Korang ketagihan Fitness Tracker ? Mana lebih elok , diet atau puasa ? Sarapan mudah dan berkhasiat !

by - Jumaat, Februari 12, 2021


Setiap pagi , aku punya sarapan mudah jer. Aku tak nak berat berat. Memadai dengan perut kenyang dan bertenaga. Yang pastinya , aku tak nak minum Teh Tarik , Kopi atau apa saja yang ditambah dengan gula putih ! Adoi.. Tak nak ! 

Bukan tak berani atau takut kena penyakit tapi memang dah lama aku tinggalkan gula putih ni. Melainkan kat kedai, dah terorder tu.. atau minuman yang aku beli di kedai dah ada gula.. tu aku tak leh nak tolak dah la. Kalau buang , mengada lak. Selagi boleh aku elak.. aku elak. 

Bukan apa.. sejak dua menjak dah turun size badan ni, terasa selesa untuk bergerak. Nak kata fit tu tak la pun. Aku tak nak la test badan aku ni. Nak cabar tengok bagus ke tak.. fit ke tak.. kuat ke tak.. Hahaha.. Buat apa ha.. Nyamuk gigit , menjerit gak. Lipas terbang mai.. lari gak weh ! Hahahaa..

Ok... tu bab makan..Nak lagi mudah, ko puasa jer ! Senang ! Nak jaga makan ni , golongan kuat disiplin je boleh buat. Aku sendiri pun kerap je tewas. Bila ada makanan sedap depan mata.. ke laut dalam gak diet aku. Konon.. Hahaha. Diet ni bukan tak makan tau.. haaa ! Kena mau paham konsep diet sebenar.  Dari tak makan, baik puasa. Tapi pastikan masa sahur dan berbuka tu, pengambilan makanan biarlah betul. Jangan melantak giler giler ! Sia sia jer.. 


Berkenaan dengan fitness tracker ni.. Aku terbaca satu artikal mengenainya. Aku ni bukanlah peminat nak track aku punya fitness setiap hari. Walaupun ada goals tapi tak ikut pun. Aku ada cara aku sendiri. Sebenarnya cara gini lebih mudah.  Mudah untuk aku la. Untuk orang lain , aku tak tau la.. Aku punya , aku akan mulakan dengan kardio. Bakar dalam 300 kalori pastu akan workout guna resistance band atau dumbell. Amik dalam sejam gitu. Maka sehari , aku akan bersenam dalam satu setengah jam gitu. Kemudian, minggu hadapan, aku tukar.. Aku mulakan dengan workout dan tutup dengan kardio.  Boleh baca di SINI

Untuk membantu pembakaran lemak, aku ada amik L-Carinitine. Ni aku amik sesekali jer. Banyak gak manfaat dia untuk tubuh badan jika bukan jenis makan makanan berkhasiat selalu. Haaa.. Dalam erti kata lain, kenali badan korang dulu. Bukan ikut orang. Pastu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. 

Dan bab bersenam tu... kalau beginner , jangan nak ikut orang sangat. Ikut kemampuan diri sendiri.  Perlahan lahan up level. Contoh mulakan dengan jumping jack atau lompat bintang. Bila dah boleh buat sehari lebih dari 100 kali , boleh cuba guna skipping rope lak. Tapi pastikan streching dulu. Lutut tu mau kena kuat. Bahaya kalau tak kuat ! 






Bab 10 ribu langkah ni.. ko ikut je cara terbaik yakni , setengah jam sehari berjalan kaki. Tu dah cukup bagus dah. Tak perlu sampai 10 ribu langkah pun. Dan tolong jaga makan. Jangan lebih 1000 kalori sehari. Pandai pandai la kira camana. Amik contoh mudah cam roti canai tu.. sekeping je dah 300 kalori. Acaner tu ? Sehari nak makan berapa kali untuk teruskan kehidupan ? 

Jaga kesihatan.. mahal nilainya ! 


 

 

You May Also Like

2 comments

  1. Kalau tibai 2 keping roti canai mau dah 600 kalori. Tu belum lunch nasi kandar. Omg.... 😅

    BalasPadam
  2. setuju,lebih pilih puasa sebab kalau diet mmg tak disiplin pun,dulu2 ye kalau buka puasa macamp paus kelaparan,dah berusia ni tak de pun,makan ala kadar je...

    BalasPadam