Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13][14][15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27][28][29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41][42][43][44] [45] [46] [47] ..
" Ben ... Kenapa ni ?? ". Adawiyah memandang aku dengan penuh tanda tanya.
"Budak ni buat tak tau atau memang tak tau ni ?? ". Bisik hati aku. Aku mula serabut. Nak berterus-terang ke tidak ni ?
"Hurm... ". Aku membisu semula.
" Ben , kalau ada apa nak cakap , cakap.. Kalau takde , aku nak antar diorang balik nih.. ". Wan mengugut aku. Hampeh !
"Betul tu Ben .. Riana pun dah lewat ni .. Nak cakap apa kitorang ? ". Riana masuk campur .
" Arghhhh.. boleh gila aku macam ni !! Takkan diorang tak tau kot padahal dah baca entri di blog aku semalam ! ". Aku merungut dalam hati.
" Baiklah.. Riana , Adawiyah ... Ben nak mengaku ... Ben sukakan Adawiyah ! Bukan sekadar suka , Ben amat amat suka pada Adawiyah. ". Aku menyusun ayat dalam hati. Ok , cun !
"Baiklah .. biar Ben terus terang saja skang ni .. Adawiyah , Riana.. Ben .. hurm.. Ben .. sukakan Adawiyah .. teramat sukakan Adawiyah dan ingin lebih dari sekadar kawan .. ". Aku berkata sambil memandang tepat mata Adawiyah dan dalam benak aku seolah olah melutut sambil menyarungkan cincin ke jari manisnya .. Cait ! Ingat masuk meminang ke ???
Mereka tersenyum mendengar kata-kata dari aku .
" Kenapa mereka tersenyum ?? Gila ke apa ?? Wan pun senyum ?? Patutnya melenting ?? ". Aku terpinga sendirian.
" Nape korang senyum lak ??? Tadi suruh aku berterus-terang !! ". Suara aku mula keras .
" Kau masuk air eh ??? Ke dok bermimpi ??? Kot ye pun , zip la seluar tu dulu ... Baru cakap menda yang sebenarnya !! ". Wan ketawa diikuti Riana . Adawiyah tersenyum.
" Ya Allah !! Camana aku tak perasan neh ???? ". Aku malu yang teramat sangat ! Nak je aku lari satu Malaysia kerana rasa malu yang teramat ini !!
-SAMBUNG-