Tercapai cita cita aku !

by - Jumaat, Mac 12, 2021



Ingat lagi ketika aku kecil dulu. Pergi sekolah , naik bas sekolah Uncle Lim. Jam 6 pagi , berkesejukan di depan bas sekolah beratur nak naik. Mak menemani aku. Ketika tu, aku di darjah 1.  Yer, aku naik bas sekolah Uncle Lim sehingga darjah 3. Kemudian kami berpindah ke kawasan flat berdekatan.  Arwah ayah amik tanggungjawab mengambil dan menghantar aku pula. Kemudian adik adik aku mula bersekolah.. 

Tidak lama kemudian , arwah berhenti kerja dan mula memulakan perniagaan bas sekolahnya.  Dan aku serta adik adik, dia dan ibu aku menghantar sehingga depan sekolah. Malu ? Giler. Bangga apaa ! Orang lain naik bas awam.. jalan kaki tapi aku mak ayah yang hantar. Satu memori buat aku. Dan aku berazam untuk hantar anak anak aku sendiri ke sekolah. Biar ada satu ikatan unik di situ.

Sampai waktu aku pula bersama anak anak. Bermula dari Qhaliff. Dia di tahun 1 lagi , aku dah amik dan hantar dia. Sekarang Tahun 3 dah dia. Zahra di Tahun 1. Aku dan wife sama sama pikul tanggungjawab. Hantar dan menjemput mereka pulang. 

Penat tu memang penat. Sebab bermula dari pagi hari hingga ke petang. Dalam pada tu , aku kena juga cari duit untuk famili. Huhuh.. Pastu malam, selesaikan anak anak dulu sebelum ke gym. Tu pun dah mula selang selikan hari jer. Heeee.. Terpaksa gi gym untuk pastikan badan kekal fit. 

Sampai bila nak macam ni ? Selagi aku , aku buat. Itu je memori terindah yang boleh aku berikan buat anak anak. Nak bawak melancong , tak berkemampuan lagi. Huhuh.. InshaAllah satu hari nanti.  Yang pastinya, hajat aku tercapai sudah. Aku nak hantar anak anak ke sekolah.. sendiri !


You May Also Like

4 comments

  1. Sampai sekarang masih segar dalam ingatan dan bayangan PC mama setiap hari kayuh basikal hantar PC dan ambil PC dari sekolah. Macam mana babah setiap hari usahakan waktu dia pergi kerja boleh sekali boleh hantar PC pergi sekolah. Dan sampai sekarang PC selalu ucap terima kasih pada banyak hal yang babah mama lakukan untuk PC. Bila PC sebut satu-satu mesti babah mama nangis mungkin mereka tak sangka PC ingat semua. PC selalu cakap dengan babah dan mama minta doakan PC jadi anak babah mama yang paling solehah. Abang ben dan isteri selagi boleh cipta hal indah dengan anak-anak, buat je sebab nanti ianya jadi memori paling bererti dan manis untuk mereka.

    BalasPadam
  2. samalah ngan saya - selagi ada kudrat, saya nak hantar dan jemput anak-anak ke sekolah sendiri. Nanti bila badan dah sakit-sakit atau usia tak panjang, tak dapat dah nak berbakti pada anak-anak

    BalasPadam
  3. bagus aben.. semoga selalu murah reeki untuk bahagiakan anak-anak

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. semoga anak2 lebih menghargai susah payah kita mak ayah hantar dan ambik diaorang kat sekolah. Semoga kasih sayang bertambah antara ben dan anak anak.

    BalasPadam