Pantas tapi seller di Lazada ni , tidur lak !

by - Isnin, Mac 29, 2021

Sandal aku beli tahun lepas ketika berPKP di Kelantan, dah haus dan nak dah nak rosak. Aku kena tukar sebelum dia 'makan' aku. Ada sekali dua dah aku tergelincir bila berjalan di permukaan yang licin. Sandal ni bagus.. Kalau tapak dia ok, memang mencengkam la. Ringan dan tahan lasak. Memang sandal kesayangan la gitu.. 

Puas mencari di kedai kasut.. design tutup jari ni ! Takda. Tak suka pakai yang jari terbuka. Kenapa ? Paling utama ialah keselamatan. Dah berberapa kali aku terjatuhkan benda berat atas kaki aku ni. Nasib baik sandal aku pakai ni, lindungi jari. Kalau tak, mau menjerit keayuan aku dah. 

Tiba tiba aku teringat Lazada. Kenapa laaaa aku tak order je kat Lazada ?? Terus aku amik gambar kasut dan search di Lazada. Jumpa ! Tuu dia. Sekejap jer. Terus beli senyap senyap. Kalau bagitau wife, kena bebel la jap.. 

" Pantang laaa duit tu ada dalam akaun. Ada je benda nak membeli ! " kata dia walaupun belum berkata kata lagi. Tapi korang pun paham paham je la... Perempuan kan ! Hahahaha.. 

Aku beli terus. Tapi terhenti di bahagian SIZE ! Aaaaalamak , kaki aku size berapa eh ? 8 ke 9 ? 42 atau 43 ? Adooilah... camana eh ? Nak ukur , takda pita pengukur lak. Haish.. ARi tu beli selipar KAPPA kat KipMall , aku amik size 43. Tapi takkan nak amik size tu kot ? Sebab selipar tu besar skit. Seingat aku, sandal aku beli ni size 42.. er , ke 43 ??? 

Ah.. lantak la.. aku tekan 42 ! Sebab dia ni jenis mudah kembang.. maka ketat skit ok kot ? Huhuh.. Ke ketat sangat lak nanti ? Lantak laa..


Dah settle buat bayaran.. aku berubah fikiran ! Nak tukar size 43 la ! Hahahaha.. Kalau besar sangat , aku kasi anak buah aku je la..Kalau muat, tu rezeki aku la... Huhuh.. Dan aku klik bahagian Chat. Sapa seller.. Tapi tak berbalas. Kemudian aku tanya dia boleh tukar size ke tak ? Tak baca pun ! Biasanya kalau aku confirm belian , akan pantas jawab si seller tu. Tapi yang ni... krik krik krik je bunyinya ! 

Hari berlalu hari.. Tau tau dia dah pos barang ! Huk Alohhhh... 

Selang beberapa hari.. sampai dah sandal aku. Aku test pakai. Hurm.... Memang cukup cukup dengan kaki aku ! Kalau aku amik 43 , memang besar la skit. Tak cantik la pakai. Nampak macam maskot McDonalds lak nanti aku. Hahaha.. 

Hikmah seller tak jawab. Tapi tak patut gak la.. Seller kena jawab. Mungkin boleh nasihat kita skit. Tak boleh tukar pun , aku tak kisah.. Tapi sekurang-kurangnya.. baca dan jawablah ! Ni memang pertama dan terakhir lak aku beli kat seller ni. Pasni beli kat seller lain.

Tidur eh ?


Sandal yang sama. Ni masalah aku. Walaupun punya macam macam  jenis kasut di dalam Lazada , aku tetap beli yang sama.. Hehehe..Tak happening tul aku ! Hahahahah.. 

You May Also Like

1 comments

  1. pakai je asal suka, ni design sama mcm crocs .. cuma nipis sikit kan tapak dia?

    BalasPadam