Butik beg tangan terkenal Sellection , Wangsa Melawati memang berhantu sungguh la !

by - Sabtu, Mac 20, 2021

Jam 9 malam tadi. Wife mesej aku yang sedang angkat besi , di gym ! 


" Bang , tengok live Puan Rafidah kat FB page Branded Handbags By Rafidah ni... " . Aku tau dah apa dia nak. Memang dari minggu lepas lagi dia dah kasi petunjuk kat aku yang dia dah berkenan dengan beg beg tangan yang ada di butik Sellection , nun di Wangsa Melawati tu ! Aku sendiri akui yang aku sendiri pun dah berkenan dengan beberapa beg lelaki di situ. Huhuh.. Cuma berbelah bagi lagi jer.. Heheheh.. Maksud aku, aku masih menanti alasan kukuh untuk dapatkan beg yang aku nak sangat tu. Huhuh..

Aku bukak link yang dia kasi dan tonton live yang dihoskan oleh pemilik  butik handbags Sellection yang memang dah terkenal ni. Ramai dah jadi pelanggan setia Puan Rafidah ni. Takda isu handbag handbag yang dijualnya sejak 8 tahun dulu. Camana aku tau ? Rajin rajin la baca komen di Instagram dan FB Sellection ni. Nanti aku kasi link eh.

Founder Sellection, Puan Rafidah

Pagi ni, aku ke sana sekali lagi. Aku bawak satu keluarga terus. Seperti biasa. Senang. Boleh sarapan pagi di sebelah butik Sellection ni. Ada restoran menarik. Hehehe...Makan dulu, baru gi shopping. Biar pilih dengan hati tenang dan gembira. Jangan kelam kabut sebab ini hadiah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 10.  Hurm.. yeke 10 ? Aduh.. sat kira. Aku nikah 2009.. sekarang 2021.. betullah 10 tahun... kan ? 

Masuk dalam butik Sellection selepas siap sarapan. Anak anak tunggu luar jap. Ada orang tengokkan mereka. Huhu.. Mata aku memandang pada satu beg yang memang dah menarik minat aku ! Tapi aku pendamkan je hasrat tu. Huhuh.. Tak pe.. biarlah aku berkorban kali ni. InshaAllah , ada rezeki nanti.. aku amik lagi cun dari ni. Harap Puan Rafidah nanti dapatkan yang lagi terkini dan lebih cun ! Hahahaha.. Aku cuba pujuk hati. 

Mata aku masih melirik ke beg merah tu ! Hahahaha. Arghhh.. Aku istighfar banyak banyak. Sabar.. Sabar ! Biarlah wife amik dulu. Dia dah lama teringin sangat nak handbag. Aku pun memang dah janji nak hadiahkan untuk dia. Tapi aku tak nak la beli online dan tunggu berbulan bulan baru sampai ! Aku nak pergi ke butik , tengok dan pilih mana yang menarik dan mampu bayar ! Tu penting tu.. mampu bayar ! Hahahaha.. 


Di dalam butik.. staff Sellection melemparkan senyuman pada pelanggang pelanggan yang masuk. Menegur dengan ramah. Segan gak aku pada awalnya. Bukan apa.. bila masuk butik butik begini , biasanya aku yang berpakaian 'ala ala gi gym' ni, mesti akan keluar balik dalam masa 5 minit. Huhuhu.. Segan weh. Tapi setahu aku la , Sellection ni jenis tak pandang ' sapa kau '! Semua dilayan sama rata. Tu yang aku ajak wife ke sini.. sekali lagi ! Bayangkan aku yang tinggal di Sepang..sanggup datang ke Wangsa Maju ni ! Pergh.. Ku redah kesesakkan lalu lintas yang memang aku tak suka sama sekali di awal pagi ! 

Sambung.. Staff Sellection ni senantiasa membantu. Tanya je apa soalan mengenai handbag yang ada di situ , inshaAllah mereka akan menerangkan dengan terperinci dan tenang sekali. Tak perlu kalut. Tak jadi beli pun tak pe.. Diorang ok jer ! Tapi diorang tegas ikut SOP ! Hahahaha. Tegas yer.. 

Dua jam dalam tu.. akhirnya dah dapat kata putus !  Wife keluar dengan hati gembira walaupun dia tak tunjukkan kat aku. Ala, tau sangat la perangai dia ! Memang takkan tunjuk dia happy dapat beg Coach tu ! 


Dan aku... tak pe la.. nanti giliran aku pulak ! Tak beli cash, kita beli secara ansuran ! Hahahahahhaa... Sekali seumur hidup beb ! Kerja penat penat kan ? Apa salahnya. Tapi pastikan , perbelanjaan rumah diutamakan. Duit dari blog tu yang bonusnya untuk beli apa aku nak. InshaAllah.. 

Nanti aku cerita lagi kat korang kenapa aku dah jatuh cinta dengan Sellection ! Dan wife pun dah bunyi ala ala Terminator.. ' I'll be back ! ' 

Instagram : Sellectioncom




You May Also Like

4 comments