Beraya di rumah penulis buku masakan !

by - Rabu, Julai 22, 2015

 

Kelmarin , aku dapat gak keluar beraya ke rumah kengkawan.. Dan rumah pertama aku pergi hari tu ialah rumah kak Ruzita Ismail. Buat pengetahuan , kak Ruzita adalah rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari dan dia telah menulis lebih dari 3 buah buku masakan ! Haaaa… Aku pun baru tahu sebenarnya.. Hahahaha.. Tu pun tau masa berborak dengan dia ari tu.. Wah , bangga aku sebenarnya ! Dan dia salah seorang dari 4 orang blogger yang juga penulis buku , rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari.

Salah satu buku yang dah diterbitkan di bawah Karangkraf ialah..

image image

Banyak blogger masakan yang aku kenal , merupakan blogger berbakat tapi sayangnya mereka tak tau camana nak kembangkan atau nak luaskan lagi ‘pengaruh’ blog mereka serta menjana pendapatan dari blognya.. Hurm.. Hari tu sempat gak la aku bertukar ilmu dengannya cuma sayangnya tak lama.. Masa mencemburui ditambah dengan Zahra dan Qhaliff berak bergilir gilir. Tu tandanya ..

“ Daddy , jom la balik !! “.

Dan hari ni , InshaAllah nak singgah beraya di rumah seorang lagi blogger masakan tersohor tapi low profile.. Kalau masuk Facebooknya , pasti insaf .. punya lahh !

Ada instagram ? Jom follow aku dan kak Ruzita… @ben_ashaari dan @Ruzieta_92 .

Doakan kesejahteraan perjalanan pulang aku sekeluarga ke Kuala Lumpur , yer.. Terima kasihhh..

You May Also Like

3 comments