Aku sendiri tak faham ..

by - Khamis, April 15, 2010

Fesyenkah ? Atau tuntutan agama ?

Aku rasa ni entri aku yang ketiga berkaitan dengan isu tudung ala ala artis glemer gitu .. Kalau artis tu aku tak hairan la .. mmg kerja diorng menipu diri sendiri .. nak cari makan gitu ..

Pagi tadi , dalam lif .. ada satu akak ni la ( aku rasa aku tua lagi kot dari dia ) .. dia pakai selendang .. ala ala artis gitu ... Persoalan yg timbul di benak aku , adakah dia cuba menyatakan dirinya menutup aurat atau sekadar sebahagian dari fesyennya pagi tu ?

Aku bukan nak pertikaikan pemakaian dia .. lantak dia la kan .. cuma aku sebagai lelaki tertanya tanya sahaja ..

Maaf yer .. aku bukan nak cari salah sesiapa .. jauh sekali nak sindir .. cuma boleh ke sapa sapa jelaskan pada aku , tujuan pemakaiannya gitu ? Mungkin ada alasan tersendiri kenapa wujudnya fesyen gini ?

Bukan apa .. aku cuma malu kalau ada orang yang baru memeluk ISLAM bertanyakan pada aku , adakah itu menutup aurat dari segi pemahaman wanita melayu ? Atau fesyen dulu dulu ? Sekadar adat / budaya orang melayu ? ...

Mana yang patut didahulukan .. agama atau adat ? Hmm ... aku pun sendiri tak faham ... Aku tau , aku pun tak sebaik mana .. cuma tolonglah jelaskan pada aku supaya aku faham ...

Jika benar nak kata " saya ini wanita muslimah " , kenapa tak ikut seperti yang disuruh Allah ?

Maaf yer .. jika terlalu 'kasar' entri kali ini .. dan jangan cari salah aku di sini .. mmg benar aku ada salah .. aku juga manusia seperti yang lain ..

Tak menutup aurat , tu kes lain .. tapi pertanyaan saya 'seperti menutup aurat ' ini ..semakin berkembang 'fesyen' ni ..

You May Also Like

11 comments

  1. tak berani nak komen lebih2..tepuk dada tanya iman..

    BalasPadam
  2. Mmg byk dah yg pakai cam gini...Intan rasa lah, nie mesti "penangan" gaya bertudung oleh Datuk CT...semua nak itot :D

    Upsss...jgn mare ye peminat CT coz saya pon peminat dia gaks...ahaks :D

    BalasPadam
  3. no komen... sbb sy sndiri pon x perfect lg.. tp slalu bdoa n cuba brubah k arah y lebih positif...

    **n3 ni satu kesedaran utk diri sy sndiri juga n semua pmbaca..

    BalasPadam
  4. salam Ben,

    Bila dari sehari ke sehari pelbagai jenama tudung di perkenalkan.. dari yang cikai kepada yang 'standard' dari yang berharga rm 5.00 hingga mencecah ke rm ratusan.. tudung sudah semakin komersial di kepala.

    Niat sudah semakin jauh menyimpang.
    tudung sudah semakin di pelbagai dan sudah menjadi satu trend bukan lagi tuntutan agama.

    Bukan juga mahu menyalahkan tetapi kenyataan. Bila fesyen bertudung artis menjadi ikutan inilah akibatnya.

    Maklumlah, beli tudung harga ratusan ringgit,mestilah mahu orang menoleh 2-3 kali memandang dengan pelbagai gaya . Kalau biasa-biasa sahaja corak pemakainnya baik beli tudung yang macam aku pakai RM10 jek.. :)

    mahal atau murah, yang penting niat untuk menutup aurat dan lakukan kerana Allah s.w.t.

    BalasPadam
  5. tepuk dada...tanya iman...

    nowday....sume nak ikut fesyen terkini...sume nak ikut idol memasing....yelah, zana pun tak perfect....terpulang lah pada penerimaan masing2.....

    apa2 pun...thanks utk sebuah kesedaran....

    BalasPadam
  6. huhu..mmg setuju ngan Ben. Siti sendiri pun kdg2 heran & tertanya2 apa yang ada dlm pemikiran diorg sebenarnya. Sama gak kes ngan orang yang pakai tudung tapi, pakai baju punya la ketat, nampak abis susuk badan..huhu..memang dah nak akhir zaman nih.

    BalasPadam
  7. izan pun setuju dgn ben dan siti... tudung skrg lebih kpd fesyen semata2, bukan niat utk menutup aurat... blm lagi yg pakai baju jarang n ketat...

    **peringatan utk diri sendiri juga...

    BalasPadam
  8. pakai tudung bawal yang biasa saja..tanpa kerawang...

    orang buat tanpa ilmu, itu lah jadinya

    BalasPadam
  9. rasanya kalu di tanya kepada si pemakai pun rasanya dia sendiri pun blm tentu boleh nak jawab soalan tu..menutup aurat atau sekadar fesyen...dalam agama kita memang dah dituntut utk menutup aurat...xkan x sedar-sedar lagi kot...dunia dah akhir zaman..so sekarang trend pemakaian telah mengatasi segalanya...

    BalasPadam
  10. dunia akhir zmn Ben...tak tau ke? Wanita paling mudah ke syurga sekadar memenuhi beberapa syarat sebab tu la syaitan sentiasa menghasut2 utk melakukan "kejahilan". Miss Mirror pun ada satu cerita PELIK tapi BENAR tentang seseorang yg bertudung TETAPI.... tunggu jap lg I tulis kat blog. InsyaAllah.

    BalasPadam
  11. dunia akhir zmn Ben...tak tau ke? Wanita paling mudah ke syurga sekadar memenuhi beberapa syarat sebab tu la syaitan sentiasa menghasut2 utk melakukan "kejahilan". Miss Mirror pun ada satu cerita PELIK tapi BENAR tentang seseorang yg bertudung TETAPI.... tunggu jap lg I tulis kat blog. InsyaAllah.

    BalasPadam