Laman Basikal di Taman Tasik Seremban semakin menarik !

by - Sabtu, Februari 27, 2021

Seremban.. bandar yang terletak di Negeri Sembilan yang dah tak perlu diperkenalkan lagi. Popular dah pun ! Tapi masih ramai tak tau akan tempat tempat menarik yang ada di Seremban ni.. kan ? Sebenarnya , banyak dah tempat menarik di Seremban ni. Malah lokasi lokasi untuk bergambar pun dah banyak dibuat. Tempat makan, jangan cerita la kan ? Hehehe.. 

Nah... bagi yang nak beriadah bersama keluarga, korang boleh ke Laman Basikal yang terletak di Taman Tasik Seremban ni. Korang boleh sewa basikal di sini , serendah RM5. Kalau guna aplikasi khas mereka , lagi murah. Harga ikut size basikal gitu. Hehehe.. Main la puas puas tanpa perlu risau dilanggar ! Huhuh.. 

Ada pelbagai pilihan basikal ! Semuanya baru baru belaka. Beruntung orang Seremban ni ! Haha.. Aku nak ke Seremban ni , tak  jauh. Cuma mengambil masa setengah jam jer. Highway kan dah ada .Dari Sepang je pun. Kena tunggu pintu sempadan negeri dibuka dulu la. Huhuh.. Cemburu lak tengok diorang ada port beriadah begini. Harap Majlis Perbandaran Sepang pun boleh buat begini nanti. 

Laman Basikal ni ada tarikan seperti lampu trafik , tanda-tanda keselamatan jalanraya,  pondok-pondok seperti Pondok Polis, Balai Bomba, Hospital , Pos Malaysia dan lain-lain pondok untuk beristirehat.

Tahniah buat  warga Seremban ! Jaga elok elok tau.. 











 Buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 5 petang. 


Sumber : Ben&Nash Adventure Holidays Sdn Bhd

You May Also Like

1 comments