Berbuka Puasa ala Agraba Tales di d'Tempat Country Club , 2021

by - Isnin, Mac 22, 2021


Ramadan bakal menjelma. Dan pastinya korang akan mencari lokasi lokasi menarik untuk berbuka puasa, kan ? Nah.. aku cadangkan D'Tempat Country Club yang terletak di Bandar Seri Sendayan , Negeri Sembilan. Cantik , rileks dan dan tenang je tempat ni. Kira nak berbuka puasa dengan kawan kawan opis, memang best !

Baru ni, mereka ada buat preview untuk buffet Ramadan bertemakan Agraba Tales.. kisah timur tengah gitu. Pastinya menu masakan dari sana jadi keutaman memandangkan tema dah begitu , kan ? Sedap ke?  Bab makan kat d'Tempat ni, sejujurnya memang sedap. Aku dah pernah buat review sebelum ni kat sini. Ketika tu bersama team Pesona Seremban. Memang best tempat ni. Makanan lagi la best ! Hahaha..

Suasana malam hari yang tenang... berbuka puasa nanti pun mesti puashati. Wakil Benashaari.Com di Negeri Sembilan, Mr.Nash hadir dengan perut kosong. Hahahaha.. Saja aku suruh dia pergi ke sana dengan perut begitu supaya dapat menghayati makanan yang bakal dihidangkan. Yelah , kalau pergi dengan perut dah penuh , tak syok la kan ? 

Harga untuk buffet Ramadan untuk lebih 120 menu cuma dalam RM90 jer. Berbaloi katanya. Semuanya cukup menyelerakan. Aku percaya kata kawan aku ni. Dia ni bab makan memang berkira skit. Kalau sedap , dia kata sedap. Kalau  tak sedap, dia cakap je. Hahaha.. Tak cam aku la. Aku sedap ke tak.. asal kenyang dah ! Hehehehe.. Sebab tu aku yakin dengan komen dia.

Masakan , diketuai oleh Chef Sabri. 



Antara menu yang bakal disajikan. Oh ya, tarikh untuk tempahan bermula pada 15 April 2021 yer. Sehingga 9 Mei 2021. Jangan lepaskan peluang menikmati masakan timur tengah citarasa Malaysia. Memang pasti berbaloi baloi punya. 






















Lokasi : d'Tempat Country Club : PT 12653, Jalan Pusat Dagangan Sendayan 1 , 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia

Info lanjut , boleh hubungi : 

Tel: +606 792 2688
Fax: +606 792 3363
Email: dtempat@mchb.com.my
Web : www.dtempat.com | www.dsora.com.my

 

You May Also Like

3 comments

  1. terasa dah bahang ramadhan,bestnya nikmat makanan yang pelbagai...

    BalasPadam
  2. Tempat lawa betul..Murah jug ala harga dia..maknana semua pun nampak sedap

    BalasPadam