Aku nak ubahsuai rumah tapi..

by - Rabu, Mac 24, 2021

Sang isteri dah bersuara. Katanya nak buat ubahsuai rumah atau renovate di beberapa bahagian rumah. Ada banyak faktor kenapa nak kena buat ubahsuai. Yang paling utama , anak anak semakin membesar. Nak kena ada bilik sendiri yang selesa. Tu yang pening kepala ! 

Er.. pening kepala sebab apa ? Hurm.. nak guna kontraktor mana ? Pengalaman lepas dah cukup menginsafkan aku. Tamo tamo tamo ! Aku hilang keyakinan sebenarnya. Cukuplah kena kencing bagai. Ingatkan guna kenalan , lagi memudahkan. Rupanya lagi kena cekik. 

Tapi silap diri sendiri gak la. Percaya punya pasal. Tak ingat aku..ada buat surat perjanjian ke takda. Hurm.. Kenapa guna kawan ? Nah... pertama , senang nak cerita. Tak kena sembelih. Atau bila ada problem selepas dah siap, senang nak deal. Maknanya tak banyak cerita la. 

Kita pun sedia maklum.. kadang kadang , masalah dalam pembinaan rumah atau ubahsuai ni, akan nampak masalahnya pada masa akan datang. Bukannya masa tu baru nampak. Contoh masalah ? Bocor ke.. ada defect atau kecacatan.. Ha, tu semua kena amik kira ! Kalau kita tak tau semua ni, diorang akan caj lagi kat kita ! Kawan tak kawan.. Sekarang ni , duit dulu baru cerita kawan. Huhuhu.. 

Pastu kan.. bila kita komplen kat dia, tindakan susulan lambat ! Adoi la.. Mentang mentang kita dah bayar semua. Pergh... letih weh nak tunggu ! Cakap lebih lebih nanti , bergaduh lak. Putus kawan. Atau cakap kita banyak bunyi. Dalam kontrak takda bagai. Adoilah.. Dek kerana kawan tu yang kita percaya dan malas nak ikut kontrak. Ingatkan boleh cerita belakang belakang kalau ada hal yang tak dijangka. Maklumlah, kita bukan ada pengalaman ! Diorang yang ada pengalaman ni la yang boleh bantu kita.

Dan segalanya berakhir bila dia kata.. " Aku tak urus dah projek ubahsuai ni.. Kawan aku take over semua. Kau contact dia terus senang ! " . Kau rasa ????? 

Ok.. tu cerita dulu yang menjadikan aku berhati hati dalam memilih kontraktor untuk masa akan datang. Memang aku tengok jiran jiran aku ada buat. Cantik dan kemas. Tapi ada 'ceritaselepas tu' yang aku dok pikir panjang. Sapa yang sesuai jika aku nak buat ubah suai ! 

Begitu juga dengan adik aku ! Dia baru je siap renovate atau ubahsuai rumah. Berangka angka gak la abis duitnya. Tapi kepuasan ? Hurm...Katanya nak murah..guna je tenaga kerja yang.. Hurm.. No komen. 

Gambar bawah ni, taman perumahan aku. Jiran jiran dah cun luar dalam rumah. Hahaha.. Aku cuma buat penambahan di dapur. 




Aku dan wife tengah berkira kira sekarang ni. Bila nak mula buat ubahsuai ? Wife nak macam ni.. aku nak macam tu ! Banyak idea. Tapi jika panggil kontraktor, jawapan dia.. terpulanglah. Dan mestilah dia kasi idea yang menguntungkan dia. Bukan ikut kehendak kita ! Maklumlah, kita takda pengalaman dan ilmu. Memang naya laaaa weh ! 

Aku nak buat penambahan di bahagian depan rumah. Pagar nak tukar gak. Tak pun nak cat baru je ke. Pastu tempat parkir tu nak kasi cun. Depan rumah nak kasi ala ala taman rimba. Eh , tak la.. hahaha. nak letak pasu bunga gitu.. kasi bertingkat. Tapi sapa nak jaga pokok pokok tu nanti ? Hahaha.. Adeh la.. 

Dalam rumah.. aku nak fokus pada bilik air ! Nak tambah skit kasi cantik dan selesa. Ruang tamu nak ada sudut ilmu. Nak ada ruang khas untuk solat berjemaah. Haaa, banyak ni ! Hahaha.. Tu plan la. Kot kalau kontraktor yang tengok tu, boleh kasi idea lebih baik... kan ? 



Hasil ubah suai ringkas yang tak profesional yang cukup menyakitkan mata. Hahahaha.. Aku tak kisah bab duit tapi mutu tu penting. Eh , kisah gak la. Aku bukan anak menteri. Hahahah.. Tapi bila macam ni punya hasil , sapa tak risau dah kan ? Bila tanya.. semua ok.. ok ! Bila dah start buat, tepuk dahi kita dibuatnya ! 

Persoalannya , siapa kontraktor yang boleh dipercayai ? Kalau Google, memang akan ada banyak. Semua cakap dia ok ! Hahahaha.. Kan kan ? Nak tak nak , kena guna skill belian online cam membeli di Lazada.. Baca review yang ada. Tapi boleh percaya ke review ni ? Mesti dah karang cun cun punya. Kan ?

Tak pe tak pe.. Kita boleh cari yang benar benar menyakinkan. Biar ada hitam putih yang jelas.. serta yang menyediakan kepakaran yang sebenarnya. Bukan baru jer sampai dari seberang pastu terus jadi pekerja dia ! Haaa.. tamo tamo ! Nak yang boleh siap dalam masa yang dijanjikan ! Kalau tak siap , apa tindakan yang boleh kita ambil ! Haaa.. gitu la deal dia. 

You May Also Like

13 comments

  1. Terbaik. If okay nk cuba juga nusa ni..nak sambung awning rumah
    .

    BalasPadam
  2. Pahni makin berseri2 laa rumah Ben. Kita pon duk berkira2 gak ni nak renovate rumah. Antara faktor utama jugak sebab anak anak dah besar dan mereka perlukan ruang yang lebih selesa ..

    BalasPadam
  3. Syoknya dapat renovate rumah. Harap ada rezeki duk rumah sendiri nanti...

    BalasPadam
  4. Memang seeloknya utk renovate rumah pilih tang berpengalaman dan ada track record tg bagus kan.. Tunggu review Abenlah.. Ada gak planning nak renovate sikit..

    BalasPadam
  5. Wow.. nanti boleh la renovate rumah jugak hehehe. Thank you for sharing!

    BalasPadam
  6. I also takut kena tipu by contractor

    BalasPadam
  7. dah berkali kali kena. Tapi hidup mesti diteruskan. Satgi nak tengo FB company tu

    BalasPadam
  8. Rumah nad duduk ni pun dah sana sini ada masalah, memnag tengah kumpul duit nak baiki..baca ni mungkin suatu hari boleh guna nusara bina ni

    BalasPadam
  9. Rmi rupanya kena kencing kt kontraktor... Sy pun xsedap hati gak ni... Mintak allah tolong jer ni.. Berserah pd Allah swt

    BalasPadam