Nama kucing ni Stewie.. Umur dia 5 tahun.. Berasal dari Nevada , US.. Panjang dia ? 48.5 in. - Guiness
Cer tengok video dia.. ehehehe ..
Nama kucing ni Stewie.. Umur dia 5 tahun.. Berasal dari Nevada , US.. Panjang dia ? 48.5 in. - Guiness
Cer tengok video dia.. ehehehe ..
Perghhhhhhhhhhh..... Gila babas !! Babas pon tak gila camni ahh.. Aku punya sut dulu pon dipamerkan gak.. Tapi kat kedai dobi jeer.. Hehehe..
Dipetik dari Yahoo
"
Selepas menggemparkan ramai dengan pengumuman persiapan majlis perkahwinan yang dikhabarkan mencecah RM12 juta, pasangan kontroversi, Memey Suhaiza dan Norman Hakim yang bakal diijabkabulkan 24 September ini mencipta satu lagi sejarah dalam dunia perkahwinan selebriti tempatan.
Baru-baru ini digemparkan di beberapa laman sesawang hiburan bahawa busana pengantin rekaan pereka tersohor dunia, Vera Wang yang bakal dipakai oleh Memey semasa majlis resepsi bertemakan New York di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur akan dipamerkan di Muzium Negara sejurus selepas majlis tersebut tamat.
Bukan sahaja gaun ciptaan Vera, malah sut persalinan Norman serta kasut pengantin bertatahkan mutiara tajaan Rafflesia turut akan dipamerkan yang disifatkan wajar sebagai tatapan generasi akan datang.
Tentu sahaja perkhabaran ini mengundang keterujaan pasangan bakal mempelai ini kerana ia pertama kali berlaku di Malaysia. Namun tidak kurang juga yang mengecam bukan terhadap gaun tersebut, sebaliknya mempersoalkan keistimewaan si pemakai yang tiba-tiba dijulang tinggi waima pencapaian karier seninya tidaklah segah mana juga belum pernah mengharumkan nama negara seperti mana penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza yang wajar mendapat penghormatan sedemikian. Jika dinilai dan ditimbang tara dari segi populariti dan pencapaian, gaun perkahwinan milik Siti lebih wajar dipamerkan untuk tatapan ramai.
Video Persiapan Persandingan Norman & Memey .. Klik SINI
Amacam ? Ada sapa pasni mau letak sut mereka kat Muzium Orang Asli ? Ada ruang kosong lagi tu.. hehehe .. Jangan maki hamun yer.. Tak baik.. Apa yang mereka buat , itu antara sesama mereka dengan Allah.. Kita sendiri pon tak baik mana kan ? :)
Kelihatan sepasang kekasih leka mencari kasut di dalam sebuah butik ..
" Tuu.. baby boy... kasut tu cantik kaann .. Berkilat kilat cam kepala jiran baby girl yang suka ngurat baby girl tu kannn .. ?? "
" Aah laa , baby girl .. Cantiknyaa... ni kalau pakai ni , confirm awek ramai terpikat !! kan baby girl kan ? "
" Eeeee... baby boyy.. gatalnyaaa .. Nak ni makannya ! "
"Auuwww.. sakit la baby girl cubittt.. tapi sedaaapp.. Buatlah lagi.. tang sini pulakkkk ".
" Eee.. gatallah baby boy niiii .. ".
" Alaaaa.... ni kasut kulitt babi... kan dah terpegang... Kena samak balik dah ni.. Alaa.... bencinyaa.. Haram tau baby girl , kalau kita pegang kasut kulit babi ni... " .
" Oh ye ker ???? Baby boy pegang baby gurl , tak haram ke ?? ".
" Erk... tak kot... " .
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja)dengan wanita yang bukan mahram." - Halaqah
“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)”
Ahmad Idham kata di MSTAR ...
"Saya pelik mengapa perkara ini dibesar-besarkan kerana jika diperhatikan adegan tersebut tidak langsung mempersendakan kalimah syahadah. Cuma hanya cara lontaran dialog tersebut sahaja yang telah disalah tafsirkan.
"Saya terkilan perkara itu diperbesarkan sehingga ada yang menganggap saya sebagai manusia yang terlalu jahil tentang agama. Pihak-pihak berkenaan sanggup mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya,"
Kalau dia nak ulamak bagi pendapat , maka ada pendapat dari ulamak .. Boleh rujuk kat SINI .. Korang leh g baca kat sana ... Pastu datang sini balik tau ! ..
