Kenapa aku pilih Galaxy Buds Pro ?

by - Isnin, Mac 22, 2021

Aku ambil masa yang cukup lama untuk dapatkan Galaxy Buds Pro ni.  Dalam kepala aku, ada beberapa jenis yang jadi pilihan. Antaranya Jabra , Bose , Sony , Sennheiser dan Powerbeats. Semua ni best best dan ada kelebihan masing masing. Tapi akhirnya aku pilih Samsung Galaxy Buds Pro kerana beberapa faktor. Paling utama , aku dah memang guna Samsung Galaxy Note 20 Ultra. Maka , nak sesuaikan dengan software yang sedia ada. Dan silver jadi pilihan sebab lebih 'jantan' berbanding warna lain. Hitam ? 'Biasa' sangat dah. 

Sejujurnya , bukan mudah aku nak buat pilihan membeli earbuds ni ! Aku ada dah satu. Dan aku bukanlah pengemar muzik pun. Zaman muda dulu , ye la. Tapi dah berusia begini , kurang nak layan melainkan dalam gym dan dalam kereta.  Tu pun layan rock kapak. Lagu lagu zaman ni , kureng masuk dengan telinga aku. Hahaha.. Semua orang gitu kot ? 

Kenapa earbuds ? Bukan headphone ? Earphone ? Ok.. aku dah guna semua. Earphone , korang pun tau kenapa kan ? Leceh dengan wayarnya. Headphone ? Terlalu menekan kepala aku. Dan sangat mengacau aku dalam gym. Akhirnya aku pilih earphone jer. Senang dan mudah.  

Earbuds.. paling syok bila nak jawab telefon. Nak buat video call , berzoom.. sangat mudah ! Suara clear dan mereka yang dengar pun jelas jer. Tu yang sebenarnya aku nak guna earbuds ni. Dan ketika di dalam gym, aku nak dengan dunia aku sendiri. 



Ketika aku dah buat keputusan untuk membeli earbuds, tiba tiba ternampak banner ni bersiaran di Twitter. Alamak ! Camana ni ? Tapi kita tau.. segalanya boleh memudaratkan jika kita berlebihan ! Nah.. begitu juga dengan earbuds. Pandai pandai kita kawal.  Dengar dengan nada yang rendah, had masa penggunanya, cukup la antara 40 mini-1 jam dalam satu satu masa. Rehatkan telinga dalam jangka masa tu gak. Jangan berterusan. InshaAllah , ok telinga. 

Dan paling penting.. kalau mampu , dapatkan yang berkualiti. Sangat berbeza dari segi bunyi. Maka telinga pun tak sakit serta tapisan bunyi pun lebih baik. 


Puashati ! Dari sudut bunyi, microphone , bateri dan kualiti. Boleh kena air. Maksud aku boleh bawa masuk bilik air mandi bersama sama. Hahahaha.. Dan jangan risau kalau korang nak berborak masa guna. Ada pilihan penggunaan. Bila korang bercakap , automatik dia akan turunkan volume.  




Kelebihan Galaxy Buds Pro ialah NC atau Noice Cancellation

Galaxy Buds Pro ini mempunyai fungsi active noise cancellation yang mana pengguna dapat beralih ke ambient mode dengan senang, terutamanya semasa korang ingin mendengar muzik atau bercakap. Apabila ambient mode dihidupkan, suara di sekitar korang akan kedengaran degan jelas tanpa diganggu oleh bunyi muzik yang sedang berkumandang. 

Galaxy Buds Pro mempunyai output audio Dolby 360 ° dan dilengkapi dengan unit pemandu 11mm yang disesuaikan dengan AKG dan 3 mikrofon. Peranti ini dapat mengurangkan bunyi angin dan menyekat hingga 99% kebisingan luaran melalui 3 mikrofon untuk memberi prestasi kualiti suara stereo dan pengalaman panggilan yang baik. 

Oh ya.. part air ni yang selalu jadi isu. Kang ada yang gi berendam dalam laut . Memang ianya  ada IPX7 dan mampu direndam dalam air yang kedalaman 1 meter selama 30 minit, tetapi tidak digalakkan sama sekali  untuk kegunaan di pantai ataupun dalam kolam renang.


Cara guna yang mudah. Boleh diubah ikut kemahuan kita. Tapi asasnya seperti dibawah ni..
  • Tekan sekali untuk mainkan / hentikan lagu
  • Tekan dua kali untuk mainkan lagu seterusnya; jawab/ tamatkan panggilan
  • Tekan tiga kali untuk mainkan lagu yang sebelumnya
  • Tekan lama aktifkan pengurangan bunyi/ ambient mode; tolak panggilan masuk



Untuk keselamatan, dapatkan casing  begini di Lazada. Kalau terlepas dari tangan.. tak la risau rosak bagai ! Heheheh.. Penting menda alah ni ye... Maklumlah , kecik kan ! Dok keluar masuk dari poket atau beg kita. Risau lak.. 

Dan kalau diletakkan dalam beg , siap ada tangkai tu yang boleh disangkutkan.



3 hari guna... aku amat berpuashati. Aku kasi wife try yang mana dia bukanlah peminat gajet ni.. dan dia kata sangat sedap sound terutama masa dok buat kerja rumah. Hahaha.. tak sedar masa berjalan. Buat kerja sambil layan ceramah agama. Huhu.. 

Oh ya.. aku beli kat SenHeng jer. Ambik bayaran ansuran mudah jer. Hahaha.. Saja jer. Malas nak bayar tunai gitu terus. Guna duit blog jer. Lagi pun, di SenHeng ni mudah. Kalau ada masalah, gi kasi diorang jer suruh settlekan ! Aku malas orangnya. Hahahaha..

You May Also Like

3 comments