"Wah .. banyaknya roadblock ? Ini mesti nak cari duit poket nih .. ! ".
" Iskh , kamu ni.. Ke situ pulak .. Asal nampak polis je , terus pk rasuah ! ".
" Dah memang betul ! Polis dan rasuah , memang tak dapat dipisahkan ! Kena terima hakikatnya la.. ".
"Manusia dan dosa , tak dapat dipisahkan kan ? Tapi pahala ada kan ? Maka terpulang pada individu tu sendiri.. Kita sendiri pon ada 'jenayah' yang kita buat secara kita tak sedari .. Tapi ada kita nak salahkan diri tak ? Tak de punya kan ?? Kita cari alasan untuk menghalalkan tindakan kita itu kan ? Betul tak ? ".
" Tak kira la.. Aku memang tak suka polis ! ".
"Kalau begitu , jangan panggil polis kalau berlaku apa apa jenayah bila melibatkan kau dan keluarga kau. Panggil je ambulan ! ".
" Yang kau ni emo kenapa ? Marah aku lak !! ".
" Bukan emo tapi bosan .. Kita asyik nampak salah orang je.. Salah diri sendiri ?? Wat bodoh je kan ? Tu tadi , kau baru je buang sampai ikut luar tingkap.. Salah ke betul perbuatan kan ? Seperkara lagi , jenayah sekarang menjadi-jadi.. Kalau polis tak buat kerja , kita nak g makan kat kedai pon takut tau ! Silap silap parang kat leher.. Kau berani ? Berani laaa.. nampak lipas pon dah mencicit lari !! ".
" Yelah.. kau menan .. ".
" Ini bukan soal menang kalah.Tapi hati-hati meluahkan perasaan . Ada pihak terasa hati dan rasa pengorbanannya dipandang remeh. Bukan semua buruk dalam setandan pisang. Walaupun kerana nila setitik tu , susu tu tetap boleh digunakan untuk menyiram air pokok .. Takkan tak berguna langsung kan ?? "
" Baiklah cikgu.. Haa.. sampai dah pon.. Jom mencekik.. "