai je sana , terus aku cari PR yang patut aku temui tu. Rupanya job aku terima ni dari agensi Singapura dan berkerjasama dengan PR di Malaysia. Aku sorang je lak tu melayu.. Bangga siut .. Yang lain , media cetak seperti Harian Metro.

Memandangkan event belum bermula , aku dibawa bertemu pegawai atasan Petronas yang incharge majlis  tu.. Berkenalan pastu dijemput minum dulu sementara menanti majlis bermula.

Hurm… Bangga dalam diri.. Aku hadir atas tiket blogger . Bukan kali pertama. Di Toulouse , Perancis ari tu pon gitu gak. Pegawai atasan AirBus datang melayan kami. Bawa gi makan dan pusing bandar penerbangan tu..

Kalau tanya aku , apakah aku menyesal berenti kerja kerajaan , maka jawapan aku.. aku silap tak mula dari awal lagi ! Kalau tau , awal awal lagi aku nak bergelar blogger !

Untuk pengetahuan , aku mmg bercita cita nak jadi penulis dan alhamdulillah.. sejak jadi blogger ni , lebih 50% impian aku selama ni tercapai !

Seronok jadi blogger. Orang keliling kita pon mula hargai blogger yg mana dulu mereka cop blogger ni , sekadar mainkan isu panas dan huru harakan dunia online ! Sekarang , blogger memainkan peranan penting dalam duni pengiklanan !

Kesilapan bila blogger dah cipta nama ni ialah .. berlagak selebriti ! Dia terlupa , setiap hari ada je blogger muncul tanpa perlu masuk akademi fantasia !

You May Also Like

12 comments

  1. SETUJU ,,sukanya jadi blogger ..Best dapat pengalaman dan dapat jln2 ..

    BalasPadam
  2. Ya Allah,,,, allhamdulillah rezeki tu BA... erm... discipline 1st baru ada kualiti job... smg maju dan jaya... hehe

    BalasPadam
  3. terbaek..
    rezeki atas tiket blogger sekali lagi.
    diharapkan makin meriah lepas nie dunia blog bila bnyak company dh mula pandang pada blogger :)

    BalasPadam
  4. berblog, kalau nawaitu dan hala tuju tu lurus dan ikhlas rasanya tak mustahil boleh berjaya...heeee...pegang kata2 seseorang tu... tapi yang penting kalau dah ada nama jangan mudah lupa diri... dan jangan sesekali lupa diri...betul tu, tak perlu masuk akademi fantasia pun...persaingan memang ramai dan sengit...

    BalasPadam
  5. Tahniah bea, rezeki drp Allah SWT

    BalasPadam
  6. Seronok sgt jd blogger ni.tp leya masih belum berkesempatan spt abg ben membuat pengiklanan mcm ni.. mesti lg syok kalau leya dpt...lagi2 first time...hehe..

    BalasPadam
  7. happy je bila kerjaya blogging ni dterima n dihargai sprti kerjaya lain

    BalasPadam
  8. wahh entri ni ckup menginspirasikan..blogger bukan menghuru-harakan dunia online. haha
    jn salah anggap.

    syabazzz bro!!

    BalasPadam