Bila lapar , tapi tak nak makan nasi.. nak makan apa ?

by - Isnin, Februari 01, 2021

Ni masalah aku ! Bila malam menjelang , kebuluran ! Salah aku sendiri. Kenapa ? Tidur lewat.. layan Netflix. Kalau tidur awal , masalah ni takkan ada. Kan kan ? Hahaha.. Tapi tu laa.. aku ni , malam malam baru berpeluang nak layan tv tu. Siang hari , memang sibuk la dengan tugasan dan anak anak. Eceh.. kononnya la.. Tapi sungguh , memang tak sempat nak tengok tv. Kepala tu dok mencari idea untuk menulis di blog. Ada orang baca ke tak , tu belakang kira.. Yang penting , aku terus menulis. 

Lepas Isya' , aku akan burn kalori dalam 200-300. Pastu layan besi skit skit. Selesai , mandi..pastu minum protein campur dengan kurma Ajwa. Tujuan untuk elak lapar ! Letak telur sebiji dua pun best ! Tapi sesekali je aku letak. Kesannya , memang mengenyangkan. 


Kalau.. kalau masih berjaga sehingga jam 2-3 pagi , pastu tengok cerita KDrama yang suka benar makan mee segera tu.. memang akan terliur la weh !! Memangg.. Confirm rasa nak bangun dan ke dapur. Ni namanya mencari masalah. Bayangkan kalori yang bakal diterima oleh badan. Beribu woiii ! Ko nak bakar 1200 cal dalam sekali senaman pun dah makan masa berjam jam lamanya.. Ni pulak lepas makan , ko tidur ! Adoi laaa.. memang bikin lemak naik dengan jayanya ! 

Aku tahu.. ada yang tak kisah ! Katanya dia makan apa saja , masih je kurus. Atau ada yang kata , tak pe.. esok je workout ! Makan , tetap makan.. Betullah tu.. Teruskan jer apa yang korang rasa betul. Sendiri punya badan.. sendiri sihat , Alhamdulillah.. Sendiri sakit , semoga cepat sembuh la yer.. 

Aku pun makan semua ni.. tapi bila teringin sangat ! Dua bulan sekali ? Tiga bulan sekali ? Gitulah.. Kalau dalam keadaan lapar tengah malam ni, aku dah sediakan biskut dan cicah dengan kopi.. sebelum ni la ! Sejak dah tau mana nak dapat kurma Ajwa yang sedap ni , aku memang akan jaga la bab makan ni terutama nak amik khasiat dari kurma ni.. Al Maklumlah , umur dah 40 an. Keturunan lak ada penyakit 3 serangkai. Aku kena jaga la. 

Kenapa kurma ? 

1. Kandungan Nutrien Yang Tinggi

Fizikal luaran kurma yang kecil dan berwarna gelap mungkin menjadi antara persoalan apakah khasiatnya.

Namun, jangan biarkan ia menipu anda kerana ia mengandungi kandungan nutrien yang tinggi. Antaranya gula, serat, kalsium, zat besi, serta vitamin.

2. Tenaga Segera

Bagi individu yang melakukan rutin senaman yang memerlukan tenaga yang banyak dan cepat mungkin boleh menjadikan kurma sebagai ‘power bar’ yang baru. Ini kerana kandungan gula semula jadi (fructose,glucose, sucrose ) yang tinggi dalamnya mampu memberikan tenaga segera apabila letih bersenam.

3. Diet Sihat

Kurma juga mampu membantu dalam kita melalui diet yang sihat. Untuk individu yang sedang berusaha menurunkan berat badan mungkin boleh memasukkan kurma kedalam senarai makanan mereka.

Ini kerana pengambilan kurma mampu mengenyangkan perut dengan cepat jadi membantu kita supaya tidak makan dengan banyak.

Caranya dengan melecekkan kurma dan digaul dalam segelas susu rendah lemak. Campuran ini sudah cukup untuk membantu menurunkan berat badan.

4. Membantu Mengurangkan Sembelit

Pengambilan kurma secara konsisten juga mampu menyelesaikan dan menghindarkan kita dari masalah sembelit.

Umum mengetahui masalah sembelit sangatlah menyeksakan dan seterusnya boleh menyumbang kepada penyakit yang lebih kronik, iaitu buasir!

Jadi, pengambilan kurma yang kaya dengan serat ini amatlah baik bagi menyembuhkan dan mengelakkan masalah sembelit.

5. Menyihatkan Jantung

Jantung merupakan enjin dalam kehidupan manusia. Jadi adalah menjadi satu faktor penting mengapa ia perlu dijaga dengan rapi.

Kurma mengandungi kandungan potasium yang tinggi lantas dapat membantu menurunkan kadar kolesterol yang menyumbang ke arah strok dan serangan jantung. Caranya mudah rendamkan ia semalaman, kemudian lecekkan pada waktu pagi dan makan. 





Kalau korang rajin kaji kematian pesakit Covid 19 , korang akan dapati mereka ada penyakit kronik seperti kencing manis , darah tinggi dan juga obesiti ! Rasa rasanya , korang pun tau.. yang kebanyakan punca kematian zaman sekarang ni adalah berpunca dar cara pemakanan kita sendiri. Kanser contohnya. 

Apa pun.. segalanya terpulang pada diri kita. Benar , semua orang akan mati.. tapi janganlah kita menyusahkan diri kita sendiri sebelum mati. Contohnya , kencing manis.. kena potong kaki ! Darah tinggi dengan masalah kerap sakit kepala. Dan kanser sendiri ! Aku maksudkan penyakit yang berpunca dari pemakanan. Jika dah memang ada penyakit sejak azali tu, isu lain yer.. Ni penyakit yang boleh kita elak tapi tak nak sebab sikap kita sendiri.. 

Tepuk dada, tanya selera.. Amalkan gaya pemakanan yang sihat ! Aku sendiri pernah ada masalah obesiti. Berat lebih dari 100kg dan sangat menyukarkan pengerakan aku. Malas dan sukar bernafas. Tukar gaya , Alhamdulillah. Terasa lebih segar ,fit dan muda.. Eh.. Yer , kesihatan kita adalah awek muda yang terbaik ! 






You May Also Like

9 comments

  1. Time PKP ni lagi la kerap lapar waktu malam... Hehehehe

    BalasPadam
  2. Malam2 lagi lah tak elok makan manis.. kurma mmg terbaik sbb itu ia makanan sunnah..

    BalasPadam
  3. Sedapnya kurma..lupa nak beli bawa ke sini..dah nak hampir Ramadhan

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum sifu ben.... insaf jap lepas baca entri ni... huhuuuy... tq sbb bg kesedaran. Thiiiiiii...

    BalasPadam
  5. Saya pun tengah jaga makan sekarang ni.. Doakan.. Hehehe

    BalasPadam
  6. betul2 sedap.. habis kat sekilo hanya dalam tempoh berapa jam je dirumah ni :)

    BalasPadam
  7. Kita pun kadg buat air campur kurma bagi kenyang perut

    BalasPadam
  8. Yes, kurma memang terbaik! Sedap, senang simpan, senang nak bawa sebagai bekal. Bila tengok kurma memang sentiasa teringat Ramadan yang akan menjelang..

    BalasPadam