TAHAP MANA KITA SEBENARNYA ?

by - Rabu, Disember 16, 2009


Aku percaya ramai yang tengok perlawanan separuh akhir bolasepak sempena Sukan Sea yang baru lepas ni antara MALAYSIA dengan LAOS yang mana MALAYSIA menang dengan jaringan 3-1 ...Tahniah yang tidak Tahniah ..kenapa aku cakap begitu ?

Bolasepak adalah sukan no 1 dalam negara kita, Malaysia ..Aku percaya banyak negara juga begitu..Budak budak lelaki , kecik kecik dah main bola..aku percaya setiap taman perumahan mesti ada padang bola..kira wajib ada..begitu juga dengan sekolah sekolah..ini bermakna , boleh dikatakan majoriti lelaki mesti tau main bolasepak..

Tapi kenapa mutu bolasepak kita ditahap yang sama ? atau menurun ...kita nak berbangga dengan kejayaan Sukan Sea ? Yang mana rata-rata pemainnya bawah 23 tahun ?? huhuhu..
Adakah untuk dijadikan pelapis pasukan akan datang ? Bila tu ? 3 tahun lagi ? 5 tahun lagi ?
Takkan tahap bolasepak kita hanya untuk Sukan Sea je ?? Kumpulan negara yang majoritinya negara miskin..Negara kita cukup segalanya..kemudahan...duit..cakap je nak apa..mesti dapat..tapi bila pergi ke pertandingan yang besar besar ? hancus...jadi tahap kita , SUKAN SEA ???? tu jee?? nak bangga ??? tidak sama sekali bagi aku !

Aku tengok perlawanan ari tu ...ermmm..macam perlawanan budak sekolah..paling tidak pun bawah 18 tahun..size badan ? ermmm..korang tengok sendiri..kurus kurus je pemain malaysia..kenapa jadi gini ? setahu aku terlalu banyak makanan yang boleh diorng makan untuk naikkan size diorg...adakah nak bagitau kalau kurus leh lari dengan laju ?? aiseyman...tengok la pemain jepun n korea..kurus tapi tegap !! atau tidak pun negara mexico..sama size ngan pemain kita...tapi nape tak leh lawan diorg ?

Sukan sukan besar lain sebagai contoh squash,hoki dan badminton mampu ke tahap dunia...ada ranking terbaik...bolasepak ? paling tidak pun , bersainglah dalam kelompok ASIA...baru leh bangga....ni memanjang je ngan SUKAN SEA atau kelompok ASEAN je...

Liga bolasepak kita..jap naik jap turun..aku nak tengok pun tak lalu..pemain pemain bola negeri pun satu hal..ada yang baru main tapi berlagaknya cam main liga eropah..pastu dengan masalah disiplin..bab ni aku tau sangat la..malas nak bukak bab ni..kang kena saman lak aku..

Satu hal lagi yang mematikan semangat sukan bolasepak ni ialah politik !!! ..sangat sangat teruk !! kenapa aku kata teruk..katakan lah...ada 50 pemain dipanggil untuk pemilihan ..bukan untuk negara la..ni contoh ..'interview' dijalankan ...yang buat spoilnya ialah 'kabel' !! atau pilih kasih !!
Pemain yang berkelayakkan takkan dapat kalau 'mangkuk-mangkuk' ni wat hal...aku pernah hadapi ni dan terus mematikan nafsu aku dalam bidang sukan ! apa apa jenis sukan di malaysia kalau main , takkan berbaloi kecuali pergi ke tahap profesional...sendiri training sendiri g pertandingan sendiri menang..sendiri puashati..

Jadi , apa jua keputusan MALAYSIA vs VIETNAM ( negara baru abis perang ? dah teror main bola ? ) ,tidak akan membanggakan aku langsung ! langsung !

You May Also Like

5 comments

  1. huhu...ana..boleh mmg boleh...tapi bolehnya sat sat jee....'tak boleh' nyer selalu

    BalasPadam
  2. betul tu..walaupun dah ada bnyk motivation dr bnyk pihak..tp mgkin lack of self-motivation..tu laa jd camtu..

    tp cane pun..im a malaysian..jd, sokong ttp sokong..hihi~

    BalasPadam
  3. nanti ader pulak orang cakap...ASEAn pun tak lepas..nak pegi ke Asia cup atau world cup..so tak semena-mena kene kasik fight jugak la kat sukan sea pun walaupun der segelintir pihak yang bila kita menyatakan sukan sea adalah sukan kelas kedua, dia jadik marah...[nie dah boleh mengundang marah...];;

    BalasPadam