Meter Counter Bergerak Pantas : Apakah puncanya

by - Jumaat, April 02, 2010

Dulu aku tak rasa blog aku akan mencecah 6 digit , ratusan ribu pengunjung ... Kali ni aku mungkin akan dipaksa mempercayainya ..TERPAKSA .. Dan ini bermakna aku kena tukar counter aku tu ke pada 6 digit ... untuk mencecah 7 digit , tu lagi aku susah nak percaya ... Tak mungkin akan cecah .. walaupun teringin nak tengok ..

Camanakah aku berjaya mengerakkan meter ini dengan begitu pantas ? Lebih lebih lagi kebelakangan ini ? Ingin sekali aku berkongsi maklumat ni tapi sayangnya aku tengok , ada blogger blogger baru ni , seolah cam sombong lak .. mengharapkan blogger yang pertengahan ni pergi menziarah blog diorang .. baru tinggal satu dua komen , dah memadai .. ermmm ... Tengok contoh blogger blogger lama , cam MAT GEBU , KAK INTAN , KAK UMMI , KAK JIE ... rajin diorng menziarah blogger blogger pertengahan dan yang baru lalu meninggalkan komen .. Yang baru ni ? Takkan sekadar g kat shoutbox lalu menjerit , " mai la lawat blog saya " atau " blogwalking " ... Emm.. bila tak g , kata sombong lak padahal " cara jemputan " tu tak betul .. tak la suruh letak permaidani merah ..

Cuba anggap macam ziarah menziarah semasa Hari Raya AidilFitri .. Ada ke g rumah orang sambil menjengok kepala kat luar pintu tu , " salam ziarah .. saja je jengok kan diri .. ok lah , nak g umah sebelah lak " ... kiamat laaaa blogger blogger lama ni nak singgah blog korang ...

Aku tak kata blog aku bagus.. Blog aku ni sampah lagi.. belum boleh di gelar blog best atau popular tapi sekurang kurangnya aku berfikir .. Macamana nak bagi naik ... Bermacam macam cara ... Ada yang aku ikut orang ..SEO .. akhirnya aku sedar .. blog umpama sebuah produk ... macamana nak jual produk ni ?? Korang yang belajar di IPT atau masa sekolah dulu dalam dalam mata pelajaran PERDAGANGAN , mesti ada belajar tentang PEMASARAN ... sangat asas ...

Tapi sayangnya ... blogger baru baru nak naik ni , nak ikut jalan mudah ... tamo susah .. tau tau jerit " kenapa takde orang nak masuk blog aku ? tak bestkah ? " .. ko ingat pembaca tau kee blog ko tu wujud ? 'IKLANKAN PRODUK " korang tuu... kasi dunia ni tau tentang kewujudan blog ko tu ... Caranya ? LU PK LA SENDIRI ...

Aku bukan nak berlagak .. aku pernah berada di tempat korang ... pernah sehari 5 orang je masuk ... atau takde langsung ... Apa yang aku buat ?? Jgn tanya aku... Tanya diri korang sendiri .. ;)

You May Also Like

17 comments

  1. Selalunya kalau sempat memang aku bagi komen, kalau x just view sekejap esok lusa sambung view balik. heheheh.. ade lagi 1 hal yang annoying sum blogger suka jerit macam ni " I dah follow u, follow me back k" tak tahu la apa masalah diorang? Rasanya blog diorang tu xpemes kot.. sampai leh kua word macam ni. Untuk aku lak, serius bukan aku ni pandai berblog pun, tapi geram gak bile diorang wat centu sampai la aku kuakan badge. Aku menyampah dengan orang macam tu. Pastu kene tegur ngan otai blogger. Dia kata tak boleh macam tu. So aku pun buang semula badge tu. huhuh... keep in touch dear.

    BalasPadam
  2. setuju bro ;)
    setakat menjerit di shoutbox tak membawa makna. kita kena hargai entri yang ditulis, dan memberi respon yang positif.

    baru lah orang nak baca buah fikiran kita di blog sendiri. Win-win situation kan?

    setakat cakap "Hi".. kirim salam sajalah~

    BalasPadam
  3. Ben.. Kak Jie melawat blog org bukan nak dapatkan trafik semata2.. membina perbuhungan. Memang blogwalking penting tetapi membina hubungna lebih penting utk jangka masa panjang...

    Mula2 pelawat tu rajin komen..normal utk dapatkan perhatian..lama2 dia akan jadi pengunjung tetap tanpa komen..sebab itu kita kena blogwaling selalu membina hubungan yang baru setiap hari.

