Apakah mereka terpaksa cari makan dengan bikin lagu dangdut ??
Adeh.. ni member aku la yang post kat group wall ! Bikin lawak tul laa... Tapi teror gak dia buat editing.. Hahaha... Sejibik !
Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12][13][14][15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26][27][28][29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40][41][42][43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
Episod [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] ..
" Egonya diaa !! Aku tak sangka dia seego itu ! Takkan aku nak kena bagi sejambak bunga dan coklat kot untuk pujuk dia ? Dah seminggu aku tak nampak muka Adawiyah kat kolej.. Kot yer merajuk pon berpada-pada la.. Kang aku cari spare part kanggg .. Haaa ". Syaitan mula meracuni hati aku.
" Bertenang Ben ! Update blog lagi bagus ! ". Aku terpaksa pujuk hatiku sendiri. Kala ini aku teringat lagu Madu 3 nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee..
Sepi ..
Malam ini ..
Tiada bintang ..
Tiada bulan ...
Suara unggas cuma ..
Kedengaran ..
Sepi ..
mata ini..
Sukar dilelapkan ..
Apakah rindu ..
Menjemput kalbu ?
Aku pasrah ..
Mengapa ..
Sukar memaafkan ?
Jika ada cinta ..
Jika ada sayang ..
Apakah itu sekadar duga ?
Aku ..
Cuma insan ..
Menagih cinta ..
Dari dia ..
Yang menagih kasih ..
Kau ..
Aku..
Kita sama ..
Biarkan berlalu ..
Rindu datang bertalu ..
" Siap ! Haih .. Takde komen kah ? Lama tak check komen blog lama aku neh ! ". Bisik hati kecilku ..
" Eh ... Ada ! Warhhhhh.. Dari si dia yang ku nanti... Hurm ... ".
" Hah ??? Apakah maknanya ? Rindu pada aku atau entri aku ? ". Di sana menanti , di sini menunggu .. Apakah ini tandanya aku akan berlaku curang ? Perlukah aku cerita pada Adawiyah ?? ". Aku mula keliru ..
Alhamdulillah .. Aku bukan anti filem Melayu tapi kalau boleh , biarlah filem yang punya nilai-nilai yang baik untuk diterapkan. Walaupun realitinya akhlak penduduknya di negara kita ni , kita sedia maklum tapi jumlahnya tak besar .. Namun jika 'mereka' yang punya medium untuk membanteras serta 'mendidik' masyarakat ke arah yang lebih baik , mengapa tidak gunakan saja ? Jangan fikirkan keuntungan semata-mata.
Sekali lagi , syukur pada Allah .. dua pengarah tersohor di negara kita telah menyambungkan pengajiannya untuk memajukan industri perfileman negara .. Harap pasni takde dah cerita cerita 'ketawa kosong' dah .. Rujuk SINI ..
Berbalik pada isu Hantu Bonceng tu , nampaknya Pemuda PAS telah mengeluarkan kenyataan mereka ..
" Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa, justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan,"
Nak sangat ada bijak pandai agama bersuara , maka ada dah bersuara .. Ni yang kedua la.. Semalam Ustaz Idrus dah keluarkan pendapatnya ... Baca lanjutan di SINI .... baca sekali komen tau... mmg best komen di situ.. heheeh..
Ops.. tiada agenda politik disini ... Cuma 'pening' dah tengok filem yang GADUH HANTU GADUH HANTU ! Inikah yang nak ditonjolkan pada negara luar yang mana negara kita ni penuh dengan hantu dan gangster ? Realitikah ? Mmg pon .. mana mana pon ada tapi sampaikan dalam bentuk yang lebih bijak ! Camana ?? Loh , aku bukan pembikin filem.. Aku cuma seorang penonton yang masuk panggung dengan duit sendiri ...
Terkedu.. tu je aku leh kata .. Bila tengok pasangan dia , cun.. Tapi tengok yang perempuan serupa lelaki tu pulak , pon cun .. Kira sama sama cun la.. Gamaknya kalau boleh keluar anak , mesti kacak kan ?
Tapi , terimalah hakikat .. Ada syurga .. Ada neraka.. Keduanya milik Allah wahai si cun .. Ada yang kata ; " Ala , nanti taubat la.. " .. Atau berkata begini .. " Dah naluri begini.. " dan banyak lagi alasan ..
Aku ni bukanlah ulamak yang punya ilmu agama setinggi gunung tapi aku nak bagitau , jadilah manusia yang normal .. Punya isteri , bakal punya anak (insyaAllah) malah keluarga serta kawan pon tidak memandang serong pada hubungan yang halal ini ..
Pengkid .. kalau korang ubah perwatakan , cara pemakaian.. Orang tetap kenal asal usul korang tu .. Aku tau korang tak kisah .. Tapi kesian kat keluarga tu ..
