Berkat Madinah , pembekal makanan Arab terkenal di Malaysia

by - Selasa, Mac 16, 2021

Makanan Arab , pastinya menjadi tarikan utama ketika Ramadan menjelang. Dan sekarang ni pun  tak semestinya Ramadan pun , kan ? Memang makanan Arab ni enak dimakan pada bila bila masa jer. Nak lagi syok, ada resepi dan buat sendiri ! Pergh.. memang la best la eh ? Tapi masalahnya ialah nak dapatkan bahan tu.. 

Ada dua cara mudah. Pertama, terus ke kedai Arab yang korang tau. Kedua , boleh beli secara online jer. Nah,mudah je kan ? Ok... aku perkenalkan korang kedai Arab popular di Kuala Lumpur dan Selangor. Rasanya ramai dah tahu sebab bukan baru wujud. Sejak 2009 lagi dah bertapak di Malaysia ni. Dah lama pun dan memang senantiasa jadi pilihan penduduk setempat dan juga orang luar.. seperti aku.

Untuk pengetahuan , Berkat Madinah ni ada 3 cawangan di Malaysia. Satu di Kuala Lumpur , dua lagi di Selangor. 



Yang pernah aku pergi berkali kali ialah di Ampang. Mudah nak parking kereta dan tak susah nak cari. Waze je , confirm jumpa punya. Dua lagi tu pun sama je cuma aku lebih selesa di sini sebab dah biasa. Heee.. Walaupun aku tinggal di Sepang. Sebulan sekali turun membeli je pun. Heeee..

Ok.. apa ada di Berkat Madinah ni ? Boleh dikatakan semua barang kering , korang boleh dapat di sini terutamanya yang berasal dari Tanah Arab. Tak perlu risau bab Halalnya lagi. Antaranya ialah kurma beraneka jenis ada. Dikatakan ada lebih 50 jenis ada dijual di sini  ! Manakala kurma yang berjenama pula seperti Majdool Saudi 1st Grade, Ajwa Madinah , Ajwa Long , Ajwa Madinah Premium , Ajwa Madinah VIP , Mabroom Al-Madinah , Safawi Al-Madinah AA, Mariami Dates A , Mariami Dates A , Mariami Dates Jumbo , Palestinian Jumbo Medjoul Dates dan banyak lagi.








Selain kurma , ada juga produk seperti buah tin , produk dari  minyak kelapa dara , jus buah delima , air zam zamminyak zaitun, pelbagai jenis madu dari dari beberapa buah negara seperti Palestin dan Yemen , kekacang , jus delima yang mereka perah sendiri atau yang dah siap dibotolkan dan banyak lagi laa produk produk yang mana mereka amik dari Turki , Pakistan , Palestin , Arab Saudi , UAE dan beberapa buah negara lagi.. 

Suka makan kekacang ? Bagi peminat kekacang, ada Roasted chickpeas , Roasted sunflower , Roasted Almond, Roasted Pistachio,  Roasted Chasew , Roasted Macademia , Mixed Nuts , Roasted Pumpkin Seeds  Roasted Sunflower , Sliced Almond , Roasted Apricot Seed, Brazilian Nuts dan Coated Almond.

Bagi peminat buah kering atau dried food , ada Dried Papaya , Goji Berry , Pitted Piunes , Dry Pineapple , Mango Low Sugar , Ginger (Sliced) ,Dried Lemon Stick , Dried Strawberry , Ginger (cube) , Dried Guava , Golden Jumbo Raisins , Fancy Raisin , Natural black raisins , Dried Cranberry , Jumbo Dry Apricot , Aprimax Dried Apricot Size 2 , Golden Raisin , Sultana Raisin dan banyak lagi. 

Jika korang gemar makan roti Arab , yer.. mereka ada buat dan terus jual panas panas roti mereka. Memang di awal pagi , ramai je dah beratur untuk dapatkan roti buatan tangan mereka sendiri. Rasanya, memang sedap ! Lembut dan enak woo.. 

Ada juga barangan tempatan dijual di sini seperti sayur-sayur mentah, buah buahan dan juga ada yang siap dibotolkan  seperti produk dari Chef Ammar ni dan macam macam lagi. Boleh dikatakan , kalau masuk Berkat Madinah ni.. korang akan keluar dengan senyuman manis jer. Hehehe.. Puashati ! Tak sabar nak balik memasak atau... makan !

Segalanya ada di Berkat Madinah. Jika ingin menyerikan Ramadan anda, maka sediakan masakan bersahur dan juga berbuka dengan masakan yang enak enak. Dapatkan bahan masakan di Berkat Madinah. Bagi yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Haram , mesti akan terubat rindunya. Lebih lebih lagi di musim Covid 19 ni.  InshaAllah.

Belian secara online

Alamat cawangan Berkat Madinah di Malaysia : 

Ampang : No 17-L1, Jalan Ampang Putra, Tmn Ampang Hilir, 55100, Kuala Lumpur 
Shah Alam : 46-1, Jln Pegaga C U12/c Desa Alam Seksyen U1240170  , Shah Alam Selangor
Kajang : Pa-s-17-g, Pearl Avenue Shop Jln Pasir Emas 43000 , Kajang Selangor

TERIMA KASH !



You May Also Like

6 comments

  1. Tak pernah makan baklava tu..rambang mata tengok barang kat kedai dia

    BalasPadam
  2. One of my kedai favourite kalau nak cari bahan n makanan Timur Tengah.. Memang boleh dikata sangat lengkap dan harga pun memang best..

    BalasPadam
  3. Apabila came across baklava, teringat zaman dok main game kat FB dulu-dulu... hehehehe... masak baklava sampai dok tengok masa je kojenya sebab nak ngejorkan takut terlebih masak... hahahaha... by the way, rambang mata juga dibuatnya bila tengok pelbagai jenis kurma dan makanan Arab yang lain ni... paling kuminati adalah Kurma Ajwa... bolehlah recce untuk delivery nanti...

    BalasPadam
  4. Apa yang saya perasan boss memang selalu ke sini kalau nak cari produk timur tengah. Nampak sangat memang berbaloi datang dan membeli kat sini. Nanti nak pergi yang kat Shah Alam sebab dekat.

    BalasPadam
  5. Fuhh penuh barang makanan kat kedai dia. Ni baru senang nak buat pilihan tak payah nak pegi banyak tempat. Satu tempat dah ada semua. Tinggal pilih jer. Ok nnt nak usha gak la sebab cam nak beli habbatus sauda la ..

    BalasPadam