Dalam keadaan sekarang ini, jangan percaya sesiapa sekali pun !

by - Isnin, Januari 11, 2021


Insiden lepas banyak menyedarkan aku dan wife ! Selama ni , aku agak pandang enteng bab SOP Covid 19 ni. Aku  rasakan aku dah cukup jaga abis tapi rupanya banyak juga yang terlepas pandang. Nampak biasa biasa jer tapi sebenarnya sangat merbahaya untuk kita walaupun kecil jer kecuaian kita tu. 

Bukan soal percaya atau tidak akan bahaya virus Covid 19 ni tapi bab kesan pada kita andai kita dalam rantaian positif Covid 19 ni ! Dek kerana bersalaman atau bercakap tanpa guna mask dengan mana mana kenalan kita yang kita rasakan dia tu dah cukup sihat atau tidak punya kuman Covid 19 dalam diri tu, rupa rupanya... 


Dalam posting aku yang lepas , ada cakap pasal prosedur andai kita dalam rantaian positif  Covid 19. Apa nak kena buat ? Apa tindakan.. dan macam macam lagi ! Serius... Bagi yang pertama kali terlibat memang akan mengeletar kepala lutut ! Memikirkan kontak kontak kita yang sebelum kita disahkan bergejala.. aduh ! Mak ayah.. anak anak.. sedara mara.. adik beradik.. jiran tetangga.. tempat riadah.. gi mall.. aduh ! Banyaknya ! Tapi bayangkan ketika tu , kita amalkan SOP.. Maka tak de apa  nak dirisaukan sama sekali pun , kan ?

Ikut je apa yang dipesankan pada kita.. Payah sangat ke ? Teringin nak duduk pusat kuarantin berhari hari ke ? Kalau bukan kita... anak anak kita mungkin jadi 'mangsa' ! 


Nasihat aku... Ko percaya atau tidak , sekarang Malaysia dalam keadaan 'merbahaya' ! Semua daerah dah 'bermasalah. Buat masa ni, semua orang berpotensi sebagai pembawa.. termasuk kita sendiri ! 

You May Also Like

2 comments

  1. Masing2 tak pernah rasa ‘risau’ apabila one of family member terkena Covid-19 . Sbb tu masih sambil lewa jaga sop . espcially at mall and tempat org ramai . apa pun just jaga diri memasing je for now

    BalasPadam
  2. Sedihnya baca keratan article ni.. 5 years old alone going to the hospital because of Covid-19.. adui..

    BalasPadam