    Sikap Kak Jie, akan komen di blog yang baru2 nak muncul..itu adalah semangat untuk mereka...Blog top2 tu dia dah ada ribu riban pengikut...

    p/s entri preview tu minggu dpn... esok lusa, kak jie bkn upate sehari 10 entri mcm Ben..hahaha....menaip je kurus slim le jari ni....:p

    BalasPadam
  4. waaa cayalah bro.. jeles aku tgk

    setuju juga dengan pandangan bro, kita mesti sentiasa berusaha dan bukannya merungut sahaja

    macam nak jual barang, kalau nak lariskan barang penjual mestilah berusaha mencari pelanggan dan bukannya menunggu pelanggan untuk melariskan jualan

    konsepnya yang aku tengok sama juga ko praktikkan di blog ko, dan memang sepatutnya itulah hasil yang patut diterima (dengan pertambahan pengunjung)

    i follow u back(bukan jadi follower saja, tapi follow kaedah dan teknik skali..huhu)

    selamat maju jaya

    BalasPadam
  5. alhamdulillah, terima kasih uncle kerana bagi tips kat adam. adam maseh lagi belajar bertatih dalam dunia blog ni. awalnya nak buat blog agar kaum famili dpt tau perkembangan adam walaupun derang jauh. tapi setelah mengenali komuniti bloggers ni rasanya makin menarik dan sronok menjengah blog orang macam2. sampai facebook pun dah tak layan dah hehe.

    okeh dah semangat ni. teruskan berjogging ke blog org len. babai!!

    BalasPadam
  6. setuju pandangan bro...

    saya senyum je bila ada blogger baru naik jerit " kenapa takde orang nak masuk blog aku ? tak bestkah ? "...owh..sabar je la...

    BalasPadam
  7. FTN : TQ ..Teringin nak jelajah blog FTN

    Misz manja : sabau sabau ... wokeh

    Kujie : kalau guna NN , mesti nak tingkatkan trafik tapi bila dah tak guna NN , trafik tinggi pun tka guna .. huhu... persahabatan lagi best dari trafik ..sokong kak jie ..

    adam rayyan : pergh..nama cam anak buah uncle jek .. good luck .. pelan pelan kayuh ..biar lambat jnji orang kenal ..

    msr : thanks bro .. jgn lupa batu dari lubnan .. hahaha

    BalasPadam
  8. MSR : selalunya diorang ni just follow but lastly xde pe pun.. diorang ni nak satu je.. kite follow diorang balik.kire follow mollow ni macam tiket nak bagi follower banyak je. Pada aku follower banyak pun tak membuahkan idea fikiran yang bernas xok gak. Juz nak diorang ni terpampang kat dalam ruangan follower. Uh dah jadi interframe plak.Upss.. aku laser ke? ta kan? just pandangan peribadi macam ben ashaari je hihihi...

    BalasPadam
  9. aku 4 tahun berblog....

    buat marketing slow2....

    last2 baru ada org nak masuk blog...hehe

    BalasPadam
  10. sekadar jerit2 je siapa nak layan. ekekeke.

    BalasPadam
  11. Salam Ben,
    Betul apa yg Ben katakan tu...mula2 dulu akak terpaksa pergi rumah kwn2 walaupun tak kenal..maklumlah baru 3 bulan berblog...dah lah baru, segan juga orng tak kenal...n3 pun baru ciput je...
    TAPI berkat muka tak malu akak pergi dan pergi rumah kwn2, akak dah mula di kenali..termaksuklah Ben Ashaari..
    Skrng akak bertambah semangat...mcm Ben kata satu hari kalau tak ngadap lappy tak sah..kih3

    Skrng satu hari pun mesti 2/3 kali akak singgah rumah Ben..cuma kdng2 tak sempat nak comment...sorry.
    Taip pun terkial2 lagi..hah3..

    BalasPadam
  12. salam Jumaat Ben...betul tu, saya sendiri tak pernah (tatau lah kalau terlupa..maaf yeaa..) pi blog orang, tegur kat chatbox dan "paksa" depa mai juga blog pak tua..seperti komen2 saya yang lepas, apa2 benda kita buat kena ikhlas....

    BalasPadam
  13. Miss Manja: Setuju dgn pandangan anda, banyak mtk follow pastu senyap je..

    p/s - bila nak follow nie? Huhu

    BalasPadam
  14. Salam Ben..
    Yup, yup, setuju sangat2!! Akak pun ingin kongsikan pengalaman..mula2 dulu akak kan malu2 kucing n x jemu2 menziarah blogger2 lama macam Mat Gebu tu haa..dia kan Ben, bkn layan sgt akak dulu2 tau..(*ahaksss, ampun Mat)..lama2 akak "santau" dia, hari2 tackle..wakakaa (*cam skandal laks!), last2 sama2 terkena "santau"..ahakss!! Rajin tegur sapa..kan Mat. Begitu juga dgn berapa blogger lama seperti Kujie (tp now cam x sempat je nk baca pjg2 tulisan Jie..huhuu), Jun, Ninasuria, Hanieliza, Mamafami, Bro Rozzan, Kak Intan (sekadar menyebut beberapa nama blogger lama).

    Akak pun selalu jugak membuat kjgn bls kepada blogger2 baru yang rajin masuk ke dapur akak dan sering invite akak utk tgk hasil masakan diaorg, kalu boleh nk pi rasa, hehe..Tp biasalah, ada masa x terkejar jgk nak respon, tp percayalah, itu semua x disengajakan..

    Akak sentiasa mengalu-alukan mereka yang ingin memeriahkan alam cyber ni..K, sekadar pengalaman 10sen akak..hehe..Apapun, akak benar2 ikhlas berada di pentas siber nih untuk memanjangkan silaturrahim sesama kita jugak..

    BalasPadam
  15. heheheh macehhh En.Ben, sy pn baru jek nak coba2 b'blog n luahan perasaan ni

    BalasPadam