Kasihan pada anak anak. Mak ayah , ada yang dah dapat tekanan darah tinggi !

by - Rabu, Januari 27, 2021

Sian tengok anak anak kita. Duduk rumah... belajar online dengan cikgu sekolah. Kadang kadang tu, takda kelas langsung. Sekadar dapat ' home work' jer. Anak anak kena hantar dalam bentuk video mahupun suara. Paling tidak , amik gambar dan upload ke Google Drive. Mak ayah dah kena belajar macam macam dah ni. Hahahaha.. Mengigil part kena upload. Camana nak buat ? Hahaha.. adoi laa.. 

Pastu.. belajar sekejap selebihnya... hurm.. korang pun tau kan ? Semalam.. aku dah naik hangin ! Betul punya angin ! Hilang kesabaran aku. Lupa dunia jap. Tapi tak la sampai naik tangan ke apa.. Punca ? Kelas online tapi dia tak bersedia. Aku pulak yang kena uruskan untuk dia. Eh ???? Pulak cam tu ?? 

Tak pasal pasal aku kena minum air rebusan asam keping pastu untuk turunkan kembali tekanan darah aku.  Geram ! Tapi pastu menyesal lak.  Hurm.. gitulah aku dan aku pasti ramai ibu bapa macam tu gak. Dek kerana itu jugaklah aku kena rajin bersenam. Untuk pastikan aku senantiasa ok dari segi fizikal dan mental. Hahaha.. 





Nasib baik la Qhaliff dan Zahra , aku ada amikkan kelas tambahan. Walaupun kena keluar duit skit , tapi tak pe la. Aku tak nak diorang ketinggalan terutama Zahra. Zaman ni , dah lain sangat dah ! Nak cari pekerjaan pun bukan mudah dah seperti dulu. Kena ada kemahiran selain dari kelulusan. Atau nak tak nak pun.. kena jadi usahawan dah. Nah.. 

Untuk korang yang mencari kelas tambahan online bagi sekolah rendah dan menengah , aku cadangkan tanya di Fly High Training Centre. Setakat 2 minggu ni , Qhaliff seronok belajar. Dapat la gak ilmu dan tengok kawan kawan sebaya walaupun secara online. 

Boleh whatsapp Puan Fieda Ali di 011 5699 8919 .





 

You May Also Like

2 comments

  1. mmg rasa macam anak2 skrg perlu ambik kelas tambahan sendiri. nak harap pembelajaran online mcm tak boleh je nakk cover semuanya

    BalasPadam
  2. setuju jaga kesihatan dan kelas yang boleh bantu anak. kita sihat anak happy family happy

    BalasPadam