Blog tidak lagi relevan ? Masa untuk aku undur diri !

by - Isnin, Mac 06, 2017

 

“ Boleh ke laris kalau promote melalui blog ? Orang sekarang tak main blog blog ni. Semua dah ke Facebook dan Instagram. Blog dah ketinggalan dah.. “. Kata seorang founder produk yang baru siap produknya minggu lepas dan memerlukan marketing dalam media sosial tetapi mengatakan blog tidak lagi memberi kesan dalam jangka pendek !

Yer.. jangka pendek ! Kebanyakkan dari mereka ini nak laris dengan segera. Tak kisah untuk jangka panjang kot ? Keluar ari ni.. promote dan tadaaaa.. abisss ! Semua nak jadi jutawan seperti pemilik pemilik produk terkenal di negara kita ni.. hehehe.. kan kan ? Bukan semua tapi segelintir je gitu.

Betul.. aku tak salahkan mereka. Mungkin mereka kurang info mengenai dunia media sosial ni. Dulu sebelum ada Facebook dan Instagram , kita ada Youtube. Medan pengiklanan di Youtube memang gempak. Tapi waktu tu blog ada dah.. Masih hidup hingga ke zaman GST ni ? Kan ??? Relevan lagi sehingga hari ini.. kan kan ?

Ok.. tadi aku ada buat segmen.. nak tau pendapat blogger sendiri mengenai isu ni.. Jom tengok apa kata mereka..

Blogger yang juga Pegawai Polis di Bukit Aman , UmmiNani memberikan komen begini…

So, pendapat Ummi, blogging takkan pupus dari internet. Semakin hari akan semain berkembang. Makin ramai pengguna internet , maka akan lebih ramai yang menggunakan blog sebagai sumber carian info. Dalam era kini juga, ramai yang berniaga, jadi kepakaran dan kebolehan berkongsi cerita di blog boleh menjadi salah satu tools kepada marketing sesebuah syarikat. “.

Dan banyak lagi pendapatnya mengenai media sosial di entrinya , BEN ASHAARI NAK KOREK RAHSIA MEDIA SOSIAL AKU !. Sila baca sendiri yer.. heee..

image

Pendapat kedua datangnya dari blogger dari Brunei , Nurfaezahabdullah. Waaah, dari negara jiran. Terima kasih kerana sudi beri pendapat. Cantik manis orangnya.. Kalau kat KL ni , sah dah jadi team #KBBA9. Hhahahaaa..

Apa pendapatnya lak ??? Tu korang kena gi baca sendiri la.. Sambil baca , dapat berkenalan kan ? Kawan baru tuu.. mana tau nak gi melancong kat sana nanti.. kan kan ?  Link mana ?? Lor.. ni haa , BEN ASHAARI NAK KOREK RAHSIA MEDIA SOSIAL AKU !

You May Also Like

5 comments

  1. Rasanya blog lagi bagus kot sebab kita boleh tulis lebih detail pasal produk, boleh buat review kita sendiri. Lagi puashati orang baca rasanya.

    BalasPadam
  2. Aduh!!! Belum ada ke geng BRUNEI kat KBBA9.. Hahahah

    BalasPadam
  3. pada saya blog masih relevan. sebab apa. kalau kita search dekat google. artikel yang keluar adalah artikel daripada blog. dan penulisan itu kekal selagi mana penulis tu tak delete post tu. jadi mana mungkin kalau dia cakap pengiklanan dekat blog tak relevan. kan?

    BalasPadam