Akhirnya , aku jadi ahli Gym TOP Fitness , Kota Warisan !

by - Rabu, Mac 10, 2021


Sebelum ni , seminggu 2-3 kali je aku gi. Tapi sejak persekolahan bermula ni , aku tak leh gi dah. Nak tak nak , kena workout kat rumah jer. Tapi tak puas gitu. Huhuh.. Bila workout , mata tengok tv la pulak. Hahahaha.. 

Kalau tak bukak tv , boring lak. Adoilah.. Tak pun , si kecik.. Aariz naik atas join aku. Tu aku risau. Takut terkena besi pada dia. Nah.. ok tak alasan aku untuk gi gym ? Hahaha.. Penting ke gi gym tu ? Hurm... aku dah 'bercinta' dengan gym ni , lebih 20 tahun. Bukan nak jadi sado tapi aku kan ada hypertension cuma tak makan ubat je la. Aku kawal pemakanan dan banyakkan bersenam. Sebab tu laaaa aku gi gym. Nak berbasikal , tak mampu. Hehehehe.. 

Ditambah lagi.. aku ni kan cari makan dalam dunia media sosial. Kena la jaga skit penampilan gitu. Ditambah lagi , dengan usia dah pun cecah 40 an , nak bersaing dengan orang muda.. memang payah skit la. Maka kena jaga penampilan la gitu. .Kononnya la ! Hahahaha.. 

Kalau macam sekarang ni, urusan anak anak selesai jam 8 malam. Wife ambil alih jap. Aku naik tingkat atas untuk bersenam. Asal keluar peluh jadilah. Tapi rasanya takat keluar peluh pun tak best gak ! Kena tingkatkan otot tu. Bukan apa.. kang nampak kurus sangat pun tak best. Kena la tegap lagi segap gitu. Ecececeh.. 



Pemakanan kena jaga. Puasa dan kawal makanan yang masuk dalam badan. Kolestrol , diabetis , jantung.. macam macam woo. Maklumlah, bukan muda lagi. Tapi sebenarnya , tak kira usia pun nak jaga badan ni. Segalanya bermula dari kecil lagi. Jangan biasakan diri dengan makanan yang boleh membinasakan badan. 

Aku amik whey protein setiap kali lepas workout. Recovery otot dan tenaga. Sebab tu nak kembali ke gym semula. Manfaatkan protein ni. Baru segak dan tegap gitu. Heheheh.. 





Kenapa TOP Fitness Kota Warisan ? Sejujurnya, sebelum ni aku rela je bayar walk in. Tapi sejak diorang nak bukak satu tingkat lagi.. maka aku terus daftar jadi member la. Hehehe. Kang dah bukak , jadi lagi mahal lak. Kan kan ? Hehehehe..   

Lagi pun.. buat masa ni , ni je gym terbaik yang ada di Sepang ni. Kalau gym biasa yang aku gi tu , kena lintas negeri lak ! Hahahha.. Tapi nampaknya Top Fitness ni mampu jadi pencabar jika tingkat atas tu siap kelak. Barang pun banyak . Kena baiki dan jaga kebersihan.. Oh ya, surau pun ada ! Tu bagus tu. Tandas pun bersih.  Harap terus dapat jaga mutu dan kualiti. Dan tak ramai foreigner... er , bukan tak suka tapi sebab ada satu geng tu kalau datang main.. Aduhai... bau badan dia ! pening ! Yang bagus tu memang bagus.. cuma bila dah terbau ,  rosak semangat juang angkat besi ni ! Huhuh.. 

Pendaftaran ? Kena pm tanya diorang. Aku takut korang baca entri aku ni, di tahun 2022.. atau 2023.. harga dah lain. Mana la tauuu .. kan kaan? 

You May Also Like

5 comments