Guna Rumpai dan Teamun bila kulit muka kering ? Baguskah ?

by - Jumaat, Mac 19, 2021


Ni muka aku berpeluh dek kerana baru lepas siap pakaikan tudung si anak dara bersiap untuk ke sekolah. Ada nampak tak kulit muka aku kering ? Haaa, tak nampak kan ? Sebenarnya agak kekeringan jugak ni. Camana aku tau ? Aku tau laaaa... Aku tak pernah guna pelembab. Kalau ada pun dulu, tak sesuai dengan kulit muka aku yang berminyak. Sekarang ni kelihatan tidak berminyak sebab aku jaga makan dah. Eceh.. 

Ada banyak produk pelembab kulit muka di luar sana. Aku ni lelaki. Kulit muka berbeza dengan kulit muka perempuan. Hormon yang membezakan gitu. Haaa.. Tapi aku mencari produk yang mana lelaki dan perempuan boleh gunakan. 

Tadaaaa.. 

Ada kawan syorkan ni. Satu produk berasaskan alam semulajadi gitu. Guna rumpai dan teamun. Aku suka la. Kan aku aku suka bedal ulam ulaman  sejak sejak umur dah lebih 30 ni. Hehehe.. Orang kata , bagus untuk dalaman. Dan luaran juga bagus jika ada ada produk yang sesuai ! Nah... kan dah ada..



 Sesuai kah ? Aku baru guna 2 kali.. Kali pertama pakai serum dia , pergh.. segarnya !  Zahra tengok aku pakai.. Aku kata la..

 " Daddy tiru cam citer Korea tu la.. Tengok diorang dalam tu. Cantik jer, kan ?". 

Wife nampak dan berminat. Dia tanya harga berapa ? Eleh... Nak guna gak la tu. Nampak gayanya aku kena beli lagi satu set la ni. Apa yang pasti bila aku pakai , terasa pedih di satu dua tempat. Kenapa pedih ? Tu tandanya bahagian kulit kering dan perlukan rawatan. 

Ok.. aku baru pakai sehari ni. Tunggu seminggu eh. Nanti kita tengok perubahannya. Aku cerita lebih details kalau produk ni bagus ! Heee.. kat mana mau beli dan berapa harganya. Ok ? Apa apa.. kasi abang kacak sorang sorang dulu. Korang jadi pemerhati dari jauh, dah la..

You May Also Like

4 comments