Jom sertai Projek Infaq Ramadhan 2021 Untuk Rumah Kebajikan Dan Frontliners Bersama Dapur LAPOWEY

by - Isnin, Mac 15, 2021


Ramadan bakal menjelma. Ramai mesti nak mencari pahala berganda ganda. Pelbagai cara Allah dah berikan pada kita , kan ? Antara paling mudah ialah belanjakan harta kita pada jalan yang diredhai Allah.  Apa kata , kita serta Projek Infaq Ramadan bersama Dapur LAPOWEY. 

Ketika team blogger #KBBA9 dipelawa mereka , secara jujurnya aku seronok la. Dapat gak la menyumbang kebaikan gitu. Dan paling beruntung dapat merasa masakan mereka. Pergh... Bila diorang cerita mengenai projek ni. paling mengiurkan adalah masakan mereka. Memang power tu la..  

Maka , perbincangan mencapai kata sepakat..blogger diminta merasai menu menu yang bakal mereka sajikan pada para infaq nanti. Yakni jika ada individu atau syarikat berminat untuk berinfaq melalui mereka , inilah makanan yang bakal disajikan. 

SubhanAllah ! 

Sedap sungguh laaa ! Walaupun makanan tu sampai ke tangan aku petang harinya , sedikit pun tak mengurangkan rasanya. Dengan panasnya nasi , kuah... kesegaran kurma dan sayur-sayuran yang digunakan , ternyata mereka yang berinfaq  pasti tidak akan kecewa.

Bukan apa.. adakalanya ada jer 'isu panas' mengenai makanan yang disumbangkan pada bulan Ramadan. Aku rasa korang pun ada pengalaman mengenainya, kan ? Sekarang ni tak perlu risau dah. Memang ada banyak catering di luar sana tapi yang  disyorkan ini punya berpengalaman serta mempunyai chef chef yang padu ! Dapur LAPOWEY amatlah sesuai untuk Projek Infaq Ramadan kali ni.

Ini contoh makanan yang aku dan rakan rakan blogger terima. Aku dan wife dah rasa. Wife pun kata dia teringin nak berinfaq kalau makanan sedap begini ! Huhuhu.. Alhamdulillah. Moga diberkati Allah. 



Bagaimana untuk membuat infaq makanan dengan pihak Lapowey ?

Mudah je.. Pihak peng’Infaq atau penderma hanya perlu membuat tempahan kepada pihak Lapowey mengikut menu yang ada beserta kuantiti pax yang diperlukan.
  • Terdapat 6 menu pilihan yang sangat sedap.
  • Minima tempahan adalah sebanyak 100 pax
  • Setiap set menu datang dengan sebotol air mineral dan kurma yang berkualiti.
  • Harga set bermula dari serendah Rm8.
  • Tempahan awal adalah digalakkan.
Selepas tempahan disahkan, pihak dapur Lapowey pula akan masak dan seterusnya membuat penghantaran secara kepada rumah-rumah kebajikan terpilih atau yang di pilih oleh para peninfaq atau penderma itu sendiri.
Penghantaran mkanan adalah PERCUMA untuk kawasan sekitar Lembah Klang Sahaja. Untuk urusan penghantaran di luar Lembah Klang , pihak peng'infaq boleh berbincang  dengan lebih lanjut bersama pengurusan Dapur Lapowey. 

Kemudian , pihak Lapowey akan memuatnaikkan bukti kepada pihak penderma dan ke media sosial ( tanpa mendedahkan butiran maklumat penderma ) bahawa infaq makanan telah selesai disampaikan bagi pihak penderma.

Oh ya.. kalau rasa nak tempah dan buat infaq sendiri terutama untuk  pengurusan syarikat sendiri ke atau pekerja pekerja sendiri.. pon amatlah dialukan sama sekali. 

Di bawah ni , adalah menu pilihan untuk Infaq. 


Sticker di bahagian atas  bekas makanan.
 

Untuk info lanjut atau kiranya berminat , boleh terus hubungi mereka di : 


Facebook : Lapo Wey
Office : 03-77341278
Call/Wasap Person Incharge :


SEMOGA ALLAH BERKATI INFAQ ANDA ! 
TERIMA KASIH



You May Also Like

9 comments

  1. Nina dah rasa air tangan Dapur LapoWey ni dan serius memang sedap! Yang sedap laaa kita infaq kannn? Baru betul-betul puashati menderma 👍

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. Memudahkan urusan bagi mereka yag berhajat untuk berinfaq makanan di bulan Ramadan..

    BalasPadam
  3. Tgk entri ni rasa lapar la pulak.. Nampak sedap semua menu2 dia ..

    BalasPadam
  4. Memangs emua mneu sedap..alhamdulillah ad aprojek macam ni, mudah orang nak berinfaq

    BalasPadam
  5. Memang bagus projek infaq macamni, sekurang2nya boleh bantu org yg memerlukan

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah. family da rasa. sedap depa kata ^_^

    BalasPadam
  7. Cara mcmni lebih memudahkan urusan mereka yg ingin berinfaq. Alhamdulilah

    BalasPadam
  8. Teringin plak nk rasa daging salai masak lemak tu...

    BalasPadam
  9. alhamdulillah.. nk sedekah infaq menu mestilah sedap.. mst ramai penderma akan pilih lapowey sbb menu dia mmg nampak pun sedap..

    BalasPadam