Aku rasa aku perlu guna dah penapis air luar rumah !

by - Sabtu, Februari 13, 2021

Awalnya aku ingat bekalan air di umah aku ni terputus. Di hari raya lak tu ! Hahaha.. Adoi la. Stress lak aku dibuatnya. Tapi dalam grup whatsapp taman , tenang jer. Takda la riot atau pemberontakan ! Gulp.. ke rumah aku je ni bermasalah ? Alamak... 

Aku tanya jiran aku. Katanya OK jer rumah dia. Huwaaaa ! Stress weh.. stress ! Aku risau ada paip pecah jer ni. Bukan apa.. kalau paip pecah , kos tinggi woii nak baiki ! Dengan keadaan macam sekarang ni, kena bijak berjimat cermat.. Tu pasal niat nak beli Earbuds Samsung Pro tersangkut lagi. Hahaha.. Ada hati la yer. 

Ok.. sambung.. Aku check satu satu.. Air kat dapur je yang takda ! Tapi kat bahagian lain ada. Awalnya aku ingat air tangki tapi rupanya bukan. berkat kebijaksanaan aku , aku try kosongkan air di mesin Coway aku. Eh , dia refill semula. Bermakna , ada air di dapur tu masuk la. Apasal kat sinki ni je tak keluar air ? Sebenarnya keluar.. ciput !

Aku check saluran bahagian bawah sinki.. Ada air. Aku syak sesuatu ni. Tapi tak pe la.. Aku cari plumber sekitar taman perumahan aku ni. Set temujanji.. Petang baru ada kekosongan. Tak kisah la.. asalkan air keluar dan dapur boleh berasap semula. Kalau tak.. pening aku weh ! Huhuh.. 

Jam 3 lebih.. sampai dua pemuda. Diorang check. Akhirnya dah tau apa punca ! Hos air tu tersumbat.  Punca.. air di sinki tu , direct dari luar. Tak bertapis. Paham paham je la kan ? Diorang pergi carikan hos yang baru. Siap call tanya mana satu aku nak. Huhuh.. Bagus diorang. 

Akhirnya .... alhamdulillah. Siap ! Aku tanya berapa ? Dia kata kos hos tu RM40.. Upah  pasang tu RM20. Aku cam.. What ????? Takkan macam tu je RM20 ? Aku keluarkan sejumlah duit dan kasi dia. Terkejut diorang. Katanya banyak sangat ni. Dia nak pulangkan baki. Aku bagitau mereka yang mereka dah menyenangkan hidup aku tu pun dah bagus. Huhuh.. Yelah, dari paip pecah kan ? Baik tu je masalah dia. 

Lega rasa air dah kembali keluar. Aku boleh teruskan kehidupan seperti biasa. 


Memikirkan dek kerana air tu tak bertapis dan bakal kembali masalah tu, aku rasa macam nak kena amik penapis air. Ada banyak penapis air di pasaran sekarang ni. Semua bagus bagus. Nak cari yang bagus tapi mampu bayar ! Huhuh.. Dan kalau boleh..malas la nak menyewa bulanan. Letih nak membayarnya. 

Ada kawan cadangkan beli kat hardware jer. Pastu dia pasangkan. Upah kos pasang je la. Pastu maintenance tahunan tu, boleh je panggil dia. Hurm.. ok gak tu ! Tak pun dia kata dia leh ajarkan buat camana.. Hurm.. Menarik.. Cuma bukan sekarang ni la. Hehehhe.. Kena berjimat. 
 


Kecil cam ni pun comel gak kan ? 

You May Also Like

1 comments