RUMPAI & TIMUN , khas untuk wajah anda !

by - Selasa, Mac 23, 2021

Masalah kulit kering pada wajah aku ni, lama dah. Bukan tak cukup air tapi malas nak jaga muka ! Bila aku tengok drama Korea , baru aku paham. Hahaha.. Patutlah muka ayu semacam jer. Operation tu aku tau la. Mekap tu pun aku tau tapi memang diorang ni jenis jaga muka. Kalau pergi Korea tu, premis jual produk kecantikan ni , bersepah ! Kau nak atau tak nak jaga muka jer ! 

Bukan aku tak nak.. tapi leceh ! Hahahaha. Banyak prosedur bagai. Aku nak cepat. Masa itu emas bagi aku. Eceh.. Tapi betul la.. lepas mandi , terus nak buat kerja. Tak sempat nak ngadap cermin. Kesannya.. korang boleh nampak la macam dalam gambar di bawah ni. Tanah kering ! Gitulah. Boleh nampak juga pada gambar seterusnya. Bagaimana rupa tapak tangan aku tu ! Kering bagai !! 

Ok.. sekarang aku nak try guna produk Rumpai & Teamun ni. Aku memang lebih ke arah penggunaan produk alam semulajadi ni. Kita pun dah sedia maklum akan kelebihan rumpai laut ni. Memang bagus jika diamalkan selalu. Yang Teamun tu , timun la. Hehehe.. Tak kenal timun ? Huhuh..

Nah.. aku dah cuba beberapa hari produk Rumpai & Teamun ni. Ternyata ada perubahan pada raut wajah. Terasa lebih lembab berbanding sebelum ni , yang kering dan mengelupas. Nampak sembap pun yer gak. Huhu.. 




Rumpai adalah serum gel jernih yang diformulasikan menggunakan nano ekstrak rumput laut atau rumpai bersaiz phytosome yang sangat ringan dan mudah diserap untuk memberi kesan optimum pada kulit wajah si pemakai.

Ia digabungkan dengan minyak grapeseed  yang kaya dengan mineral semulajadi  yang membantu melembapkan kulit agar kelihatan  lebih cerah dan sihat. Penggunaan RUMPAI setiap hari mampu memberikan impak pada kulit agar kelihatan lebih segar dan bersinar. Maksudnya sihat la tu ! Takda la kusam tak bermaya. Giteww ! 

Teamun Face Mist yang digabungkan bersama Rumpai dalam set ini pula bertujuan  untuk menyegarkan dan melembapkan wajah terutamanya  ketika kulit kering dan kusam apabila terdedah terlalu lama pada cahaya. Teamun juga  bagus digunakan selepas anda membersihkan  muka anda dari penggunakan alat solek dengan mengembalikan keseimbangan PH kulit. 

Diperkayai dengan Teh Hijau atau Green Tea, timun dan ekstrak rumput laut yang kaya dengan antioksidan utuk membantu menjadikan kulit si pemakai lebih licin dan lembut dengan kesegaran serta  wangian timun. Air hazel membantu kulit untuk kelihatan lebih sihat.

Gabungan RUMPAI & TEAMUN akan memberikan yang terbaik pada kulit wajah , mencerahkan , antioksidan , melambatkan penuaan pada wajah dan menghidratkan. 


Selepas guna 2 hari , kelihatan kulit di tapak tangan mula kembali lembap. Saja buat contoh di tapak tangan sebab kalau di muka, tak nampak sangat. 


Cara guna , mudah jer.. Sangat mudah. Tak perlu nak guna kapas bagai. Atau orang luar nak buatkan. Sendiri je buat dan tak sampai 30 saat, selesai ! 

RUMPAI - Bersihkan tapak tangan anda terlebih dahulu. Muka tu pun mesti dibersikan dulu yer. Kemudian pam jumlah yang secukupnya ke atas telapak tangan. Gosokkan dengan perlahan lahan ke wajah korang. Ratakan ke seluruh wajah. Gunakan setiap pagi dan malam. 

TEAMUN - Tutup mata dan semburkan sedikit ke wajah anda setelah anda membersihkan wajah atau gunakan je bila muka terasa letih dan lesu. Juga boleh dijadikan sebagai toner. 


Senang je kan ? Tunggu apa lagi ? Jangan tunggu kering dan merekah baru nak guna. Kang nyesal lak. Huhuh. 

Info lanjut : 

Instagram : RumpaiTeamun
Whatsapp : 011-11883357

You May Also Like

3 comments

  1. Alamak... Cam dah tergoda laaaa
    Cam best jer produk ni. Packaging pun menarik, simple senang digunakan. Aiseymennn... Kena bodek geng ni

    BalasPadam