Ok .. bagi aku la kan .. Isu soal kalimah tu syahadah , Zizan dah pon mintak maaf .. Aku tak rasa salah dia pon.. Bak kata Ustaz Idrus ;
" Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam. ".
Bagi aku , apa yang membuatkan 'mereka' marah adalah cara En. Ahmad Idham menjawab soalan dan memperlekehkan orang yang bertanya tersebut .. Tu boleh rujuk kat SINI ..
Bagaimana selepas ini , kami yang tiada ilmu agama seperti ulamak atau pon punya PHD untuk mengeluarkan kritikan terhadap filem tempatan sedangkan KAMI MEMBAYAR UNTUK MENONTONNYA !!! Bukan dapat tiket free okeh ! Lainlah download.. DOWNLOAD pon bayar okeh !! Unifi beratus ringgit sebulan !! Bukan g lepak kat mamak pastu download.. Tu pon kena bayar gak roti canai dan teh o kosong .. Air suam , free mamak tu kata.. Ala , mamak kat Ali Bistro.. Mamak lain kena bayar.. Dia kata muka aku sama cam anak sedara dia kat India .. Tu pasal free..
Ok.. lari tajuk .. Mudah je En. Ahmad Idham .. hormat penonton dan penonton hormat anda .. Terimalah kritikan. Anda cuma pembikin filem di Malaysia.. Belum mampu capai tahap Hollywood.. Bollywood pon jauh lagi .. Okeh ? Semoga maju jaya dalam filem akan datang .. Saya takkan tengok dah ..
Tunggu Mamat Sepah buat filem lak.. Tapi pastikan pakai cermin mata tau masa shooting tu .. Kan salah shoot lak .. hehehe..
Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12][13][14][15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26][27][28][29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40][41][42][43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
New Post :
Tiada panggilan mahupun sms dari Adawiyah.. Aku tak sangka dia sekeras gini .. Pujuk ? Kenapa perlu aku pujuk dia ? Bukan salah aku pun.. Dia yang mulakan dulu ..
Riana , bergaduh jugak dengan Wan .. Katanya Wan dok bersms dengan perempuan lain di belakangnya .. Wan kata perempuan tu cuma adik angkatnya.. Haih , isu kecik je tu ! Masing masing dok belajar laaa...Bukan nak menikah dah ! Sama la cam aku ..
Blog satu lagi tu , dah bersarang lebah .. Nasib baik boleh dapat madu .. Berguna jugak... Tak pe la , karang aku update.. Lama si anon tu tak singgah blog .. Mesti rindu kat aku punya tu kan...
Ex aku... kembali solo... Katanya rindu kat aku ... Aku ?? hurm... Perlukah aku melayannya ?? Cari pasal kan ? Arghhh...
Publish ..
" Hurm... bila single , sorang awek pon tak nak .. Bila dah bercouple , sorang sorang mai ! ". Mengeluh lagi aku ... Entah sampai bila ..
Ehem... Bukan mudah tau .. Ada yang akan jadi munafik .. Sekadar 'berlakon' bersolat ketika keluar dating jer .. Kat rumah ?? Atau bila bersendirian ? Memang takkan buat punya kan ?
Mulakan dari asas .... Kebanyakkan mereka yang liat bersolat ini tidak tau apa itu SOLAT ! Mulakan dari 0 .. Berapa ramai antara kita tau bagaimana nabi bersolat ? Siapakah yang mengajar baginda bersolat ? Kenapa perlu bersolat ? Asas asas beginilah patut dibaca oleh mereka yang punya akal tapi malas nak berfikir ..
Mulakan dari pembacaan disusuli dengan praktikal .. Dari situ timbul kesedaran dan ketakutan akan hukuman dari Allah sekiranya meninggalkan solat .. Peringkat asas inilah yang amat penting.. Kenapa perlu bersolat ?
Asas solat inilah penting untuk diketahui oleh mereka yang liat bersolat.. Apa yang mereka nampak di zaman ini ialah , orang yang bersolat pon melakukan dosa .. Orang yang bersolat sendiri pon tak betul apatah lagi dia ? Baik tak perlu solat ! Itulah pemikiran mereka !!
Jika kita tau asas solat sebagaimana Rasulullah s.a.w mengajar kita , pastinya tiap kali kita bersolat , kita akan mengeletar kerana kita sedang mengadap ALLAH SWT...
Lembutkan hati pasangan kita dengan kelembutan.. Jika benar kita cintakan mereka , inilah bukti cinta kita pada mereka.. Dakwah dalam perhubungan .. Jangan mudah putus asa..
Sekadar pendapat ..
