Nak buat apa dengan tanah lapang sekangkang kera pun tak sampai ni ?

by - Khamis, Mac 11, 2021



Sebelum ni , tanah lapang ni memang aku biarkan gitu jer. Aku memang tak nak usahakan sebab bukan tanah aku. Hehehe.. Kang dah buat cun cun , datang Majlis.. panjang ceritanya. Maka aku biarkan je la gitu walaupun jiran jiran aku , hisai dengan cantik sekali. Jeles gak tengok tapi tak pe la.. Huhu.. 

2 tahun lepas.. rasanya la. Masuk penyewa baru di sebelah rumah aku. Pakcik dan makcik ni baik la orangnya. Anak anak pun dah besar panjang. Pakcik ni macm arwah ayah aku. Dia rajin la usahakan tanah kosong ni. Depan rumah dan seberang jalan. Macam macam dia tanah ha... Huhu. Teringat arwah ayah aku yang pernah suruh aku usahakan je tanah atas tu. Tapi aku malas. Hee. Macam aku kata la.. bukan tanah aku pun.. 

Awal tahun ni , jiran aku tu berpindah. Depan umah aku ni penuh dengan pokok Ulam Raja. Dia yang usahakan. Tapi dia kasi la aku amik makan kalau nak. Bayam Brazil pon banyak dia tanam. Bila dah pindah , takda  orang jaga. Maka matilah pokok pokok tu. Aku jaga ? Tak sempat dik.. Huhuh.. Urusan dunia banyak. Kuku kaki pun tak sempat potong kekadang tu. Ok tak alasan ? 

Bila dah mati pokok pokok tu, jadi macam gambar pertama tu la.. Hurm.. Sapa la nak bersihkan eh ? Hahaha.. Kang aku bersihkan, masuk jiran baru.. dia bercucuk tanam lagi. Adeh la... Ikut hati aku, nak aku simenkan jer. Pastu letak kerusi meja. Boleh lepak santai petang petang.  Tapi macam aku kata la.. bukan tanah aku weh ! Huhuh.. 

Setelah berminggu aku memikirkannya.. pagi ni, aku rasa dek kerana ada kucing berak kat situ.. berbau baek punya ! Aku kasi bersih segalanya. Tuu dia, dengan aku berpuasa ari ni.. aku buat kerja tu ! Nasib baik ada jiran punya cangkul. Berbekalkan pengalaman masa kecil dulu menyangkul bersama arwah ayah. aku kasi buang segalanya. Ni baru pusingan pertama ! 

Ada beberapa perancangan dalam kepala aku ni. Pertama , nak letak rumput carpet jer. Tapi bila kosong gitu, wife aku mesti mengelupur nak letak pasu bunga bagai ! Huhhhhh.. Kang aku gak susah. Kena uruskan. Nehi , nehi ... nehi ! 

Kedua.. Tanam kelapa sawit ? Dapat gak buah dia. Haaa ! Durian ? Atau tembikai ? Nanas ? Mengkuang ?  Daun pandan aku tak nak.. nanti dia membiak banyak sangat.. pastu risau lak ada yang bertapa di dalam tu. Huhuhu.. Pokok ketum ? Pakalolo ?? Adeh laa.. hahaha. 

Atau buat macam jiran aku.. letak je batu bata kat situ.. Senang ! Nak uruskan pun senang. Haaaa ! Menarik gak gitu. Pastu tanam pokok Cherry Blossom. Terasa cam kat Jepun gitu. Atau Sakura ? Sekuntum pun jadilah.. Leh nyanyi lagi Sekuntum Bunga Sakura di Taman Mawar. Gituuuu ! 

Tah la nak.. yang penting , mata aku dah lega skit. Cuma bau taik kucing tu masih ada lagi ! Huhh ! 

You May Also Like

4 comments