Rezeki dunia blogging..

by - Selasa, Mac 28, 2017

Tak terlintas pencapaian sebegini rupa bila aku sertai dunia blog dan media sosial ni. Masih ingat lagi aku ditertawakan oleh rakan rakan dek kerana taksub dengan internet ni. Cari makan dengan internet ni hanya ada dalam filem je atau di luar negara.. Aku ? Jangan mimpi sama sekali. Nak hidup , ko kena kerja dengan orang ! Tu je dalam kepala 'mereka' .
Aku mula serius berblog , ketika mula aku bina WWW.BENASHAARI.COM ! Aku nekad takkan undur kerana aku dah nampak apa yang mampu aku lakukan cuma apa yang perlu aku lakukan ialah PENGORBANAN ! Bukan mudah tapi itu saja caranya. 
Alhamdulillah.. 9 tahun aku dalam dunia blog ni , aku dah tengok macam macam dah.. dan terkini impian seorang rakan blogger tercapai tanpa perlu keluar sesen pon untuk berada di sana ! 
Sapa sangka, kan ? Rezeki. Dia sendiri pon tak sangka dia akan jejakkan kakinya di sana , hanya kerana dia seorang blogger. Selama ini , orang pandang sebelah mata je insan bergelar BLOGGER ni terutama ahli keluarga terdekat mahupun sahabat handai.  Seperti aku ini.. yang beri semangat , boleh dikira jari. Kena kerja dengan kerajaan baru boleh hidup ! Kena kerja dengan bank atau syarikat besar baru boleh ada duit ! Hurmm... 
Persoalannya.. segalanya bukan kerana duit ! Tapi kepuasan ! Duit tu boleh dicari dengan pelbagai cara.. tapi kepuasan ? Kita puas dengan cara kita.. disamping dapat membantu insan lain ! Fuh... tak tercapai dek akal sebenarnya rezeki Allah ni melalui blogging , jika kena caranya.
Aku.. Alhamdulillah.. Rezeki aku ada dah. Dan semakin bertambah dan begitu juga rakan rakan blogger yang juga lain dah mula 'dipandang' dan mereka juga semakin bersemangat dalam mengejar cita cita untuk menjadi blogger yang disegani. 
Seronok jadi blogger ni terutama jika kita bergerak secara berkumpulan. Keseronokkan tu , dikongsi bersama !  InshaAllah..

You May Also Like

12 comments

  1. Alhamdulillah... terharu aku.. 😭😭😭. InsyaAllah rezeki dikongsi bersama. Terima Ben Ashaari. Terima kasih KBBA9...

    BalasPadam
  2. BETUL TUE
    sangat tepat apa yang abg tuliskan
    oh ya abg macam mana nak join kelab abg tue ek

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, moga murah lagi rezeki tu! Terima kasih jugak pada KBBA9 yang beri rezeki dan peluang pada saya.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..jika nawaitu kita betul insyaAllah..Allah bantu..

    BalasPadam
  5. Suka semangat ben pancarkan dalam entry ini...juju baca berkobar2 rasa...td mood merudum nak update blog...tp bila baca entry ben terus rasa sebak...sebab diri rasa kelaut...tahniah mr ben....juju faham bagaimana perasaan bila tgk anak buah berjaya ke tahap itu...tahniah bamhoq...bangga bila dpt berkawan dgn blogger2 sifu mcm korang...dah la tak lokek ilmu...rezeki pun mencurah2 dirasa bersama wpun sebenarnya tak layak diri ini rasakan...

    Ya Allah jagalah group KBBA ni sampai bebila...kalau boleh nanti anak2 dh besar nak cerita pada mereka...kami adalah Blogger naungan KBBA...bergerak bersama...cerita bersama...satu hati.

    BalasPadam
  6. Semoga ku diberi peluang juga suatu hari nanti..hehehe..tq beri masuk ke dalam kbba

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..seronok berada dlm kelompok #kbba9 .semoga terus maju jaya

    BalasPadam
  8. Tahniah KBBA9..
    Saya teringin nak sertai, jadi ahli keluarga KBBA9..

    BalasPadam
  9. Tumpang bangga kengkawan berjaya!
    Dan Syukur Alhamdulillah Nina berada dalam KBBA bersama sahabat yang sentiasa memberi support dan depa juga havoc!
    Banyakkk yg positif Nina pelajari sepanjang berada dalam KBBA.
    Terima kasih Abg Ben.

    BalasPadam
  10. Setuju Ben. Dari berblog boleh gapai impian kalau betul caranya. Yg pasti jgn mudah mengalah dan teruskan semangat !. Hanya org yg tau saja boleh gunakan dan mampu puaskan diri dgn hasil blogging..

    BalasPadam