Bagaimana aku gandakan wang yang aku dapat melalui Adsense ini ?

by - Khamis, Mac 25, 2021


Alhamdulillah.. Dah lebih 10 tahun aku dalam dunia blogging ni. Awal awal , aku cuma lebih pada minat. Tapi lama kelamaan , dah tau blog dan media sosial ini boleh menjana income jika dibuat dengan betul dan konsisten ! 

Sekarang ni , aku nampak ramai sibuk buat Youtube atau apa saja yang boleh jana pendapatan sampingan. Bagus sebenarnya. Pendapatan sampingan yang mana mampu dijadikan pendapatan utama. Cuma nak kena tahu bagaimana caranya saja. 

Dari dulu lagi aku dah bagitau kenalan aku , INTERNET ini adalah lombong emas ! Setiap hari akan jumpa lubuk lubuk baru untuk digali ! Yang penting , kena ada asas dulu. Maksud aku, gajet dan internet ! Aku melabur pada dua ini terlebih dahulu. Beli handphone yang bagus dan berkualiti. Kemudian line internet ! Aku perlu kembalikan modal untuk kedua ini dalam tempoh 6 bulan. 

Bagaimana ? 

Blog ! Dah lebih 10 tahun dan ianya tetap laris. Ada yang kata blog dah takda pembaca !! Orang tak baca blog dah !! Sapa kata ????

Seminggu !

Sebulan  !

3 bulan !


Punca trafik ( pembaca ke blog ) Organic Search tu melalui carian di enjin seperti Google


Pelaburan yang aku buat awal awal, berkesan hingga sekarang. Walaupun dalam keadaan PKP , masih tetap mampu menjana pendapatan kerana INTERNET masih ada. Penjual penjual produk , beralih ke media sosial pula.  

Aku lebih fokus kepada blog kerana aku tau, manusia akan lebih puas membaca dari menonton ! Bila membaca, mereka akan lebih mudah memproses fakta fakta yang mereka terima. Dengan itu , mereka akan buat keputusan tanpa rasa bersalah.  Heee...

Mula mula aku lambakan entri entri yang orang suka cari ! Aku dah cuba pelbagai entri termasuk entri kontrversi. Tapi sejujurnya entri kontroversi ni tidak memberikan kepuasan pada aku walaupun boleh menhasilkan trafik yang cukup tinggi. Aku lebih suka cerita entri yang berkaitan dengan diri aku sendiri. Beserta fakta yang menarik ! Huhuh.. 

6 bulan pertama.. kena fikirkan income dari blog ! Bagaimana ? Bila dah bejaya, duit dari situ.. kita pusingkan ! Bayar bil internet , elektrik , gajet ! Kemudian kita gandakan lagi ! Dah bayar semua tu. kita kena kerja keras lagi. Untuk bertahun tahun  !! Bila dah berjaya.. nah , baru jadi macam sekarang. Maksud aku, awal awal aku blogging, entri aku lebih dari 10.. setiap hari ! Sekarang , memadai 1 atau 2 saja. Asalkan ada update. Dan pastikan ada entri entri menarik untuk dibaca. 

Bermula dari Nuffnang , Innity dan sekarang Adsense... duit dari situ , aku melabur ke Celcom dan Digi.. bayar duit intenet kemudian , barulah aku buat job job review berbayar. Itulah gaji aku.. sejak 10 tahun ini. Alhamdulillah.. Aku dah mampu bayar zakat dan juga cukai pendapatan. Kalau dulu kerja dengan kerajaan, tak mampu nak bayar.. Huhuh.. Alhamdulillah. 

Pointnya... mudah jer ! Melabur , dan buat kerja ! Aku tau.. ramai nak melabur tapi goyang kaki. Tu pasal ramai kena tipu buta buta ! 




You May Also Like

8 comments

  1. Bhai Ben..

    Syabaslah.... memang itulah cara sebenarnya... sapa kata blog takder orang baca?? Blog gua hari-hari pon ader orang baca sekitar 3000++

    Alhamdulillah...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    BalasPadam
  2. alhamdulillha..rezeki berganda ye

    BalasPadam
  3. Setuju manusia lebih suka membaca dari menonton. Cuma banyak syarikat tak nampak benda tu.

    BalasPadam
  4. entri yang sangat berguna ni untuk para blogger, thanks for sharing this

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. Try follow jejak aben

    BalasPadam
  6. Membantu sungguh tipnya untuk saya yang baru nak berjinak-jinak balik dengan blog ni..

    BalasPadam