Mereka semua kembali ke sekolah !

by - Isnin, Mac 08, 2021



Hari 'bersejarah' ! Walaupun lewat , tapi mereka berjaya juga kembali bersekolah. Penat dah nak bersekolah secara online. Ternyata, belajar secara online tidak mampu beri kepuasan buat mereka yang dahagakan ilmu. Kena gak bersua muka ! Alhamdulillah.. 

Qhaliff , sekolah pagi. Aku ingatkan dia akan liat nak bangun memandangkan dah lama tak bangun pagi. Kalau bangun subuh pun , sambung tidur pastu. Huhuh.. maklumlah, tidur lewat !Walaupun ada amik kelas online di sebelah malam , ternyata ke sekolah juga memberikan kepuasan tak terhingga. Mungkin dapat jumpa kembali kawan kawan.. kan ?

Qhaliff di Tahun 3. Cepat benar masa berlalu. Banyak ketinggalan juga. Nasib baik ada kelas malam bersama Flyhigh Training Centre. Semua subjek dia belajar termasuk juga Kelas Tahfiz. Bagus ustaz yang mengajar tu. Suka benar Qhaliff kalau kelas Tahfiz tu. Tak segan segan nak menonjolkan diri. Jauh benar beza dengan aku. Hahahaha.. 


Anak anak dah kembali ke sekolah. Semoga Allah lindungi mereka. Mak pak lak, tugasan bermula. Awal minggu pertama , SOP ke 'laut dalam' tapi diperbaiki hari demi hari dan akhirnya , pada Jumaat lepas.. nampak la lebih teratur ketika nak menjemput pulang anak anak. 

Tugas aku.. hantar dan ambil Qhaliff dan Zahra. Kalau pagi tu, nasib baik wife boleh hantar sekali pastu terus ke pejabat. Aku boleh la tenang tenang di rumah. Huhuh.. Takda plan nak hantar ke KAFA lagi sebab nak kurangkan risiko terdedah pada Covid 19. Maka amik je kelas online bersama FlyHigh. Terpaksa ! Bukan sebab takut tapi tak nak kita jadi punca pada rantaian. Huhuh.. Semoga Allah ampuni aku. 

Zahra dah selesa di sekolah. Dia kata kawan dia ada seribu dah ! Hahaha.. Dah mintak mak dia belikan sticker untuk diberikan pada kawan kawan. Pandai main 'gula gula' dah yer. Aariz ? Mamat tu , tak masuk tadika lagi. Tahun depan je la. Nak hantar tadika swasta , tak berkemampuan buat masa ni. Huhuh.. Hantar tadika biasa, jauh sangat dari rumah. Dah daftar pra sekolah di sekolah abang dia dah. InshaAllah, kalau ada rezeki.. ke sana la dia. 


You May Also Like

4 comments

  1. Back to school Qhaliff!
    Belajar rajin rajin semoga dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Chewah... Ayat typikal kannn? Hehe.. But im mean it.

    BalasPadam
  2. Pra sekolah di sekolah abang dia pun ok. Pendedahan awal suasana sekolah sebenar buat dia. Mohon je Ben. Mana tahu ada rezeki untuk Aariz.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah semua dah kembali ke sekolah. Ayah Ibu pun tukar profesion pula ye..hihi

    BalasPadam