Tulisan terbalik ! Pakai selipar pun salah ! Benarkah anak kita itu ada Dyslexia ? Zahra ada tanda-tanda tapi..

by - Sabtu, Januari 30, 2021


Zahra Nur Iman.. tahun ni , dia dah masuk Tahun 1. Dan dia boleh membaca walaupun merangkak rangkak lagi. Itu takda masalah sebab dia hanya perlu perbanyakkan latihan. Tapi , ketika dia di usia 5 dan 6 tahun.. dia ada masalah mengenal huruf dan juga masalah mengenal kiri dan kanan terutama bila memakai selipar ! Risau ? Ya.. aku amat risau sama sekali. Wife pun gitu. 

Tindakan ? Sewaktu dia umur 6 tahun , wife buat keputusan untuk masukkan dia kelas pemulihan di Putrajaya. Di kelas tu, dia aktif . Cikgu pun kata dia takda masalah pun dengan huruf dan angka. Cuma kena banyakkan latihan jer. Cikgu tu cadangkan dia amik kelas phonics reading secara online jer. 

Masalah Zahra bukanlah tak kenal huruf tapi selalu terbalik.. terutama bila menulis huruf B , D, E dan beberapa huruf lagi. Begitu juga masalah kiri dan kanan ! Hahahaha.. Sejujurnya, yer.. aku pun masa kecil ada masalah ni. Teringat aku ketika mewakili pasukan bola sepak sekolah.. Bila coach arahkan aku ambil posisi kiri memandangkan aku ni kidal ! 

" Er.. kiri ? Mana kiri eh ? " bisik hati. 

" Weh Sal.. ko kat sana la.. Aku jaga sini. " bentak rakan sepasukan. Aduh.. Akhirnya aku selesaikan masalah kiri kanan aku dengan tangan mana aku makan dan membasuh.. er.. korang tau kan.. basuh apa.. Hahaha.. Lama lama , ok la.. Huhuh.. 

Dyslexia adalah masalah cara otak berfungsi, cara berfikir, cara melihat dan cara mendengar.

Dyslexia adalah masalah yang tidak kelihatan. Dari segi paras wajah dia kelihatan segak dan cantik akan tetapi menghadapi kesukaran membaca, mengira dan menulis. Walaubagaimanapun kecerdasan berfikir tidak tergugat malahan mungkin di tahap yang tinggi dan gifted. - Dyslexia Malaysia

Ciri-Ciri Petanda dan Simptom Dyslexia
  1. Masalah memakai butang baju, ikat tali kasut
  2. Kasut di sebelah kiri/kanan dan tidak perasan
  3. Kelam kabut dan mudah melanggar perabot
  4. Kesukaran melompat, atau skip
  5. Kesukaran membaling, menyambut bola
  6. Kesukaran menggunakan kata arah dalam/luar, atas/bawah, kehadapan/kebelakang
  7. Kesukaran respon terhadap arahan
  8. Kemungkinan lambat dalam perkembangan pertuturan
  9. Salah guna perkataan contoh “carpark”- “park-car”
  10. Masalah menyebut perkataan mempunyai sukukata contoh “hospital”- “hostipal”
  11. Kesukaran menamakan objek
  12. Keliru kiri dan kanan
  13. Keliru penggunaan tangan kiri/kanan
  14. Kesukaran membentuk huruf dan pembalikan menulis perkataan contoh. “tuhan -hutan”
  15. Kesukaran menyalin daripada papan hitam
  16. Masalah mengigati hari dalam seminggu, bulan dalam setahun, sering terlupa tarikh lahir dan lain-lain.
  17. Kesukaran menyatakan masa
  18. Tidak tentu mengenai esok, semalam, lusa
  19. Masalah mengingati urutan hari dalam seminggu, bulan dalam setahun.
  20. Lemah dalam membaca cara pandang-sebut-atau secara fonologi.
  21. Mudah letih disebabkan konsentrasi yang amat mendalam.
Aku dan wife ajar Zahra membaca dan menulis di rumah. Ok jer dia. Boleh je buat cuma dia tak leh nak fokus. Nak main dengan abang dan adik dia  jer. Dan aku dapati masalah sebenar dia ialah.. dia nak perhatian ! Dia tak sempat nak manja lebih sebab Aariz muncul di kala dia memerlukan perhatian yang lebih. 

Walaupun aku jaga mereka di rumah.. masih ada yang tercicir ! Bayangkan parents yang sibuk dengan kerja.. di rumah pula sibuk dengan gajet.. dan menyangkakan dengan beli permainan atau beri mereka kelas pembelajaran dah mencukupi ! Tidak sama sekali. Luangkan masa dengan anak anak kita tu. 

Berbeza dengan Aariz.. dia dah kenal huruf dan nombor seawal usia 4 tahun. Dia ni lak, cara belajar dia smart skit.. Sekejap je dah cukup tapi dapat tangkap ! Cuma masalah utama ialah , sibuk nak main game online dengan abang dia ! 

Zahra... amik kelas phonic , seminggu 2 kali. Alhamdulillah.. dah ok ! Tulisan pun dah cantik.. rajin pun rajin. Perlu parents tahu , mereka yang bermasalah begini sebenarnya seorang yang kreatif ! Cuma terokai anak anak anda tu ! Jangan ingat , segalanya disebabkan penyakit ! Kadang kadang , kitalah punca kepada 'masalah' mereka. 

You May Also Like

2 comments

  1. Alhamdulillah sebab dapat detect awal anak encik... actually masalah tak boleh membaca tu baru permulaan sebab saya pun ada anak disleksia..yes dia boleh membaca selepas kelas phonic tapi masalah bermula bila dia masuk sekolah sebab dia tak boleh bagi tumpuan dan saya rasa ada kaitan dengan adhd.Masalah yang lagi teruk adalah matematik dia sebab dia juga dyscalculia.Kadang2 betul.. kadang2 salah dalam menjawab soalan math sebab dia tak paham nombor itu sendiri.

    BalasPadam
  2. Saya pun ada anak mcm nie juga..Baru je perasan..tapi dia xde pun pakai selipar terbalik..tapi yg saya dpt lihat dia confius huruf b,d,p,q & s..sy tgh cuba mencari cara terapi kerja yg sesuai dgn dia..sy harap dapat la bantu selesai masalah yg anak sy hadapi..

    BalasPadam