Dari Sellection , Wangsa Maju ke Stesen Petronas , Jalan Rhu !

by - Ahad, Mac 14, 2021

Fuh... lama tak buat kerja giler macam ni ! Hahahah.. Berbaloi. Sampai rumah , anak anak tak sempat nak bukak mata.. semua lena hingga ke pagi ! Kenapa ? Gara gara ikut daddy berjalan jalan dengan  ibu. Nak sangat keluar rumah katanya. Seminggu gi sekolah.. hujung minggu nak keluar ikut daddy ! 

Awal pagi , gi sekolah Zahra dulu. Hehehee.. Dia dapat beg sekolah percuma. Semua Tahun 1 di sekolah dia dan rasanya di sekolah sekolah lain juga. Ahli Parlimen Sepang yang kasi. Camana tau ? Dah terang terang muka dia kat kotak beg tu. Huhuh.. Terima kasih yer YB. Orang memberi , kita berterima kasih. 

Selesai bahagian Zahra. Terus ke Wangsa Maju. Alhamdulillah, jalan clear walaupun banyak kereta la jugak. Faham faham je la kan.. Ampang ke Wangsa Maju, bukan calang calang punya jalan raya. Kena berhati hati memandu. 

Sampai di Sellection , Wangsa Maju.. tak bukak lagi butiknya. Aku sekeluarga gi makan kat restoran makanan Pantai Timur di sebelahnya. Katanya baru buka. Dan meriah ! Alhamdulillah.. pemilik restoran bagus orangnya. Cepat dan pantas bertindak. Aku makan nasi berlauk. Sedap! Ikan segar. Kuah panas. Nasi pun cun. Huhhu.. 


Siap... gi butik ! Kenapa ke sini aku ? Aku saja nak suprise kat wife. Dia mencari beg tangan. Dia selalu beli di Instagram. Seller dari UK katanya. Tapi masalahnya, lambat sampai. Tu yang aku kesian. Aku bawak dia ke situ dan mintak dia pilih mana yang berkenan. Hehehe.. Pilih la dulu. Harga tu, aku rasa dia pun tahu laki dia punya kemampuan. Sekali seumur hidup.. apa salahnya ? Dia pun banyak dah berkorban membantu aku. Giteewwww ! 

Ada beberapa dalam pemerhatian dia. Aku pun rasa cun cun gak handbag kat situ. Malah aku sendiri pun tergoda barangan yang ada dalam tu seperti jam tangan , dompet dan beg ! Huhuhu.. Silap silap , aku pulak yang beli. Hehehhee.. 







Harga ? Katanya kat situ harga ok. Kalau rasa rasa nak jimat , boleh je bayar secara ansuan ! Giteeew ! Alaa... ikut kemampuan masing masing la. Kalau dah teringin sangat.. apa salahnya, kan ? Jangan mencuri merompak dah la.. 

Dah tengok punya tengok.. wife kenyit mata kat aku. Ok , dah jumpa yang dia nak.. Nanti kita repeat sekali lagi. Anak anak dah bising ! Untuk pengetahuan, budak budak bawah 12 tahun , tak dibenarkan masuk. Kena duduk luar tapi jangan risau. Ada staff tolong jagakan kat luar. Baik staffnya. Cuma wife aku ni , kalau nak membeli.. dia kena tengok sampai betul betul nak. Tak macam aku.. asal berkenan jer, angkut terus. Hahahaha..



Wife ajak repeat nanti. Aku ok jer. Tak nak paksa paksa. Nanti dia tak puashati. Aku gak yang susah. Kena belanja lagi. Hahahha.. Pastu pelan nak singgah umah mak aku di Cheras. Ziarah dia jap. Petrol pun nak ke E . Singgah terus ke Stesen Petronas , Jalan Rhu. Kat depan Risda, Jalan Ampang. Teringat kenangan lalu. Kat sini la aku punya pejabat tempat aku kerja buat pertama kalinya. Huhuhu.. Kenangan gitu. Banyak dah perubah. 

Dan bulan ni, aku tak masukkan lagi Primax97. Sekali sebulan kena buat kata orang lama. Cuci enjin katanya. Dan memang bagus pun guna jenis Primax 97 ni. Lebih jimat pemanduan dan lancar perjalanan. 

Menariknya.. Kalau korang isi lebih dari RM40 , korang layak sertai pertandingan yang ditawarkan. Ha, mana la tau rezeki korang kan ? Boleh menang kereta atau pun rumah. Tak rugi apa pun join. Bukan kena bayar apa apa.. Isi Primax97 dan sertai. Tu jer.. 

Lepas isi, solat sat kat situ dan beli minuman serta makanan. Anak anak kelaparan. Ada jual macam macam dalam tu. Pulut Kuning Zarina Zainudin ada.. Nasi lemak artis mana tau.. tapi sedap ! Duduk dalam tu jap dan layan. Anak anak pekena aiskrim ! 




Di Cheras.. lepak jap sampai malam. Pastu balik ke Sepang. Alhamdulillah.. Segala perancangan berjalan dengan baik dan dipermudahkan. 

Dan kembali menanti hari Isnin. Hahahaha.. Rutin sama sehingga Jumaat. Melainkan aku ada kerja luar.



You May Also Like

12 comments

  1. Seronok awak anak2 jalan .. anak2 pon happy dapat jalan2. Woww Selction . Bli jangan tak beli .. Kena rajin belek2 ana berkenan. Kekadang pegi sekali tak puas hati kena dua tiga kali biar puas hati nak pilih yang mana hehehe

    BalasPadam
  2. Wuish... Macam murah je kedai tu.. Kena try g nanti...

    Btw, i memang isi petronas...

    BalasPadam
  3. Waaa... cuti hujung minggu yang penuh manfaat. Hati seronok, keluarga bahagia.

    BalasPadam
  4. Laa dkt wangsa maju ke? Boleh terjah la dekat sangat dah ni

    BalasPadam
  5. Cantiknya jam dia.. Suke tgk.. Hihihi

    BalasPadam
  6. Wah bila leh rentas nanti leh la gi Sellection cuci mata... Kot2 terberkenan leh reward diri sendiri. Tak kurang gempal juga tawaran dari Petronas ye. Memang pengguna tegar dari sejak milik kereta. Kena cuba ni. Mana tahu rezeki. Amin

    BalasPadam
  7. Wahhh jam pon ada. Rambang mata tengok beg kat situ

    BalasPadam
  8. Bestnyaaa dapat beli handbag baru (kata orang yg suka kumpul handbag ni) Nanti bolehla cuci cuci mata kat sana.. Menarik gak promo Petronas ni ek.. Ada puang menang banyak hadiah..

    BalasPadam
  9. Masuk Sellection mesti tak tau nak sellect apa.

    BalasPadam
  10. Pergh mau tak penat pergi banyak tempat. Aduh lawa2 smeua beg jam tangan dekat situ..Ok nanti singgah petronas Ampang suruh husbnd isi minyak

    BalasPadam
  11. Kenapa dua2 best ni bossku ....kat Sellection mata dah rambang nampak beg dan jam ....kat Petronas pulak nampak peraduan isi dan menang ...aduhaii kena pergi jugak hujung minggu nih

    BalasPadam
  12. Ada gak tengok jam kat Butik sellection. Cecantik gak! Tu yang terus blank tak tahu mana nak pilih. Dengan handbag semua lawa. Haishhh...
    Nina pun isi minyak kat Petronas Rhu bika singgah rumah mertua area sana

    BalasPadam