“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)
Inilah antara punca punca kemalangan jalanraya ! Berpunca sikap pentingkan diri dan tidak berhati perut ...
Bayangkan .. Hurm.. tak payah bayang la.. aku bagi peta eh ..
Dari Jalan P14 tu , ada 3 lorong.. 2 lorong jalan terus satu lorong masuk ke kanan. Dan ada traffic light kat situ.. Ok ? Nampak tak ? Haaa.. Bagus ...
Datang satu kereta kancil ni yang dipandu oleh seorang akak yang aku rasa muda lagi la.. Kalau berusia tu , boleh dimaafkan.. Kereta dok queue la nak masuk ke lorong kanan tu , tapi dia terus pergi ke depan dan berhentikan kereta kat jalan tengah tengah yang mana patutnya itu adalah jalan terus !
Aku , cerita banyak .. tekan hon bertalu talu.. Kasi dia sedar skit ! Tapi kan .. best part kan ... dia seolah pekak.. Wat bodoh je.. Pandang pon tidak kat aku !! Serius ! Orang macam ni layak jadi pelakon .. Kira kalau ada gossip kena kat muka , tarak malu punyalah ! Janji dapat apa yang dia nak !
Hampeh ! Inilah antara contoh orang orang yang menambahkan lagi bilangan kemalangan maut di negara kita ! Pentingkan diri sungguh !!
Tensen eh ? Semak nampak .. Dulu elok elok kemas , g tukar yang baru ni .. Perghh.. Pening sat nak layan lebih lagi orang orang yang dah out of service cam aku nih.. Hehe..
Ok.. nak tukar camana eh ? Mudah jer ... Mula mula sila sebut BERTUKAR ! .. hehehe... Guwau jer... Muka kerasss je tu.. Rilekss ler.. Sat je nih...
Tips ini aku dapat dari group LIKE ini.. Thanks admin ..
Cun ke layout baru ni ? Aku rasa ok je cuma tak biasa lagi je kan ? Hehe.. Lama lama nanti ok la tu..
Aku malas nak bertekak pada entri FIDA semalam memandangkan ada yang kata mmg dia bertudung tapi dengan style yang moden gitu.. Kot la moden ...
Padahal kat bahu dia tu , terang-terang leh nampak helaian rambutnya dia tu .. Tapi tak kisah la.. Tu cerita lepas ... Cuma jadikanlah pengajaran buat kita semua .. Bila nak bergambar tu , pastikan semua tertutup jika mmg kita jenis tutup dan bukalah jika nak sangat buka dan kasi semua orang tengok , PERCUMA .. I like !
Kenyataaan Mamat Sepah ;
"Saya mengakui itu adalah salah saya tetapi sejujurnya saya tidak berniat untuk mengaibkan nama baik Fida pada mata masyarakat. Dia adalah seorang gadis yang baik ".
"Semasa kejadian Fida di dalam kereta dan secara spontan saya mengambil gambar tersebut tanpa menyedari sebahagian rambutnya terdedah tambahan pula saya tidak memakai cermin mata."
Lanjut kat SINI ..
Diharap jadikan pengajaran buat semua .. Kalau nak bergaya , seperti aku kata tadi .. pastikan aurat tu tertutup atau satu malaya tengok secara percuma.. Tak kira lelaki ke perempuan ..
"Tanpa berfikir panjang saya terus memuat naik gambar tersebut di laman Facebook milik saya," jelasnya.
Sekian.. Comel Fida posing kan .. Takkan tak perasan rambut ? Kena tau mana yang halal dan mana yang belum halal yer .. :) .. Oh ya , ni bukan Bang Bang Boom tau..
" Jom bebeh .. u tak kisah kan beli bra dengan i ? ".
" Oh .. tentu sekali i tak kisah punya .. ".
" U tak malu ke nanti ? ".
" Eh , apa lak nak malu kan ? Nanti kawin i kena beli jugak kan ? ".
" Kalau begitu , jomlah .. ".
Ada perempuan tak kisah untuk membeli belah pakaian dalam bersama TEMAN LELAKI mereka yang mana belum lagi punya ikatan yang sah ..
Berfikiran terbuka kata mereka .. Hurm.. Apakah ini patut berlaku ? Apakah ini tanda-tanda berfikiran terbuka atau tanda-tanda tiada lagi sifat malu pada anak gadis kita ?
Ini adalah hakikat yang berlaku pada masa kini .. Buka mata bila g shopping dan kita akan nampak pelbagai 'cerita' yg membuatkan kita tersenyum atau mengeleng kepala ..
Tu belum lagi ajak shopping baju tidur atau pad !