Aku dah tengok 2 budak pengkid sama umur dengan aku .. Sampai sekarang tak keruan hidupnya .. Masa muda dulu , bergaya.. Awek silih berganti.. Pastu bergaduh pasal cemburu tak kena tempat.. Main gaduh jer.. Manis kejadahnya.. Dah sama sama perempuan.. Sama sama punya naluri yang sama .. Apa kemendanya yang sedap ?? Syaitan la yang sedap .. Teman dia ikuti jalan ke neraka.. Aku tak kata confirm yer .. Tapi ke arah sana ..
Cuba fikir masa depan.. Yang adik adik dok ber'cinta' dengan sesama jenis ni.. Inikah kehidupan yang korang nak lagi 10 tahun ? Kawan kawan dah beranak pinak.. Gembira melihat anak membesar.. Korang ? Rupa tu tetap cunggg ke ?? Gamaknya 'bf' korang tu pasti cari yang tegang.. Eceh.. Cam lelaki pulak eh ??
Sama sama kita insaf dan bertaubat.. Kembali ke jalan yang benar.. Yang tak betul tu , kita sama sama tinggalkan.. Dunia semakin penghujung ..
Kredit : Sini
" Jom la abang .. Kita bawak diri ke negara lain .. Rasanya penduduk negara ini mmg susah nak lupakan kesilapan seseorang manusia .. Seolah-olah mereka tak pernah berbuat salah . Beza antara mereka dengan kita , kesilapan kita ni semua orang tau dan mereka pula , hanya mereka yang tau tapi menumpang 'membaling batu' pada kita kemudian ketawa .. Huhuh.. "
"Baiklah bang.. Marilah.. Selamat tinggal orang kampung .. Semoga kalian berada di kalangan mereka yang beriman serta soleh."
..........................
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).
Lelaki .. Sapa lelaki yang baca blog aku ni ? Apa pendapat korang kalau tetiba ada lelaki yang sama berkumis ala ala P.Ramlee , berjanggut ciput menegur anda di FACEBOOk ;
" Abang comel laa .. "
Korang nak balas dengan apa ?? Nak maki atau jawab ..
" Terima kasih. Sedia maklum yang saya ini mmg comel. Jumpa lagi di lain waktu ."
Atau nak bagi ceramah agama terus ??
Pelik bukan ? Makin ramai lelaki yang berminat sesama sendiri.. Tang mana mereka minat , aku pon tak tau .. Adoii... pelik tul laa... Tak takut hukuman Allah ke ??
Daripada Abdur Rahman Bin Sa’id Al-Khudry , daripada bapanya . Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda : “ Tidak boleh seseorang lelaki memandang kepada aurat seseorang lelaki selainnya , dan tidak boleh juga seorang wanita memandang kepada aurat wanita selainnya , dan tidak boleh seseorang lelaki itu bergesel-gesel dengan seseorang lelaki lain di dalam selimut yang sama , dan begitu juga tidak boleh seseorang wanita bergesel-gesel dengan seorang wanita lain di dalam satu selimut “
Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim ( Kitab Al-Haidh )
Agaknya mereka ni tak tau kot kisah kaum Nabi Luth a.s ? Hurmmm... Kalau tau , agak-agaknya diorang takut tak ?? Apa kata aku cadangkan mereka yang gemar sesama jenis ni baca kisah Nabi Luth tu kat SINI ..
Semoga terbuka pintu hati mereka untuk kembali ke jalan yang benar... Jalan yang diredhai Allah ..
Nota : Ada orang tanya , kalau perempuan lak yang panggil ,camana ? Camtu je laa... hahaha.. Takat comel jer. Kucing pon comel per !
Jeng jeng jeng ... PM Malaysia , Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13 ..
Wah.. satu berita baik untuk kakitangan awam sejumlah 1.02 juta orang.. Pergh.. Bagus tu ... Tapi nak tau gak , tu untuk yang tetap kan ? Yang kontrak camana yer ?
Baru-baru ni , kakitangan kontrak (PKS) tak dapat bonus pon sedangkan .. Sian depa .. Mengeluh jer .. Tak pe la kan .. Takde rezeki .. Siap ada yang dah bagi dan diminta pulangkan semula .. Best tak ? Hehehe ...
Harap-harap , dalam bajet 2012 ada berita baik untuk kakitangan kontrak .. Jangan lupa , kakitangan kontrak juga memainkan peranan penting dalam bahagian/unit mereka .. Jangan ingat sekadar bagi gaji dah memadai .. Bos bila marah , kontrak tak kontrak , kena tetap kena .. Tapi bila bab kebajikan , dimanakah kakitangan kontrak ?
Mereka yang pegang jawatan kontrak ( PKS , CFS ) , juga akan mengundi tidak lama lagi.. Dan jumlah mereka bukan kecil ..Alang-alang menyeluk pekasam , biar sampai ke bahu..
Sumber rujukan - Yahoo.