Murid murid kena tanggalkan pelitup muka di dalam kelas ?
Ada cerita dari sang burung.. katanya murid murid di dalam kelas kena tanggalkan pelitup muka atau face mask ketika pembelajaran. Ada ibu bapa cam terkejut gitu ! Kenapa kena tanggalkan ? Bukan ke kena pakai dalam kelas ? Aku tanya Zahra gak. Dia kata yer. Pas abis kelas, pakai la semula.
Hurm.. awalnya aku pun terkejut tapi bila teringatkan akan SOP yang ketat di sekolah, maka aku percaya cikgu lagi arif bab ni. Murid dalam kelas. Dah jarak antara satu sama lain. Ada pengudaraan. Tingkap pintu terbuka. Bukan dalam aircond pun. Buka pelitup , tujuan untuk berinterasi dengan murid murid. Baru nampak sapa yang kasi perhatian pada pembelajaran. Kan kan ? Dan cikgu pun mesti mengajar dengan menjarakkan diri dari murid murid. Mereka tahu akan risiko bila dekat dengan murid murid. Kan kan ? Rileks la..
Risau ? Dah tu yang kita bawa anak anak gi makan kat luar tu camana lak ? Time makan , bukak gak pelitup muka tu. Tak risau ? Sama je la konsep dia. InshaAllah ok. Jika berlaku kes Covid 19 , dan ada kluster .. jawapan dia satu jer ! Tak ikut SOP !!
Untuk keselamatan tambahan , nah.. aku suruh Zahra pakai face shield ni kat sekolah hari ni. Dia kena jaga la. Masa bukak pelitup muka tu , pakai face shield ni. Haaa, senang gitu ! Kena kasi dia paham betul betul bila nak pakai benda ni dan pastikan simpan kembali selepas guna. Anak dara , aku tak risau bab kekemasan. Diorang jaga barang memang baik baik berbanding lelaki.. kan ? Hahaa..
Ini penyelesaian yang ada buat masa ni. Segalanya terletak pada mereka untuk jaga keselamatan diri. Kita sekarang dah kena hidup dalam Norma Baru. Biasakan...
Shoppee dan Lazada ada jual. Murah jer. Kalau nak beli, order banyak terus. Leh jual kat orang gak. Hahahaa..
7 comments
hanya berdoa je la
BalasPadamMoga selamat selaluu.. Amin
BalasPadam
BalasPadam後宮視訊-國外免費視頻秀聊天室
mfc視訊-午夜免費視訊聊天室
showlive視訊聊天網-視頻啪啪免費聊天室
韓國視訊-台灣甜心女孩聊天室
日本視訊-大秀聊天室
line視訊-午夜聊天室大廳
玩美女人影音秀-同城聊天室
9158虛擬視訊-能看啪啪福利的直播app下載
show live影音視訊網-ut視訊聊天室福利視頻
showlive影音視訊聊天網-聊天室福利在線視頻
harap convid-19 berjaya hilang
BalasPadamSmart seyhhh face shield Zahra. Nanti nak usha gak laaa
BalasPadamGood idea.
BalasPadamdia pakai face shield tu masa pakai tudung boleh ke..tu kan macan spek
BalasPadam