ANAK BUANG AYAH ..KALAULAH AKU....

by - Januari 14, 2010

Aku pasti ramai dah yang baca pasal tu semalam..so aku tak yah la nak paste berita tu kat sini.Memula aku tengok tajuk dia , aku terkejut..bila aku baca je kandungannya ..hurm..aku jadi sedih...skit lagi nak menitis air mata aku..Yela..aku pun manusia...jgn ingat badan bosa tak leh nangis..jiwa sensitip nehh..

Aku tak tau la anak spesis apa dia tu ..sanggup buang bapak dia lagu tu je...baru lepas operation jantung lak tu...kot ye pun tak nak , antar je la balik kampung atau rumah kebajikan walaupun nampak kejam ..tu lebih baik buang cam tu je...adoiiii....

Dia terlupa ke yang ayah dia bela dia dari sebesar ibu jari sampai laaa dia menikah..ye la , kita tak tau apa yang berlaku sebenarnya tapi menurut ayahnya , anaknya itu terlalu menurut kata isterinya..kalau aku laaaaaaaaaa.....lama dah aku terajang kuar...aku tak perlu bini yang kurang hajar !

Mmg kita tak tau latarbelakang mereka camana tapi sekurangnya , hormatlah ayah tu...mungkin masa dia kecik dia diabaikan atau mungkin ayahnya garang ..tapi biarlah..tu dosa dia ngan Allah...sebagai anak , jalankan tanggungjawab ! takat manalah umur dia tu ..tk lama dah..

Yang membuatkan aku lagi sedih bila baca berita tu , satu bangsa ngan aku ! huh...patut antar g palestine je org gini...biar kena sepak terajang dek zionis kat sana !

Bila aku tengok gambar lelaki tua tu...ermm..aku terus teringat bapak aku..haih..teringat jasa jasa dia membesarkan aku...dari pagi sampai ke malam mencari rezeki...entahlah...

Aku nak cakap lebih lebih , sapa la aku kan..aku sendiri pun belum tentu..cuma aku mengingatkan diri aku sendiri la , sementara diorng masih ada , berilah kasih sayang pada mereka..ingatlah , kita sendiri pun akan ada anak atau yang ada anak tu , tunjuklah contoh yang baik pada mereka...budak budak kecik ni cepat belajar..lebih lagi zaman skang..IQ makin tinggi walaupun dok merempit memanjang...huhu

You May Also Like

5 comments

  1. ....apakah jenis anak spt itu???....

    BalasPadam
  2. :)) salam, ada juga bapa yang biarkan anak terabai secara emosi dan fizikal dari kecil. Personal observation: ada bapa yang tak pernah kisah tentang anak dia. Hanya ibu yang bela anak2 dari kecik sampai beso. Bagaimanapun, anak itu takde lah sampai buang bapa sendiri. Di cari juga ayahnya yang bertahun tak jumpa walaupun dalam hati tuhan je yang tahu. Inilah dunia zaman sekarang. Mana tak huru hara.

    BalasPadam
  3. yep. Sedih baca berita pasal tu. Pagi ni pun ada jugak, si anak kata si ayah pengacau, bawak masalah pada rumahtangga.

    Tak sedar ke dia, seteruk mana pun ayah dia dulu atau sesusah mana si ayah ni membela dia masa kecil, tak de sampai sanggup buang si anak ni kat tepi jalan..

    BalasPadam
  4. saya juga ada baca berita ni.. sgt sedih.. :(
    bapanya membesarkannya dgn menjadi nelayan.. bukan kita nak pandang nelayan ni miskin atau apa, tp perlu lbh pandang pd pengorbanannya. kalau ke laut tu, mcm2 boleh jd..semata2 nak mencari rezeki utk menyara isteri dan anak2.. kalau tau perangai anak dah besar mcm tu, dr kecik xpayah nak tatang2 sgt.. nakal2, kasi libas aje dgn tali pinggang. :)

    BalasPadam
  5. biar tuhan je balas pangai anak dia tu...dayus sgt ikut ckp bini yg bukan2 smpai sggup buang ayah kandung sendiri!bodoh!

    BalasPadam